Tuesday, February 8, 2011

Siapa Ashley Khoo A.K.A Summer Ash Yang Cantik Ni

Hi Korang,

Aku bersiaran langsung lagi depan tv kat hall umah aku nie. Pakai netbook comel je malas nak on PC besau kat bilik entertainment tu kan..Sambil tunggu MrBig balik dari main RC kat Lekas Highway. Ada game hari nie.


Aku nak citer sket nie, bila aku check Analytics kat account Nuffnang nie, aku selalu perasan ramai sangat korang nie suka sangat google pasal Ashley Khoo nie. Ishk mentang2 aku ada letak gambo dia kan masa entry TM B.Bash hari tu kan.


Siapa Ashley Khoo A.K.A Summer Ash nie kan?


Ermm cantik tak? Mestilah cantik kan. Kalau korang nak tau dia nie seorang professional online gamer. Ganas tu kan, muka cun gila tapi bila beraksi di alam maya mak ai kalah korang yang kaki game tau kan. Aku pernah tengok dia main masa kat TM B.Bash hari tu ermm memang wow wi lah. Even MrBig yang kaki gamer pun surrender bila TM offer challenge denga dia tau. Ishk kagum betulaku dengan minah nie lah.

Summer Ash tenang je ketika beraksi

Di antara screen shot yang Mr Big sempat amik


Ashley Khoo nie jugak one of the TM Unifi duta tau. Ala mesti korang perasan iklan Unifi kat tv kan. Ada budak pompuan 3 orang yang duduk kat couch tu kan, dia yang tengah tu lah.

Kalau korang nak tau sangat pasal minah ni, hah ni dia korang click je kat link bawah ni.

Kepada mamat2 yang skodeng pasal Ashley Khoo, jangan jeles aku dah amik gambo dengan dia dah

Ashley Khoo (Personal Thought) http://summerash.xanga.com/weblog/

Summer Ash (Official Website for Online Gamer) http://summerash.wordpress.com/

Hah, cepat2 click ok. Mesti korang suka kan.

Monday, February 7, 2011

Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com

Hi Korang,

Menulis? Semua orang boleh menulis. Tidak kiralah mengenai apa pun. Pada pendapat aku setiap orang mempunyai cara penulisan yang tersendiri. Begitu juga aku. Aku lebih suka menulis di dalam bahasa kebangsaan daripada bahasa inggeris, ini kerana lebih mudah bermain dengan perkataan di dalam bahasa kebangsaan daripada bahasa antarabangsa.


Memandangkan bro Eyriqazz kita mengadakan contest mengenai Sponsored Post ini, aku begitu teruja untuk menyertai contest ni. Ini adalah kerana:-


1. Aku ingin belajar menulis entry dengan betul dan lebih berkesan
Aku rasa dengan menyertai contest ini aku dapat lagi memperbaiki mutu serta gaya penulisan aku. Ini kerana selama ni aku menulis hanya mengikut naluri hati dan perasaan sahaja. Jarang sekali aku menulis berkaitan dengan fakta dan juga informasi. Mungkin itu salah satu sebab aku agak payah dan sukar mendapatkan advertorial post dari Nuffnang.


2. Aku ingin cuba untuk mendisplinkan diri bila menulis.
Aku banyak menulis mengenai kegiatan harian, sudah tentunya cara penulisan aku akan mengikut mood, bila mahu update tidak kira waktu siang boleh, malam boleh time lunch boleh. Aku rasa itu merupakan salah satu sebab yang aku kurang mendapat perhatian dari Nuffnang kerana tidak ada kekonsistan dalam menulis sesuatu entry. Jadi bila sudah ada masa yang ditentukan atau dateline secara automatiknya aku lebih berdisplin dalam menulis.


3. Aku ingin terkenal dengan penulisan.
Majoriti semua blogger mahu terkenal di kalangan bloggers yang lain, tak terkecuali aku. Tapi aku mahu dikenali ramai atas sebab gaya penulisan aku dan bukannya disebabkan gossip-gossip liar di antara bloggers yang lain. Aku rasa semua blogger mahu dikenali dengan imej yang bersih.


4. Aku ingin di jadikan sebagai panduan kepada blogger yang lain
Aku rasa dengan menulis benda-benda yang berfaedah lagi berinformasi, membolehkan blog aku ini di jadikan sebagai panduan serta bahan rujukan kepada blogger yang lain.


Anyway, selain daripada fakta-fakta di atas, di bawah nie merupakan antara syarat-syarat yang harus dipatuhi untuk menyertai contest ini.

So, inilah syarat-syaratnya :


1) Buat Satu Entry Bertajuk " Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com" dan berikan sebab kenapa anda mahu Sponsored Post ini.make it as interesting as possible.

2) Letakkan gambar GTO di atas di entry anda dan juga permalink entry ini.

3) 10 Entry yang paling eyriqazz gemari, i will give you one job to write, macam Pay Per Post/Sponsored Post and i will pay you RM30 Cash/Top up for it.

4) Tinggalkan permalink entry ada di komen entry ini.

5) tarikh tutup pada 28 Februari 2011


Itulah serba sedikit yang aku rasa kenapa aku ingin menyertai contest ini. Walaupun aku rasa harapan untuk mendapat tempat di antara 10 entry terbaik itu agak tipis namun aku tidak berputus asa malah jarang sekali berpatah semangat. Bagi aku ianya merupakan satu saingan yang sihat. Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

 Apa-apa pun kegiatan berblogging ini akan aku teruskan jua walau apa pun yang terjadi. Yang penting semangat.



Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Hi Korang,



SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Kalau korang nak tau, click kat sini ek