Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Hi Korang,



SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Kalau korang nak tau, click kat sini ek

Jauh Berjalan Luas Pandangan

Hi Korang,

Aku dah pun selamat sampai kat Bangi setelah 4 hari 3 malam bercuti kat umah mak aku dan jugak 5 jam untuk sampai ke rumah kan.


Ermm sepatutnya aku boleh sampai umah dalam masa 1 jam je but di sebabkan ramai nau orang abis bercuti-cuti Malaysia sempena CNY hari ni so confirm2 lah banyak kereta kan. Kitorg keluar rumah lepas Zohor tadi dalam pukul 1.30ptg. Jalan kampung smooth je running kan. Belum sampai je simpang nak naik toll Alor Gajah tu ermm dah start jem dah. Hampeh betul bukan ada apa pun jem but orang nak ambil tiket je. Di sebab kan malas nak tunggu, ktorg ikut jalan lama dari Alor Gajah ke Senawang and hopefully x jem lah sambil sana kan.


Bertuah badan, start dari Pedas sampai ke Senawang jem teruk tapi bukan sebab apa pun, traffic light yang lembap so tersenggut kereta2 ni semua cam semut. Lepas je Senawang, kitaorang je jalan sampai Seremban tukar plan ikut LEKAS highway. Jalan smooth jelah sampai lepas bandar Seremban nak masuk jalan ke Mantin ermm jem lagi. Traffic light lagi kan + kereta banyak lagi. Sampai bersunggut sambil bertweet2 jelah lah kan. Check2 sesapa update status pasal jem terkini.

Sampai je simpang nak masuk LEKAS highway tu, Mr Big cakap jom lah ikut jalan lama coz kitaorang langsung tak pernah ikut kan. Start dari situ, jalan pun dah tak jem, so menyusup nyasap lah ikut segala signboard jalan2 kampung ni. At least dapat jugak tengok tempat orang kan. Cantik2 jugak umah2 kat area Mantin, Nilai, Pajam ni. Dahlah cantik murah plak tu kan. Terus je berangan nak beli umah kan sini. 


A few minute after that, kitaorang dah masuk area Hulu Langat. La kejap je dah sampai Beranang. Pekan kecil je but banyak tempat makan seafood. Seronok gak ingat nak singgah but kenyang lagi. Jalan pun jalan tup tup dah sampai Semenyih. Ishk memang sekejap je. Depan sket dah sampai simpang Broga dan pekan Semenyih. Then dah nampak simpang ke Bangi.

Sedap kan..

Driver yang kehausan

Sampai je area umah, stop sekejap kat gerai air kelapa depan umah ni. Uisk lega betul lah, dapat sekole besau air kelapa. Bila dah minum tu, rasa cam heaven lah. Nikmat tak terhingga. Sampai rumah campak semua barang, lepak dulu kat kerusi malas ktorang ni siap berebut2 sapa nak duduk dulu kan.

Anyway, betul lah kata pepatah, Jauh Berjalan Luas Pandangan. Tak rugi rasanya jem kali ni coz dapat jugak aku jalan-jalan kan. At least, bila orang kata pasal pekan2 kecil kira aku boleh lah menyampuk kan.


Hehehehehhehe ...itu je, pas ni nak tengok tv plak sambil luruskan pinggang.

Saturday, February 5, 2011

Makan Dengan Keluarga Lain Rasanya

Hi Korang,

Salam siaran dari umah mak aku yang kena banjir ni. Tengah rehat2 sambil layan ulangan raja lawak yang tak berapa lawak ni.

Cilok : Google

Sepanjang beberapa hari aku kat umah mak aku ni, ktorg memang makan sekeluarga sesama. Dari sarapan pagi sampai ke malam. Meriah betul. Yelah selalu makan berdua kekadang makan sorang je kan. Now bila semua ada, lain rasanya lah.

Mana tak nya, selera memasing bertambah-tambah. Padahal mak aku masak biasa2 je. Lepas tu time makan plak berebut2 sambil periuk nasi dan pinggan lauk melayang-layang terbang sana sini. Uishk memang seronoklah makan reramai cam nie. Yelah selalu aku balik, adik aku tak balik. Ni dia ada plak, so riuh rendah lah kan umah mak aku nie.

Ermm aku ada beberapa hari lagi nak enjoy makan cam ni, so esok boleh suruh mak aku masak yang sedap2 lagi ek.

Oklah dah sangap berlagu... Nite nite

p/s : gambo tak boleh nak upload sbb lupa bawak transfer cable huhuhuhu... cam ne leh lupa nie..