Saturday, February 5, 2011

Makan Dengan Keluarga Lain Rasanya

Hi Korang,

Salam siaran dari umah mak aku yang kena banjir ni. Tengah rehat2 sambil layan ulangan raja lawak yang tak berapa lawak ni.

Cilok : Google

Sepanjang beberapa hari aku kat umah mak aku ni, ktorg memang makan sekeluarga sesama. Dari sarapan pagi sampai ke malam. Meriah betul. Yelah selalu makan berdua kekadang makan sorang je kan. Now bila semua ada, lain rasanya lah.

Mana tak nya, selera memasing bertambah-tambah. Padahal mak aku masak biasa2 je. Lepas tu time makan plak berebut2 sambil periuk nasi dan pinggan lauk melayang-layang terbang sana sini. Uishk memang seronoklah makan reramai cam nie. Yelah selalu aku balik, adik aku tak balik. Ni dia ada plak, so riuh rendah lah kan umah mak aku nie.

Ermm aku ada beberapa hari lagi nak enjoy makan cam ni, so esok boleh suruh mak aku masak yang sedap2 lagi ek.

Oklah dah sangap berlagu... Nite nite

p/s : gambo tak boleh nak upload sbb lupa bawak transfer cable huhuhuhu... cam ne leh lupa nie..

Thursday, February 3, 2011

Aku Kepenatan

Hi Korang,

Aku kat umah mak aku nie bercuti sempena raya cina nie. Seronok wei cuti kan. Boleh manja2 dengan mak aku. Order je nak makan apa then terus dapat kan..

Ermm kata kauuuuu...bertuahlah aku kan.

Sejak dari malam tadi aku sampai kat umah mak aku nie sampai lah sekarang aku still tak berhenti lagi berkemas.. jeng jeng jeng.. bukan sebab nak sambut raya cina tapi sebab rumah mak aku kena banjir. Oit first time sepanjang ktorg duk rumah inilah kena banjir yang paling teruk sekali.

Ini sebahagian daripada gobok yang nak kene bakar... Nangis oo

Korang bayangkan lah mak aku terpaksa beli 4 gobok baru bagi nak ganti gobok lama yang dah kembang kena air lumpur banjir tu kan. Ishk cian jugak aku tengok petang tadi gobok tu semua kena bakar. Abis semua pinggan mangkuk aku kena basuh balik, yelah dah kena lumpur. Nasib baik air tak naik kena tilam, kalau tak abis aku kena tidur kat lantai jelah kan.

Ermm dah malam nie pas dah makan baru lah dapat update blog. Even facebook dan twitter pun langsung tak berupdate.

So esok sambung kemas lagi. Pendek kata asal celik mata je kemas umah, lepas makan kemas umah, lepas mandi kemas umah.

Nak tido.. chow..