Wednesday, February 2, 2011

Segmen : Ucapan Romantis Untuk Kekanda/Adinda

Hi Korang,

Aku sebagai krew BPM 2011 nak war warkan pasal segmen baru nie.


Wah nama segmen je dah gerek kan? Yelah bukan senang kita nak senang luahan hati setiap pasangan kekasih kan. Ala setakat I love u, miss u tu dah biasalah. Nie dalam segmen nie ktorg nak cari luahan hati yang lain daripada yang lain.

Tapi bukan in public cuma dalam blog je. Korang kena tulis je entry luahan hati nie tau.

Apa-apa korang boleh click kat entry nie.


So stay tune dari Krew BPM2011

Tuesday, February 1, 2011

RON97 Naik 10 Sen Mulai 1 Feb 2011

Hi Korang,

Ermm dah memalam nie tak de keje lain kan selain dari tengok tv, update blog, main tweet2, tag gambo kat FB, main sms jap, tepon mak aku tadi kul 8, jalankn kain kat mesin basuh lagi. Ermm memacam bendalah aku buat.


Sambil blogwalking aku terpandang entry nie kat blog SharingInfoz. Ishk payah lah diorg nie. Nah korang baca nie


Ermm makin payahlah sekarang nie. Terpaksalah beralih arah ke Unleaded 95 plak kan. So pas nie nak outing kena berkira-kiralah duit minyak kan. Jangan pas nie toll plak naik harga. Uit,masaklah jawabnya dengan gula naik harga,minyak masak payah nak dapat kan. Tak pun aku pi beli motor lah, jimat sket pi keje kan. RM10 cukup seminggu kan. Hehehehehe...


Takut2 ramai rakyat Malaysia jadi cam nie plak kan. Penuh plak hospital bahagia pas nie.

Selamat Menuang Minyak Korang..

Pics : Google

Monday, January 31, 2011

Sepanjang January 2011

Hi Korang,

Hari nie 31hb January 2011.Sekejap je rasanya. Pejam celik pejam celik dah sebulan kita di tahun 2011.


Macam-macam yang berlaku kat aku dalam bulan January nie. Di antaranya:-

Event
Aku berkesempatan untuk menonton Atilia & Adibah Noor dalam Acoustic Nite di KL Pac. Aku jugak dapat lepak2 bersama Liyana Jasmay di Maybeline SuperFilm Party. Satu lagi dapat join Maxis Om Nom Nom Race dengan The Meletops Punya team. Ala yang macam amazing race tu kan.

Premiere Screening
Ermm bulan nie aku dapat satu invitation je from Nuffnang untuk citer Season Of Witch. Ermm not bad jugak kan.

Outing
Aku hampir berjaya untuk menakluki Broga Hill tapi tak kesampaian disebabkan kurang stamina. Aku jugak berpeluang untuk chill out kat Taman Rekreasi Sg Tekala. Best betullah

Skills
Aku rasa bulan aku banyak mencuba skill2 memasak yang aku tak pernah cuba sebelum nie. Aku dah cuba masak makaroni &cheese, nasi lemak, kantonis yee mee. Yang best tu, aku sempat buat kek coklat 2 kali atas permintaan bebudak opis dan jugak hantar kat umah mak mertua aku. Cuma aku x sempat nak buat entry pun sebab leka bedal sampai tak pandang kiri kanan kan.



Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang. So thank you nuffnang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya.

Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan January nie.


Semoga February ni lebih bermakna untuk aku.

P/S : Entry nie dibuat untuk menaikkan lagi semangat aku untuk berblogging.