Sunday, January 30, 2011

Awak Ni Cina Ke Melayu?

Hi Korang,

Hari nie aku berhibenasi je kat umah. Yelah kan hujan dari malam tadi sampai sekarang nie. Dah macam kat Cameron Highland dah cuaca kat umah aku nie.

Pagi semalam sebelum aku pi servis kete sempat jugaklah pi masukkan duit kat bank. Biasalah cukup bulan. Semu hutang2 mestilah kena bayar kan.

Hui, ramai jugak orang ek, yang masuk duit, yang kuar duit, yang masukkan cheque ermm memacam lagi lah. So abis je aku bank-in duit then nak kuar lah kan, tetiba aku kena tahan. Jeng jeng jeng... Ishk seram jugak kan. Pandang punya pandang rupanya ada satu auntie cina nie nak tanya aku something

Auntie Cina : dhskhfsfuF%#%%JSNCXKV (dia cakap cina, mana aku tau kan)
Aku : Autie wa po ming pai lah.. (Aku tak paham lah)
Auntie Cina : Eh, u bukan cina ke?
Aku : Eh, bukan lah saya melayu
Auntie Cina : Ayo.. dari saya ingat u cina lah. Ermm takpe2 mari tolong saya bacakan ini no account. Saya lupa bawak spek mata lah
Aku : Ooo ok ok saya tolong auntie..



 Lepas settle tolong auntie tu tadi aku terus masuk kete then terus citer dengan mrBig. Dia cakap apa, memang u dah muke cam cina, pakai pun dah macam cina. So cam ne orang tak ingat yang u tu melayu kan.


Cakaplah aku cini, aku kuntau korang nanti tau..

Tapi memang betul, kalau orang tak kenal aku mesti aku nie sabahan, sarawakian yang selalu tu orang ingat aku nie cina la kan. Eh, aku melayu tau.

Saturday, January 29, 2011

Dapat Email Dari PM

Hi Korang,

Weekend nie langsung tak de event okeh, aktivities pun bo liau..

Hehehehehhe seronoknya dapat rileks sepuasnya kat umah. Dapat bangun lambat, dapat tidur terbaring depan tv sampai petang.. ishkk seronoknya..

Tapi update facebook, tweeting, surfing on the net tetap tak tinggal. Penting tuh. Tengah syok2 baca email pasal masak2 nie,ternampak plak email nie.



Hehehehhe our PM Dato Seri Najib Tun Razak anta email gak tau. Ala wishing CNY kat aku. Efficient jugak administrator PM nie kan. Ada gak nak wish rakyat2 yang comel cam aku ni ek.

Anyway, TQ for the wishes PM.

By the way, jangan lupa our coffee date on 20th Feb ye PM... I Love U lah.

Friday, January 28, 2011

Minggu Yang Penuh Dengan......

Hi Korang,

Aku suka minggu nie sebab minggu ni penuh dengan limau. hahahahhahaahha


Start dari hari isnin hari tuh, office aku nie especially bilik aku nie penuh dengan limau. Maklumlah ktorg ni main contractor, so sub-con banyaklah kasi limau. Berkotak2 masuk kat office nie. Dari limau saiz M sampai ke XL. Limau bentuk petak pun ada tau.
Ni yang mahal punya. Kotak pun cantik.


Ini dah mix dah.

Korang bayangkan hari isnin hari tuh, ktorg dapat 10 kotak. So hari2 lain tu berapa plak kan. Banyak memang banyak tapi bukan makan sorang ek, divide2 lah untuk semua orang. End up setiap workstation nampak color orange je. Yelah plastik limau. Tong sampah penuh dengan kulit limau.


Yang bagi hamper pun ada but biasalah hamper CNY mestilah ginseng, buttom mushroom, wine, biskut raya, bird nest dan memacam lagi lah. Yang mana kotak2/packaging yang cantik2 diorg ni boleh bid untuk dapatkan kotak2 ni. Kelakar betul. Aku?? Sampai nak muntah2 lah tengok limau nie.

Bukan aku tak boleh kasi korang but polisi company kan, kena makan kat opis. Bawak balik tu boleh but takde 3-4 kotak sekali harung kan. Ishkk..

Bebudak kat sini cakap boleh buat mandi lulur lah dengan limau2 nie kan..

So hepi weekend korang.....