Monday, January 24, 2011

Kisah Liyana Jasmay & Blogger 1 Juta

Hi Korang,

Selamat hari Isnin. Aku tau ramai yang dah kene sindrom Monday Blues nie kan. So baik korang layan gegambar kat bawah nie untuk jeleskan korang hiburkan hati korang.



Akhirnya dapat jugak ambik gambo dengan Liyana Jasmay. Comel lah dia nie. Dahla comel cantik plak tu kan. Of courselah sangat peramah.



Ladies blogger dengan Blogger 1Juta RedMummy. Bukan main menyinga dia bila aku cakap dia Blogger 1 Juta. Murah rezeki ko K Red.

Citer lain, jap lagi aku update lah. Nie tengah buat editing nie.

Sunday, January 23, 2011

Cikgu Shida Yang Glamour Tuh

Hi Korang,

Sambil tengok TV3 cerekerama citer IQRA nie, sambil tu aku berblogwalking. Aku memang rajin lepak kat blog Cikgu Dahlia nie. Dia nie banyak story2 pasal apa2 yang berlaku skrg kat Malaysia nie. Yelah kan aku nie malas nak baca paper so kat blog dia nie aku dapat tau benda2 penting nie kan.

Korang ingat lagi tak dengan Cikgu Shida? La tak ingat. Nah check entry aku pasal dia nie.


Baca punya baca ada cerita pasal Cikgu Shida nie plak. Ala Cikgu Shida yang terrer buat miming tuh. Rupa-rupanya dia ada blog. Dulu blog dia nie diprivate kan, yelah ramai sangat yang buat propaganda pasal dia nie kan. So now dia dah open for public dah blog dia tu.

So sambil baca blog Cikgu Dahlia sambil lepak kat blog Cikgu Shida jugak. Rupanya Cikgu Dahlia dah buat review pasal blog Cikgu Shida. So now, aku dah tau lah kenapa Cikgu Shida suka buat benda2 miming nie kan.

By the way, Cikgu Shida dan glamour tau. Dia pernah jadi jemputan dalam rancangan DJ HotFm FBI tu, wah hebatkan. Dengar2 plak Dato Siti Nurhaliza pun berminat untuk menjemput Cikgu Shida nie dalam program temubual terbaru kelolaan Dato Siti Nurhaliza tau.

Apa-apa pun all the best untuk Cikgu Shida. Semoga more sukses in future. Now aku rasa, sesapa pun boleh jadi artis or celebriti kalau dia berbakat.

Saturday, January 22, 2011

Apa Yang Patut Di Buat Ek

Hi Korang,

Dah berhari-hari aku duk memikirkan pasal ni. Payah jugak lah. Penat dah aku baca tutorial2 yang mengugat jiwa di blogs blogger2 tegar ni but still benak jugak otak nie.


Di antara masalah yang aku facing sekarang nie ialah :

1. Camne nak kecilkan font dalam entry post
    Aku rasa font dalam entry ni besau sangat lah.


2. Camne nak lebarkan column tengah blog nie.
    Aku tak jumpa perkataan #main-wrapper dalam code nie

Ermm payah gak rasanya bagi blogger yang tak tau langsung pasal coding nie. Letih nak pahamkan segala mak neka benda pelik2 nie but still aku cuba jugak sampai dapat.

Anyway, kalau korang boleh tolong suggest memana website or blog yang boleh tolong aku nie, bagitau ek.. TQ sesangat tau.

So selamat berusaha untuk aku!