Friday, January 14, 2011

1 Million Safety Manhours Celebration

Hi Korang,

Aku cuti hari ni sebab someone birthday. Thanks to him


Aku masih kat umah still tak kemana pun. Still bersantai sambil biarkan tv bukak, kipas jalan, mesin basuh tengah spin baju, dapur tengah berasap coz nak tengek lauk kan but sempat jugak update blog ek.


So semalam, ada 1 Million Safety Manhours Celebration kat site nie. Apa mende? Memanglah korang tak tau kan. Event nie adalah site aku berjaya siapkan keje2 sejuta jam tanpa sebarang kemalangan. Wah! bangga sekejap kan. La memang pun site aku nie very stric sket. Undang2 pasal safety memang ketat. Tak boleh salah even, sket2 saman. Banyak jugak saman yang keluar sampai boleh buat event nie kan.

Nah, korang layan gambo yg x seberapa nie

Bos aku yang suka sangat naik pentas. Tak panggil pun nak naik jugak.

Bebudak sub-con. Ingat minah kilang ke diorg nie, engineer okeh!

Makan time.

Posing time.


Thanks to our safety dept yang make it happen walaupun bersusah payah bebudak kat opis nie tolong design plaque, design baju, tolong gam2 voucher kan. Itu belom kira tolong distribute baju event lagi.


Semoga site aku nie berjaya capai target another 500k manhours selamat lagi ek, so boleh buat makan2 dan dan t-shirt event lagi.

P/S : Bos aku yang suggest gambo lompat nie tau.. tapi dia cakap 'Dont tell anyone, ok'..

Its Yamtuan N9 Birthday

Hi Korang,

Hari nie merupakan hari keputeraan Yamtuan Negeri Sembilan. So maknanya cuti lah kan.

Aku pun cuti okeh, sebab apa korang tanya? La aku kat keje kat Negeri Sembilan so seharusnya lah aku cuti..


So cuti hari nie nak buat apa ek? Selain aku duk melepak depan PC nie dan juga melepak depan tv. Apa lagi aku patut buat ek?


Ermm... any idea korang..

Thursday, January 13, 2011

Homemade Big Mac Burger

Hi Korang,

Malam tadi merupakan malam yang malas bagi ktorg berdua. Yelah memasing balik dah penat ditambah lagi hujan so everything malas lah. Malas nak kuar makan, malas nak mandi, malas nak masak dan segala jenis malas lah.

Oleh kerana terlalu malas sangat, ktorg dinner dengan apa yang ada dalam fridge tu aku masak. So tercetus lah idea nak masak homemade Big Mac Burger nie. Ini MrBig punya idea lah nie, balik dia bukak2 fridge scan apa yang ada dalam tuh then trus je suruh aku masak.

So bahan-bahannya:


Haruslah ada roti kan. Dah nama pun burger. Daging burger cap Ramly sebab sedap. Telur ayam yang mesti kena basuh dulu. Bahan2 perasa seperti cili sos, kicap seasoning, lada sulah. Perasa nie ikut kesesuaian tekak lah kan.


Memula goreng telur dulu. Tolong jangan ikut cara aku goreng telur. Ini style orang pemalas masak. Style ak cepat je. Tapi cantik plak aku goreng ek. Selalu kuning dia dah pecah2.


Kemudian goreng daging burger plak. Hah aku sula goreng daging nie letak seasoning dengan lada sulah. So baru ada umpph sket.


Lepas dah siap goreng2, so susun lah secantik. Aku buat 3 tingkat. Level bawah letak daging dulu. Letak cili sos sket untuk bagi lagi kick lagi lah.Tapi tak cantik aku goreng, daging tu jadi lonjong plak.


Dah susunlah untuk level 2 plak, letak telur okeh. Then terus letaklah daging lagi untuk tingkat atas sekali.Ala suka hati korang lah kan.



Ta.da... dah siap pun. Homemade Big Mac Burger version ktorg yang pemalas. Resipi ini juga sesuai untuk surirumah, isteri2,anak2, anak2 dara, org bujang yang malas2... hehehehe. Apa macam, senang kan?

Have fun, korang..