Wednesday, January 12, 2011

Hidup Perlu Ada Rancangan

Hi Korang,

Sementara awal2 tahun nie, mesti banyak benda yang korang plan kan sepanjang tahun nie. Yelah mana nak pi shopping tiap2 bulan, mana nak pi bercuti, mana nak balik kampung, mana nak pi orang kahwin ermm memacam aktiviti kan.

Jadi korang tulis kat mana tarikh2 tu ek, ke korang ingat kat dalam otak je. Kalau korang boleh ingat semua tarikh2 penting tu memang superb lan, tabik aku dengan korang.


Aku? Ermm aku memang melayu mudah lupa. Maklumlah banyak sangat makan semut kot. Itu yang muda2 dah start jadi pelupa.

So solutionnya semua aku tulis kat sini.


Hah senang rasanya. If anything je aku boleh terus tulis dalam nie. Senang nak refer. Especially tarikh2 sedara-mara nak kawin kan. Maklumlah automatically tahun nie aku kena jadi one of wedding planner untuk sedara-mara aku. So nak tulis apa benda senang.Ye, aku banyak postponed percutian aku tahun lepas di sebabkan musim hujan so tahun nie kena plan awal jadi senang nak apply cuti.



 
So thank to Starbuck ek. Dapat jugak aku planner nie lepas bedal 14 glass of coffee tak termasuk paksa MrBig minum jugak dalam masa sebulan sepanjang bulan Disember tahun lepas.


Eh dapat voucher jugak lah diorg selitkan dalam planner nie.Bagus nie boleh meningkatkan lagi tahap obesiti aku yang semakin lama semakin tinggi. hehehehehe
 

Motif sebenar entry nie nak bagi korang jeles sebab aku ada planner Starbuck yang comel lagi bergaya nie.
So korang jeles tak?
 


huahuahuahuahuahu

Tuesday, January 11, 2011

Chill Out Seketika Di Hutan Lipur Sungai Tekala

Hi Korang,


Ermm lepas balik dari Broga Hill hari tuh, ktorg ke Hutan Lipur Sg Tekala plak. Ala dekat je dengan area Semenyih nie.



Lebih dalam 20 minit dari Broga Hill, ikut jalan kampung. Kereta boleh tahan banyak jugak but smooth je.

Sedap oo ayam percik makcik nie..


Disebabkan tak dirancang dan ktorg tak de bawak bekal apa-apa pun, so seharusnya gerai-gerai tepi jalan nie yang kami serbu dulu. Dengan makanannya yang variety, so bershopping sakanlah ktorg sekejap. Ayam percik makcik nie walaupun pedas tapi sedap giler.


Macam nak daki Broga Hill jugaklah jawabnya

Ramai kan. Sila bayar sorang RM1 ye..

So masuk ke Hutan Lipur nie kena bayar. Alah sorang RM 1 je. Murah kan.Tempat nie sejuk betul. Yelah dalam hutan kan. Ramai jugak orang berkelah kat sini. Especially para remaja. Majoriti yang datang bebudak college. Sebab aku perasan semuanya muda-muda. Bebudak sekolah asrama pun ada jugak.

Cantik kan air terjun kat Sg Tekala nie

Pokok2 nye pun tinggi2 dan redup

Tengok tu curi makanan orang

Air terjunnya cantik, ada banyak tingkat. Tapi ktorg sempat sampai level 2 je sebab dah hujan renyai-renyai. Then turun bawah balik, berehat2 kat pangkin yang disediakan. Hah kat situ lah ktorg bedal segala makanan yang dibeli tadi. Tapi jaga2 jugak, sebab banyak monyet berkeliaran kesana ke mari. Mr Big sempat jugak menshapshoot monyet2 comel nie.

Tempat rendam2 kaki

Ktorg lepak tak lama kat sini sebab hujan makin lebat. Lepas makan2 dan jugak rendam2 kaki kat sungai nie. Terus ktorg balik. Yelah lagi lama kat sini lagi ngantuk rasanya sebab leka terbaring kat pangkin besau nie.

Anyway Hutan Lipur Sg Tekala nie merupakan satu tempat yang sesuai untuk berehat sessi keluarga during weekend. Yelah tak payah nak pi jauh2 untuk berehat, sini pun boleh.

Monday, January 10, 2011

Dapat Masuk Top 20

Hi Korang,

Ingat tak aku mintak tolong korang vote untuk entry nie hari tuh.



Hah terima kasih lah sebab korang aku dapat jugak masuk Top 20. Yelah aku siap paksa2 korang lagi. So tanpa korang siapalah aku..


Aku mempertaruhkan gambo nie as Lompat Satu Malaysia. So doakan untuk dapat masuk top 3 ye. Insyallah kalau menang aku akan buat giveaway lah.

Nak tau, korang boleh check it out kat

http://falihinjasmy.blogspot.com/2011/01/feel-free-to-fly-contest-tahniah-kepada.html


Itu je..