Tuesday, January 11, 2011

Chill Out Seketika Di Hutan Lipur Sungai Tekala

Hi Korang,


Ermm lepas balik dari Broga Hill hari tuh, ktorg ke Hutan Lipur Sg Tekala plak. Ala dekat je dengan area Semenyih nie.



Lebih dalam 20 minit dari Broga Hill, ikut jalan kampung. Kereta boleh tahan banyak jugak but smooth je.

Sedap oo ayam percik makcik nie..


Disebabkan tak dirancang dan ktorg tak de bawak bekal apa-apa pun, so seharusnya gerai-gerai tepi jalan nie yang kami serbu dulu. Dengan makanannya yang variety, so bershopping sakanlah ktorg sekejap. Ayam percik makcik nie walaupun pedas tapi sedap giler.


Macam nak daki Broga Hill jugaklah jawabnya

Ramai kan. Sila bayar sorang RM1 ye..

So masuk ke Hutan Lipur nie kena bayar. Alah sorang RM 1 je. Murah kan.Tempat nie sejuk betul. Yelah dalam hutan kan. Ramai jugak orang berkelah kat sini. Especially para remaja. Majoriti yang datang bebudak college. Sebab aku perasan semuanya muda-muda. Bebudak sekolah asrama pun ada jugak.

Cantik kan air terjun kat Sg Tekala nie

Pokok2 nye pun tinggi2 dan redup

Tengok tu curi makanan orang

Air terjunnya cantik, ada banyak tingkat. Tapi ktorg sempat sampai level 2 je sebab dah hujan renyai-renyai. Then turun bawah balik, berehat2 kat pangkin yang disediakan. Hah kat situ lah ktorg bedal segala makanan yang dibeli tadi. Tapi jaga2 jugak, sebab banyak monyet berkeliaran kesana ke mari. Mr Big sempat jugak menshapshoot monyet2 comel nie.

Tempat rendam2 kaki

Ktorg lepak tak lama kat sini sebab hujan makin lebat. Lepas makan2 dan jugak rendam2 kaki kat sungai nie. Terus ktorg balik. Yelah lagi lama kat sini lagi ngantuk rasanya sebab leka terbaring kat pangkin besau nie.

Anyway Hutan Lipur Sg Tekala nie merupakan satu tempat yang sesuai untuk berehat sessi keluarga during weekend. Yelah tak payah nak pi jauh2 untuk berehat, sini pun boleh.

Monday, January 10, 2011

Dapat Masuk Top 20

Hi Korang,

Ingat tak aku mintak tolong korang vote untuk entry nie hari tuh.



Hah terima kasih lah sebab korang aku dapat jugak masuk Top 20. Yelah aku siap paksa2 korang lagi. So tanpa korang siapalah aku..


Aku mempertaruhkan gambo nie as Lompat Satu Malaysia. So doakan untuk dapat masuk top 3 ye. Insyallah kalau menang aku akan buat giveaway lah.

Nak tau, korang boleh check it out kat

http://falihinjasmy.blogspot.com/2011/01/feel-free-to-fly-contest-tahniah-kepada.html


Itu je..

Sunday, January 9, 2011

Keputusan Anugerah Juara Lagu (AJL25)

Hi Korang,


Nie aku dah updatekan senarai penuh para pemenang untuk Anugerah Juara Lagu (AJL25)


1. Juara - RM35K berserta trofi
Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)




2. Naib Juara - RM15K berserta trofi
Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)



3. Tempat Ketiga - RM12K berserta trofi
Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)



4. Vokal Terbaik - RM10K berserta trofi
Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)




5. Persembahan Terbaik - RM10K berserta trofi
Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)



Syabas dan tahniah kepada semua pemenang..