Wednesday, January 5, 2011

If I Were the Green Hornet

Hi Korang,


Kalau aku jadi one of the Green Hornet team member, aku bantu mereka dari segi IT.

Apsal plak IT ek, apa kena mengena kan?


Macam nie, aku yang akan jadi Technical Analysis. Ala yang buat research or search memana tempat yang memerlukan khidmat bakti diorg nie untuk menentang kejahatan. Keje aku cuma dekat HQ diorg je. Anything yang diorg nak tau or nak cari semua serah kat aku. Aku cuma duduk depan komputer dan hijack info from mana-mana source pasal penjahat2 yang diorg nak banteras nie. Aku boleh identified dari sekecil2 kuman sampai sebesar2 gergasi.

Selain daripada tu, aku juga akan cipta gadget2 terkini yang boleh diorg gunakan untuk memperhebatkan lagi kerja2 diorg. Eh, korang ingat keje2 merekacipta nie senang ke? Haruslah ada ilmu dan teknologi terkini. Selain dari bijak, cantik juga perlu tau. Mana tau kalau aku kena buat kerja undercover plak kan. Hehehe

Ermm kalaulah aku dapat jadi dream team diorg nie kan.... tepuk dahi sket, jangan nak berangan okeh. Buat je keje2 aku sekarang nie. Nak jadi Green Hornet team member plak, perasan kan.

Actually sebab nie lah.

70 lucky Nuffnangers and their guests will get the chance to catch Green Hornet 3 days before its official release courtesy of Sony Pictures Entertainment Malaysia!

Green Hornet


The 70 most creative blog posts will win a pair of invites to the preview screening of Green Hornet on 24 January. Psst… you’ll wanna impress us with your grand plans for fighting crime, because the best written blog post will also win a Sony Walkman worth RM 299!

More info, click link Nuffnang nie


Cepat buat tau!

Tuesday, January 4, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

Hi Korang,


Sapa suka makan? Aku


Sapa suka tengok Amazing Race ? Aku


So sapa suka makan + join Amazing Race ? Of Courselah aku kan.

Gila korang, sapa yang tak suka makan kan. Tengok je saiz aku confirm2 kaki makan itu belum tengok MrBig yang lagi kuat makan. Betul tak?


La bukan apa Nuffnang ada anjurkan event ala2 Amazing Race tapi version makanan punya. Ermm seharusnya menarik event nie, yelah pasal makan kan. Mesti dapat makan variety makanan yang diorg dah sediakan.

Kat mana? Hah kat sini lah.


Date: 15 January 2011 (Saturday)

Venue: Modesto’s, Ground Floor, Capital Square, 7 Persiaran CapSquare 50100, Kuala Lumpur

Time: 8am-7pm (all participants must register before 9am)


Sebab apa aku nak join event nie?
Aku nak buktikan kat orang ramai bahawa aku nie memang seorang yang kuat makan. Tak kiralah ala jua jenis makan, mesti aku bedal. Lagi yang aku suka lagi banyaklah yang aku boleh bedal. Sebab tu kalau boleh aku nak t'shirt size XXL so bolehlah aku sumbatkan perut aku yang comel nie kan.  hehehhe. Kalau boleh dapat team up dengan Shahrol, Daydeck dan Hamzah Ian pun not bad jugak kan.


Hah, hadiah-hadiahnya sesangat menarik okeh, meh sini baca:

2 HADIAH UTAMA
Tempat Pertama : Melancong ke Hong kong 3 hari 2 malam dihotel 5 bintang ( 4 orang satu pasukan) bernilai RM10,000 dan 1 Smartphone percuma setiap seorang.
Tempat kedua : 4 x Smartphone Percuma - Setiap 1 seorang pemenang dalam kumpulan.
Tak menang pun dapat googie beg dari Maxis.


Tapi yang penting :-

Pertandingan ini juga akan melibatkan kepandaian para peserta menggunakan aplikasi dalam iPhone4 dan juga kepekaan peserta penggunaan FINDER301 dan juga melibatkan penggunaan Broadband Wireless dari Maxis..wei payah nie. Tak pasal2 aku kena start training dari sekarang nie. Korang pinjam IPhone 4 jap ek.

Nak join jugak, check it out kat sini tau.




A Magnolia Sherbet A Day Make My Blood Pressure Away

Hi Korang,

Tension tension nie sebab..


Demi memikirkan dateline kerja yang makin dekat, aku dengan bersungguh-sungguh bawak balik kerja-kerja office nie ke rumah which is tak patutkan. So lepas dinner, aku terus sambung kerja-kerja tuh.

Oh, tidaaakkkkkk geramnya..

Macamana screen boleh blank nie plak ek!

Dengan stress + sakit kepala aku hampir berjaya siapkan kerja-kerja nie. So tengah sibuk nak siapkan few lines yang nak abis tup-tup screen laptop nie terus gelap dan kuar error plak. Aduh sakitnya hati, dengan back-upnya lupa terus je aku jadi bingung. Terdiam seketika tak tau nak buat apa.Rasa-rasa boleh naik darah tinggi aku nie kan bila dah stress2 cam nie.

Aarrgghhhh gerammmnya aku nie!! Amik ko...

Alamak bini aku dah mengamuk plak nie.. Ishkk..

Padan muka ..

Dah geram sangat aku terus amik nerf gun MrBig tu dan terus tembak kat screen laptop aku nie. Memang geram betul lah. Bukan satu pistol malah sekali 2 pistol aku bantai tembak kat screen tuh. Ishk time nie lah dia nak buat hal kan. Sambil menembak tu sambil menjerit okeh.

Meh aku tenangkan Cik Lily Putih nie kejap. Taaa daaa...

Untukmu Sayangku, cubalah..

Tengah duk termenung mengenangkan nasib, tetiba mrBig datang bawak something. Aku tanya apa, terus dia cakap ala rasa dulu. Jangan banyak soal. 

Bila bukak, tengok macam cantik tapi rasa tak tau lagi la kan

Suapan pertama yang masuk ke mulut

Hah engko terbeliak mata kan

Aku rasa.. ermm wow enaknya. Sungguh menyejukkan.Terasa betul (buah manggis) pure mangosteen flavour lah ice-cream nie. Terus hilang stress pasal apa yang jadi tadi. Aku ingin bertanya but Mr Big cakap abiskan dulu then baru tanya.


Once dah rasa tu, baru mr Big cakap yang itu adalah Shorbet Ice-Cream from Magnolia. Totally memang sedaplah. Very cooling very refreshing. So dia citer lagi ada 4 flavour which is lychee, melon, orange, mangosteen yang aku rasa tadi.


Tengoklah betapa suka nya aku kan bila makan ice-cream sherbet mangosteen flavour nie. Mr Big cakap lagi ada banyak lagi kat dalam fridge tu, so bila rasa tension or stress makan je. Confirm2 boleh buat mind kita tenang dan aman je.  

Lepas nie kalau payah sangat nak cari buah manggis, beli je sherbet nie sama je rasanya. Memang very pure manggis lah.

Cantik kan texture dia. Smooth je nampak.


Hah, korang pun boleh cuba jugaklah ice-cream Magnolia Sherbet nie. Boleh di dapati di local supermarket tapi yang nie tadi Mr Big  beli kat kedai runcit bawah umah aku je. Senang kan. Ala murah je RM2.50 satu. Nampak macam kecik kan tapi not bad jugak saiz dia lah.

For more details, korang boleh click kat sini tau.