Tuesday, January 4, 2011

A Magnolia Sherbet A Day Make My Blood Pressure Away

Hi Korang,

Tension tension nie sebab..


Demi memikirkan dateline kerja yang makin dekat, aku dengan bersungguh-sungguh bawak balik kerja-kerja office nie ke rumah which is tak patutkan. So lepas dinner, aku terus sambung kerja-kerja tuh.

Oh, tidaaakkkkkk geramnya..

Macamana screen boleh blank nie plak ek!

Dengan stress + sakit kepala aku hampir berjaya siapkan kerja-kerja nie. So tengah sibuk nak siapkan few lines yang nak abis tup-tup screen laptop nie terus gelap dan kuar error plak. Aduh sakitnya hati, dengan back-upnya lupa terus je aku jadi bingung. Terdiam seketika tak tau nak buat apa.Rasa-rasa boleh naik darah tinggi aku nie kan bila dah stress2 cam nie.

Aarrgghhhh gerammmnya aku nie!! Amik ko...

Alamak bini aku dah mengamuk plak nie.. Ishkk..

Padan muka ..

Dah geram sangat aku terus amik nerf gun MrBig tu dan terus tembak kat screen laptop aku nie. Memang geram betul lah. Bukan satu pistol malah sekali 2 pistol aku bantai tembak kat screen tuh. Ishk time nie lah dia nak buat hal kan. Sambil menembak tu sambil menjerit okeh.

Meh aku tenangkan Cik Lily Putih nie kejap. Taaa daaa...

Untukmu Sayangku, cubalah..

Tengah duk termenung mengenangkan nasib, tetiba mrBig datang bawak something. Aku tanya apa, terus dia cakap ala rasa dulu. Jangan banyak soal. 

Bila bukak, tengok macam cantik tapi rasa tak tau lagi la kan

Suapan pertama yang masuk ke mulut

Hah engko terbeliak mata kan

Aku rasa.. ermm wow enaknya. Sungguh menyejukkan.Terasa betul (buah manggis) pure mangosteen flavour lah ice-cream nie. Terus hilang stress pasal apa yang jadi tadi. Aku ingin bertanya but Mr Big cakap abiskan dulu then baru tanya.


Once dah rasa tu, baru mr Big cakap yang itu adalah Shorbet Ice-Cream from Magnolia. Totally memang sedaplah. Very cooling very refreshing. So dia citer lagi ada 4 flavour which is lychee, melon, orange, mangosteen yang aku rasa tadi.


Tengoklah betapa suka nya aku kan bila makan ice-cream sherbet mangosteen flavour nie. Mr Big cakap lagi ada banyak lagi kat dalam fridge tu, so bila rasa tension or stress makan je. Confirm2 boleh buat mind kita tenang dan aman je.  

Lepas nie kalau payah sangat nak cari buah manggis, beli je sherbet nie sama je rasanya. Memang very pure manggis lah.

Cantik kan texture dia. Smooth je nampak.


Hah, korang pun boleh cuba jugaklah ice-cream Magnolia Sherbet nie. Boleh di dapati di local supermarket tapi yang nie tadi Mr Big  beli kat kedai runcit bawah umah aku je. Senang kan. Ala murah je RM2.50 satu. Nampak macam kecik kan tapi not bad jugak saiz dia lah.

For more details, korang boleh click kat sini tau.

 

Monday, January 3, 2011

Mari Nyanyi NegaraKu

Hi Korang,



Hari nie 1st day sessi persekolahan di buka untuk tahun baru nie 2011. So start dari pukul 6.30 pagi tadi area umah aku nie dah start bising. Yang anta anak pi international school, yang anta anak sekolah rendah, yang anta anak ke taska/taski pun ada. Majoriti area umah aku nie ramai orang middle east so bas sekolah yang jemput diorg nie tak boleh lambat sket, terus je hon pepanjang sampai bebudak kecik teperanjat dan terus bangun. Memang sibuk lah jalan depan umah aku nie tadi.

Aku saja je lambat kuar umah hari ni sebab nak elakkan jem. Maklumlah umah aku nie dekat dengan sekolah, banyak sekolah. So around 8.30 cam tu baru aku kuar umah. So area2 sekolah penuh dengan kete2 beso parking kat tepi sekolah nie. Memasing sibuk anta anak2 ke sekolah kan.




Tengah2 aku duk tunggu pakcik nie bungkus nasi lemak yang aku order tadi, terdengar bebudak sekolah nie nyanyi lagu NegaraKu. Ermm terus teringat balik masa time aku sekolah dulu. Aku selalu je skip time perhimpunan sebab malas nak berdiri lelama, aku selalu buat2 sakit/pening so pengawas confirm2 kasi duduk kan hehhehe. Ermm zaman persekolahan aku memang superb kalau korang tak caya boleh tanya bebudak yang satu sekolah dengan aku. Confirm2 diorg cakap aku nie one of the naughtiest girl. Aku sendiri pun tak percaya lah macamana aku boleh nakal ek masa sekolah dulu.

So that’s it about zaman persekolahan aku, tak boleh citer lelebih sebab aku seganlah.




Btw, korang ingat lagi tak lagu Negaku? Jom kita nyanyi sekarang nak? La tak ingat, nie aku dah letak lirik nie. Camne lah korang nak masuk jangan lupa lirik nie ek.. hehehehe

Sunday, January 2, 2011

Aku Merayu... Tolonglah...

Hi Korang,

Di hari yang indah ini aku betul2 nak mintak tolong kat korang nie. Mintak tolong apa?

Tolong vote untuk entry lompat aku nie ek.


Tadi baru aku dapat tau yang aku adalah Top 50 dalam contest nie. Wah tak sangka jugak lah. Maklumlah gambo yang aku letak tu gambo lompat yang biasa2 je. Cuma gambo tu feel harmony sket sebab semua bangsa/race ada dalam gambo tu. Gambo tu di ambil masa company annual dinner kat Hard Rock Penang bulan nov tahun lepas kan.

Caranya, senang je..

Korang click vote je seberapa banyak yang korang suka kat website yang aku attach nie.



La tak jumpa kat mane nak vote, korang tengok kat bawah nie. Kat sinilah nanti korang kene tekan VOTE kat sebelah nama aku .


Hah, korang buat cam tu. Senang kan.

Aku ada 7 hari saja untuk meraih korang punya vote untuk masuk Top 20. Nampak macam mudah kan. But payah jugak. Gambo2 yang lelain tak kurang hebatlah. Pelbagai gaya yang superb2. Serun gak nie tapi tawakal jelah. Aku jarang masuk contest yang ada vote2 nie. Ini lah first time gamaknya.

Korang, tolong ek...