Monday, January 3, 2011

Mari Nyanyi NegaraKu

Hi Korang,



Hari nie 1st day sessi persekolahan di buka untuk tahun baru nie 2011. So start dari pukul 6.30 pagi tadi area umah aku nie dah start bising. Yang anta anak pi international school, yang anta anak sekolah rendah, yang anta anak ke taska/taski pun ada. Majoriti area umah aku nie ramai orang middle east so bas sekolah yang jemput diorg nie tak boleh lambat sket, terus je hon pepanjang sampai bebudak kecik teperanjat dan terus bangun. Memang sibuk lah jalan depan umah aku nie tadi.

Aku saja je lambat kuar umah hari ni sebab nak elakkan jem. Maklumlah umah aku nie dekat dengan sekolah, banyak sekolah. So around 8.30 cam tu baru aku kuar umah. So area2 sekolah penuh dengan kete2 beso parking kat tepi sekolah nie. Memasing sibuk anta anak2 ke sekolah kan.




Tengah2 aku duk tunggu pakcik nie bungkus nasi lemak yang aku order tadi, terdengar bebudak sekolah nie nyanyi lagu NegaraKu. Ermm terus teringat balik masa time aku sekolah dulu. Aku selalu je skip time perhimpunan sebab malas nak berdiri lelama, aku selalu buat2 sakit/pening so pengawas confirm2 kasi duduk kan hehhehe. Ermm zaman persekolahan aku memang superb kalau korang tak caya boleh tanya bebudak yang satu sekolah dengan aku. Confirm2 diorg cakap aku nie one of the naughtiest girl. Aku sendiri pun tak percaya lah macamana aku boleh nakal ek masa sekolah dulu.

So that’s it about zaman persekolahan aku, tak boleh citer lelebih sebab aku seganlah.




Btw, korang ingat lagi tak lagu Negaku? Jom kita nyanyi sekarang nak? La tak ingat, nie aku dah letak lirik nie. Camne lah korang nak masuk jangan lupa lirik nie ek.. hehehehe

Sunday, January 2, 2011

Aku Merayu... Tolonglah...

Hi Korang,

Di hari yang indah ini aku betul2 nak mintak tolong kat korang nie. Mintak tolong apa?

Tolong vote untuk entry lompat aku nie ek.


Tadi baru aku dapat tau yang aku adalah Top 50 dalam contest nie. Wah tak sangka jugak lah. Maklumlah gambo yang aku letak tu gambo lompat yang biasa2 je. Cuma gambo tu feel harmony sket sebab semua bangsa/race ada dalam gambo tu. Gambo tu di ambil masa company annual dinner kat Hard Rock Penang bulan nov tahun lepas kan.

Caranya, senang je..

Korang click vote je seberapa banyak yang korang suka kat website yang aku attach nie.



La tak jumpa kat mane nak vote, korang tengok kat bawah nie. Kat sinilah nanti korang kene tekan VOTE kat sebelah nama aku .


Hah, korang buat cam tu. Senang kan.

Aku ada 7 hari saja untuk meraih korang punya vote untuk masuk Top 20. Nampak macam mudah kan. But payah jugak. Gambo2 yang lelain tak kurang hebatlah. Pelbagai gaya yang superb2. Serun gak nie tapi tawakal jelah. Aku jarang masuk contest yang ada vote2 nie. Ini lah first time gamaknya.

Korang, tolong ek...


Saturday, January 1, 2011

01 01 11 - Santai

Hi Korang,

Entry pertama di tahun baru 2011. Selamat tahun baru..


Dah masuk tahun baru kan, tahun 2011. Sekejap je dah satu hari. Dan satu hari nie jugaklah aku tak jejak tanah. Satu hari suntuk lepak kat umah. Hari nie betul2 aku penuhkan dengan aktiviti tengok tv, masak dan makan.

Mee Goreng + Telur Mata + Nescafe Panas = Lazat!

So bangun je pepagi, lepak chill tengok FB dulu, kemudian baru masak mee goreng untuk breakfast. Nama je breakfast tapi ktorg bedal dekat pukul 12 tghari cam tu. Itu dah kira brunch dah kan. Sambil makan sambil tengok tv. Kemudian bantai tengok tv sampai petang.

Baked Macaroni and Cheese - Ini yang belum bakar, yang dah bakar dan abis dibedal.

Tup-tup my MIL call nak datang umah. Apalagi terus mengemas apa yang patut kan. Salin air ikan puyu, salin air pokok, cuci lantai balkoni depan, basuh 2 jamban dan masaklah. Ada permintaan nak makan baked makaroni & cheese. Aduh aku ini ingat2 lupa. Trus refresh balik resipi. Nasib baik ada simpan lagi. Nasib baik barang2 nak masak ada. Apa lagi terus lepak kat dapur. Yang best tu sambil masak sambil layan consert lagi kat Astro Fiesta.

Credit : Sigomok coz pakai Samsung Galaxy Tab dia yang baru beli tuh.

Diorg sampai petang sebab sibuk layan 3 idiots dulu kat Astro Fiesta. Citer tu memang kelakarlah sebenarnya aku sendiri pun 2 kali tengok. So sambil makan sambil borak2 sambil tengok tv. Sempat jugak diorg main Nerf Gun mrBig lah. So komen2 mesti ada pasal masakan aku but ok jugak. At least aku boleh improve lagi kan.

Now tinggal aku sorang je kan umah nie. Diorg dah balik sebab si gomok nak pi melalak. Mr Big plak dah pi main RC car dia kat highway LEKAS tu kan. Lega rasanya everything seems ok untuk hari ni. Yelah orang kata kenyang perut suka hati kan. Aku tengah suka hati lah nie..

So nite2 guys.. Esok aku nak kena bangun awal untuk pujuk korang vote aku lah.. so stay tune..