Saturday, January 1, 2011

01 01 11 - Santai

Hi Korang,

Entry pertama di tahun baru 2011. Selamat tahun baru..


Dah masuk tahun baru kan, tahun 2011. Sekejap je dah satu hari. Dan satu hari nie jugaklah aku tak jejak tanah. Satu hari suntuk lepak kat umah. Hari nie betul2 aku penuhkan dengan aktiviti tengok tv, masak dan makan.

Mee Goreng + Telur Mata + Nescafe Panas = Lazat!

So bangun je pepagi, lepak chill tengok FB dulu, kemudian baru masak mee goreng untuk breakfast. Nama je breakfast tapi ktorg bedal dekat pukul 12 tghari cam tu. Itu dah kira brunch dah kan. Sambil makan sambil tengok tv. Kemudian bantai tengok tv sampai petang.

Baked Macaroni and Cheese - Ini yang belum bakar, yang dah bakar dan abis dibedal.

Tup-tup my MIL call nak datang umah. Apalagi terus mengemas apa yang patut kan. Salin air ikan puyu, salin air pokok, cuci lantai balkoni depan, basuh 2 jamban dan masaklah. Ada permintaan nak makan baked makaroni & cheese. Aduh aku ini ingat2 lupa. Trus refresh balik resipi. Nasib baik ada simpan lagi. Nasib baik barang2 nak masak ada. Apa lagi terus lepak kat dapur. Yang best tu sambil masak sambil layan consert lagi kat Astro Fiesta.

Credit : Sigomok coz pakai Samsung Galaxy Tab dia yang baru beli tuh.

Diorg sampai petang sebab sibuk layan 3 idiots dulu kat Astro Fiesta. Citer tu memang kelakarlah sebenarnya aku sendiri pun 2 kali tengok. So sambil makan sambil borak2 sambil tengok tv. Sempat jugak diorg main Nerf Gun mrBig lah. So komen2 mesti ada pasal masakan aku but ok jugak. At least aku boleh improve lagi kan.

Now tinggal aku sorang je kan umah nie. Diorg dah balik sebab si gomok nak pi melalak. Mr Big plak dah pi main RC car dia kat highway LEKAS tu kan. Lega rasanya everything seems ok untuk hari ni. Yelah orang kata kenyang perut suka hati kan. Aku tengah suka hati lah nie..

So nite2 guys.. Esok aku nak kena bangun awal untuk pujuk korang vote aku lah.. so stay tune..

Friday, December 31, 2010

Hari Terakhir Di 2010

Hi Korang,

Hari nie merupakan hari terakhir dalam tahun 2010 dan juga merupakan cuti umum untuk semua rakyat Malaysia. Terima kasih to our PM yang bagi cuti nie sempena kemenangan tema bola kita dalam AFF Suzuki Cup.

So dah nama pun cuti kan,haruslah berrehat kat umah. So nothing much buat selain dari layan internet, aku juga sempat layan a few concert kat Astro Fiesta. Best2 plak tu.


So petang plak, aku pi perabiskan duit mr Big. Ihks boleh gitu? Tak lah. Ktorg pi beli barang dapur. Maklumlah dah cukup bulan nie kan, segala mak neka barang semua dah abis. So ktorg pi membeli belah kat Carefour Tun Hussien Onn. Ala sesaje tukar angin. Shopping jauh sket kan.

Boleh tahan ramai jugak orang kat sini. Beli barang dapur, baju sekolah anak2 dan yang best tu ada jugak yang beli tv leper tu kan. Ermm orang gomen kan masuk bonus so bolehlah berbelanja sakan kan.


Aku beli barang yang patut2 lah. Majoritinya semuanya barang makan. Dari yang kering sampai yang ke sejuk. Semua ada. Ala buat stock kan. Normally ktorg berbelanja besar nie 2-3 bulan sekali. So jimat kan. Tak delah nak kuar duit selalu untuk barang2 makan kering cam nie kan.


Dekat 3 jam jugak lah ktorg duk bershopping kat sini. Belek sana belek sini. Penat jugaklah budak cashier tu duk punch barang. Yelah orangnya berdua tapi barang makannya penuh setroli kan.Kopak jugak mrBig membayarkan. Hehehehhehe... Tak berani aku nak tulis berapa amountnya takut korang terperanjat plak kan.

So that's how ktorg abiskan masa hari ni. Penghujung tahun yang perfect untuk 2 of us...


p/s: Maybe malam nak pi tgk bunga api kot. But tak sure kat mana lah. Any idea?

Thursday, December 30, 2010

Fiesta Proton 2010

Hi Korang,


Semalam sempat jugak aku pi Fiesta Proton kat Dataran Nilai ni. Eh korang ingat Nilai nie tak grand ke? Dah up to date tau sekarang nie. Memacam ada. U name it u got it okeh kecuali Starbuck je belum ada lagi.

Test tengok cun ke tak Inspira nie ek

Yang belakang tu sibuk betul lah.

Oklah event nie, ada satu hari je. Actually fiesta nie macam road tourlah. Singgah bandar2 untuk promote kereta2 proton kan. Sempat jugak aku interview one of the organizer event nie lah.

 
Ini waja tau, dia dah modified

Ala tak de apa yang menarik pun tapi aku sempat check it out Proton Inspira tu. Dari luar memang cantiklah cuma dalam tu agak serabut sket. Maybe banyak sangat panel kot. So far ok lah. Proton Saga yang FL edition tu cantik jugak lah.


Cantik kan green hornet nie

3 Model Kete... Huahuahauhauauha

Itu je, simple event.