Monday, December 13, 2010

Shopping At Digital Lifestyle Expo, KLCC

Hi Korang,




Ingat aku tulis pasal Digital Lifestyle Expo hari tuh? Ala yang kat KLCC tuh. Ermm sempat jugak lah aku pi, lepas abis sessi mentekedarah dengan ex-schoolmate aku yang tak berapa kerat tuh kan.



Ramai jugak orang pi, eventho tak besar dan tak banyak barang cam expo dulu. So tak penat jugak aku jalan kan. Yelah korang bayangkan ktorg jalan kaki dari Corus hotel sampai ke KLCC convention centre. Haruslah berpeluh ketiak kan?

MrBig sibuk betul nak beli projector tv nie. Kat mana dia nak tala pun aku tak tau.

Kalau dah gamers tu, gamers jugak lah kan.. Lama jugaklah aku bertapa kat section nie. Nasib baik menang hadiah tau.

Anyway, expo tu terbahagi into 5 section. Ada barang elektrik, eletronik, handphone, multimedia, online games dan broadband. So semuanya aku pi melawat lah. Majoriti barang2 berjenama lah kan but affordable. Banyak jugaklah yang buat aku tergoda but tahan je nafsu nie untuk membeli-belah kan. Simpan duit untuk pi bercutilah.


Semua booth, wirelessnya disponsor oleh TM Unifi tau.

Luckydraw pun ada, tapi malas nak tunggu
Ramai orang jugak lepak kat area desktop/laptop accessories cam hardisk,bag laptop, mouse dan memacam lagi lah. Yang golongan tak berapa muda iaitu remaja suka lepak kat online games. Memang sesaklah tempat tu, sebab banyak dapat free gift. Section yang paling bising dan warna-warni sekali ialah area broadband. Yelah ada Celcom, Maxis, TM Net, P1Wimax. Gila-gila promosi diaorg nie. Betul2 cari pelanggan kan. TM plak sibuk promosikan TM Unifi, ala-ala cam Astro tuh but baru je start area Klang Valley. Area umah aku maybe lama lagi kot.

Ini je yang sempat disambar, hardisk dan cooling pad dan fan. Murah je


So itu je, nothing much to story. Yang penting banyak jugak gadget2 yang aku baru kenal lah.Maklum lah aku nie tak berape celik IT sangat.

Sunday, December 12, 2010

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI

Hi Korang,

Weekend nie dah penat berjalan seharian semalam, so aku duk umah je hari nie ( but ada pi jalan jugak tapi sekejap je) melayan internet jelah kan. So as usual, nampak blog2 yang menarik then aku singgah. So sampailah ke blog falihi nie, dia ada buat contest so apa lagi aku pun join lah.

Ermm senang je lah.. cam nie. Aku kena letak gambo melompat. Tak kiralah sorang ke duet ke, reramai ke kan. So aku letak gambo nie.


"LOMPAT SATU MALAYSIA"

Ermm hadiah2nya menarik okeh, I like Body Shop..


1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

 
1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

 
1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00



Syarat2? Kacang je. Baca nie..

3. Pilih SATU gambar anda melompat paling style. Tak kira lompat secara SOLO atau DUET atau GROUP. Gambar hendaklah original punya lompat OK. Tak nak yang edit2. Kalau edit hue, level, colour, brightness or etc tu boleh la. Ingat! hanya SATU gambar sahaja. - DONE

4. Letakkan caption paling kreatif di bawah gambar dalam 3 perkataan. DONE

5. Copy dan paste senarai hadiah yang ditawarkan. DONE



 
6. Tak perlu buat sticky mode. Tapi, perlu sertakan BANNER contest dekat sidebar jugak dan di link kan sekali. DONE

7. Tag sekurang-kurangnye 3 bloggers lain dan harus inform bloggers tersebut yang mereka telah ditag ye...

So aku tag,



Ermm itu je, senang kan. Bebudak suke ambik gambo lompat2 nie kan.

Saturday, December 11, 2010

SEGMEN : SAYANG BLOGGERS!

Hi Korang,

Malam2 tak de benda nak buat nie, aku rajin lah jugak meronda2 kat blog orang lain kan. So aku terjumpa blog Cik Mas nie. Dia ada buat segmen pasal Sayang Bloggers. Ala bukan2 pun, dia suka suki je nak tambah kawan bloggers. 

So apa lagi aku pun nk join la jugak kan.


So kene jawab soalan plak, 'kenapa saya perlu join SEGMEN : SAYANG BLOGGERS'
Ala sesaje je aku nak tambah kenalan bloggers lagi. So kalau ada gathering2 boleh lah jumpa dan kenal2 kan itu je.

Korang2 nak join pun boleh tau, actually bagus benda2 cam nie. Boleh promote blog korang kan. Kalau nak join jugak,click kat blog Cik Mas nie.