Hi Korang,
Aku memang teringin sangat nak pi ke Kota Kinabalu, Sabah. 3 tahun lepas ktorg hampir terbang ke sana tapi di sebabkan ekonomi merosot time tu maklumlah masa tu baru kawin so ktorg lepaskan jelah peluang nak ke sana eventho time tu tiket flight semua dah beli.
Ermm sebab apa yang aku teringin sangat nak kesana, salah satunya ialah :
1. Nak rasa naik Kereta api Borneo Utara / North Borneo Railway
Orang kata best kalau dapat naik keretapi berkepala wap nie. Sebab keretapi nie round area Kota Kinabalu nie. Lalu celah2 kampung pendalaman. Yang best tu, boleh turun2 kat stesyen kecik dan nikmati keindahan kat situ. Ermm walaupun harga tiket tu mahal sket but why not sekali sekala kan.
2. Nak pi melawat kat Kampung Budaya Monsopiad
Ermm haruslah nak melawat sejarah Kota Kinabalu dan jugak mengenali budaya orang Sabah. Tempat nie merupakan muzim hidup lah orang panggil. Selain daripada ada Tangkob iaitu tempat pengumpulan padi ada juga tembikar, mesin padi, peralatan buluh dan juga busana Bobohizan Inai Bianti, iaitu keturunan terdekat Monsopiad. Ala lagi, rumah tengkorak pun ada tau
3. Nak pi ke Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu
Nama cam pelik kan? but actually tempat nie merupakan tempat perlindungan burung ini meliputi kawasan seluas 24 hektar (60 ekar) hutan paya bakau. Kawasan ini sekali gus menjadi pusat pendidikan dan rekreasi. Burung yang sering didapati di sini ialah spesies yang berhijrah dari kawasan-kawasan sejauh Asia Utara, Siberia dan China Utara seperti Burung Kedidi, Greenshank, Redshank, bangau dan pucung dan juga burung-burung silara umpamanya collared kingfisher dan stork-billed kingfisher.
4. Nak pi Shopping kat Tamu Mingguan Jalan Gaya
Setiap pagi Ahad, laluan sepanjang Jalan Gaya akan ditutup kepada lalu lintas untuk memberi laluan kepada Tamu Jalan Gaya. Belilah apa sahaja barangan di bawah teduhnya pepohon dan payung besar, umpamanya sarung batik, buah-buahan dan bunga-bungaan, lukisan dan kraf, kasut, barangan antik dan cenderamata, kuih-muih, malah ada juga haiwan belaan dan herba!. Tempat ini menjadi lokasi terbaik untuk menyaksikan sendiri keratan lintang masyarakat tempatan apabila keseluruhan keluarga keluar berseronok mengisi hujung minggu mereka di sini.
5. Nak berehat kat Pantai Tanjung Aru
Dekat je pantai ni dari bandar Kota Kinabalu, tempat ini amat dekat di hati penduduk tempatan, dan dengan hanya satu kali kunjungan sahaja anda akan mendapat tahu jawapannya. Nikmatilah jus kelapa dan tebu, sate ayam atau daging, kacang dan jagung stim, atau menjamu selera di restoran makanan laut yang terletak di situ.
Banyak tempat lagi yang aku rasa nak melawat bila dah sampai Kota Kinabalu nie but 5 yang atas tu confirm2 aku nak pi kalau ada rezeki ke Kota Kinabalu.
Ala aku menulis bukan main panjang nie bukan apa, aku nak masuk contest
Feeqsays nie. Hadiah dia lumayan gak. Itu yang bersungguh2 aku menulis tu kan.
Info & Pics from
SabahTourism