Thursday, December 9, 2010

Pisang Kaki, Bukan Pisang Biasa

Hi Korang,


Korang kenal tak, nie buah apa? La bukan tomatolah. Nie pisang kaki a.k.a persimmon. Pelik kan, nama je pisang tapi tak de langsung bentuk pisang kan.

Aku pun bukan kenal sangat pun buah nie. First time aku tengok buah masa aku bertunang dulu. Family mrBig letak buah nie as one of the hantaran.  Jawabnya memang aku tak makan. Makcik2 aku yang bedal semuanya. Eventho, buah nie mahal sket but still aku tak makan tau.


So last night mrBig beli kat carrefour Alamanda. Aku memang tak makan but kene paksa jugak dengan mrBig suruh makan. Rasanya? macam buah pear lah. Dia plak, bedal tanpa buang kulit. Rugi katanya kalau buang kulit, maklumlah banyak khasiat kat kulit buah pisang kaki nie.

Actually, mrBig makan buah pisang kaki nie sebab dia nak turunkan pressure darah tinggi dia tuh. Sekarang nie memanglah stable but manalah tau kan, orang kata prevention tu lebih baik dari merawat kan.


Korang plak? Suka tak pisang kaki nie ek..

Wednesday, December 8, 2010

BBQ Sunset @ Gold Coast Sepang

Hi Korang,


Ingat tak entry aku pasal nak tengok sunset weekend lepas? Ingatkan dapat lah kan. Jawapannya hampeh coz petang tu memang dah gelap dan mendung. Tapi tak hujan pun, so sesuailah cuaca cam tu untuk pi ber BBQ kan.


Actually idea nak berBBQ nie dah lama tapi tak de kesempatan nak pi kan. So setelah 2 minggu plan, akhirnya tercapai jugak harapan nak pi. Abislah segala bebudak opis tu aku paksa pi kan. Tak lah, diorg pun ok je nak join. So seminggu sebelum nak pi tu, collect duit dengan bebudak dan plan nak bawak + masak apa kan.


Dengan doa dan harapan supaya hujan tak turun pada hari yang bersejarah tu kan, akhirnya ktorg sampai jugak ke Pantai Bagan Lalang Sepang nie. Actually tak jauh dari opis ktorg nie. Kurang dari 1 jam dah sampai tempat nie. Weekend kan, so haruslah ramai orang. Yang berpicnic, berBBQ, bercinta, berkhemah, bermandi-manda, bercamwhore semuanya ada kat pantai nie. Pasirnya putih dan cantik, langsung tak de batu pun kat gigi air. Cuma air lautnya berkelabu sket, kesan pembinaan Sepang Gold Coast tu kot.


So apa lagi, bentang tikar keluarkan segala mak neka barang yang ada dalam bonet kete. Yang siapkan makan, siapkan makan. Yang hidup api untuk BBQ pun sibuk bertungkus-lumus lah. Semua orang bekerjasama, teamwork la kononnya. Sementara nak tunggu ayam + kambing + lembu siap masak, so apa lagi bercamwhore sambil berendam kat laut yang kelabu tu lah. Yang main lelayang sibuk mengejar angin.


Siap je masak, terus makan sepuas hati. Ada nasi lemak, meehoon, nugget, jajan, sate, ayam, kambing, lembu dan juga air oren yang sangat sedap sekali. Pas makan, seekor2 jadi ular sawa terbaring kat tikar tuh. Yang borak plak sambil makan sambil borak2 lagi.


Lebih kurang dalam kul 9 malam cam tu, ktorg pack barang2 untuk balik. Penat memang penat tapi seronok sebab berjaya jugak organize BBQ untuk bebudak opis nie. Maybe, lepas nie ktorg nak organize pi Kalahari Dessert. Hah?biar betul.. Gilo ke hapo kan...


Bagi korang yang tak tau apa yang best kat Gold Coast Sepang/Pantai Bagan Lalang, meh aku bagi tau:-

- ikut jalan ke Morib tapi Bagan Lalang nie dekat Sungai Pelek.
- Gold Coast Resort nie macam Palm Island kat Dubai. Sangat cantik.
- Hotel Sri Malaysia betul2 mengadap pantai. Selalu sgt bilik penuh bila weekend
- Seafood? Kata Kak Shikin murah dah sedap.
- Public toilet? berkilat ko. Bersih gila. Macam toilet kat umah. Terasa betul2 selesa.
- Kedai makan?melambak2. Murah plak tu.
- Kalau nak camping, tak yah sewa tapak. Korang pacak je khemah kat memana yg korang suka.


Ermm itu je. Actually banyak lagi gambo yang di ambil tapi malas nak upload bebanyak lah. Kang korang boring plak kan.

Tuesday, December 7, 2010

Mencari Jannah Di Maal Hijrah

Hi Korang,

Salam Maal Hijrah.


Tak de buat apa pun hari nie selain merehatkan diri kat umah sambil berblogwalking + tengok tv. Seronok tu tengok tv kan. Macam2 citer yang aku tengok. Dalam bebanyak citer tu, aku tertengok citer nie. Mencari Jannah kat TV Astro Oasis.


So telemovie nie mengisahkan seorang remaja 'Jannah' yang masih bersikap kebudak-budakkan even dia nie dah remaja. Bersikap tak matang dan suka menyakitkan hati keluarganya. One day, dia lari dari rumah kerana keputusan SPM nya yang teruk. So sepanjang pengembaraannya dalam satu hari tu bermacam-macam dugaan dan kesukaran yang dia temui yang membuatkan dia pulang ke pangkal jalan kepangkuan keluarganya.


Bagi aku citer nie bagus.Sesuai untuk remaja yang kat luar sana. Maklumlah zaman remaja nie orang kata yang akan tentukan masa depan kita kan. Yelah sempena maal hijrah nie kan. Elok jugaklah kite nie berubah arah ke arah kebaikkan.

Aku? Akan cuba berubah jugak.