Thursday, December 2, 2010

Giant Teddies at Mid Valley.

Hi Korang,


Korang mesti suka teddy bear kan? Especially girls kan. Tak kira lah anak dara ke, mak dara ke, anak mak ke semua mesti suka kan.
Ktorg pun tak ketinggalan jugak tau. Ktorg ? Yelah aku dengan mrBig pun minat jugak. Walaupun teddy2 nie nampak cam keperempuan tapi dia still suka.

 
La tak caya? Nah korang tengok nie.

Comel kan.

Ni dia cakap, ada orang yang besau daripada dia.

Hah, betul kan apa aku cakap? Dia suke betul teddy2 yang giant ni. Siap dia cakap nak cari giant teddy ni 2-3 ekor letak kat hall umah. Then boleh campak je trus sofa yang asyik duduk ke tenggelam separuh bontot tuh.




Sempat jugak bergambo dengan santarina & princess yang bagi ktorg sweets yang banyak


Anyway, ktorg bercamwhore di lobby Mid Valley semalam before premiere screening of Narnia. Walaupun deman2 but bila time bergambo hilang rasa deman semua.

Wednesday, December 1, 2010

Opss Barangku Jatuh!

Hi Korang,

Ermm update sket je nie. Aku mc hari nie.


Ntah tup2 pagi tadi semua badan2 sakit plak. Di tambah lagi dengan sakit kepala lagi. Haruslah aku merehatkan diri kat umah.

Tapi aku buat apa je kat umah kan? So tak kan lah nak bantai turun je sepanjang hari. So lepas aku sms aka office aku yang aku MC, aku terus sambung tidur kejap. So dalam kul 10am cam tu aku dah terpacak kat depan clinic. Orang tak ramai so cepatlah aku jumpa doktor. Nothing serious cuma aku kurang rehat je sebab tu semua badan sakit tuh.

So on the way balik, singgah kejap bank untuk settlekan segala mak neka hutang2 yang melambak2 nie. Siap beli makan sekali coz malas nak masak.

Straight sampai umah je, trus kemas umah. Buat itu, buat ini. Yang best tu siap online lagi. So sempatlah kacau sumijelly,anakperak,elismie, ruby kat twitter. Dah siap kemas semua, sambung bertweet2 lagi.


Dengan dok leka tuh, tup tup aku baru perasan yang bantal yang aku jemur tadi kat balcony tadi dah jatuh bawah. Dengan sepantas kilat, aku sambar kunci umah trus je turun tangga ke bawah. Korang bayangkanlah tak sampai 2 minit aku dah ada kat bawah dari tingkat 9. Gila kan? Memang betul2 gila aku rasa. Lepas je aku amik bantal tu, aku tergelak sendiri, sebab aku berlari turun bawah tu dengan berkaki ayam.  Punyalah bengong je kan rasanya.

Itulah akibatnya bila duk leka sangat berinternet sambil bertweet2..

Korang jangan plak ikut perangai aku nie ek!

Tuesday, November 30, 2010

Premiere Screening The Social Network

Hi Korang,


Semalam aku dapat tiket untuk tengok citer The Social Network. Actually MSN bagi aku tiket nie coz menang online contest diorg. Aku perasan Nuffnang pun ada bagi tiket jugak but still kepada G+ member je. Ermm tak perlah maybe dah tak de rezeki kot.


So ktorg pi ke Tropicana City Mall, PJ. Senang je tempat dia. Dah pernah pi sekali dulu. Sampai2 trus pi makan dulu. Kemudian baru pi amik tiket. Tak ramai lagi orang amik tiket, so dapatlah seat cantik sket kan.



The Social Network nie mengisahkan suka duka pengasas/ foounder Facebook.Com iaitu Mark Zuckerberg. Ini based on true story tau. Mark nie merupakan student kat Harvard Uni. Di sebabkan dia nie frust coz baru je putus dengan awek dia nie, so dia pun dapat idea untuk menghasilkan online frens kat Harvard nie so that dia dapatlah tengok ex-awek dia punya profile.


Nie pelakon citer nie. Yang kanan atas tu lah Mark Zuckerberg. Justin Timberlake jadi jahat tau. Menyampah. Yang kiri bawah tu, hensem tau good fren Mark tu lah.

So semakin lama idea dia semakin berkembang dengan bantuan good fren dia. Diorg pun memperluaskan lagi facebook.com nie ke all over the country. So ramai jugaklah jeles, bangga, dengki dengan pencapaian mereka nie yang membuatkan mereka berdua nie berpecah belah. Eh dahlah penat aku citer. Nanti dah keluar 2nd Disember, korang pi lah tengok tau.




Rasa pelik juga, bila pi semalam langsung tak de yang kenal. Maklumlah ini bukan Nuffnang punya event kan. So lain sket lah.