Wednesday, December 1, 2010

Opss Barangku Jatuh!

Hi Korang,

Ermm update sket je nie. Aku mc hari nie.


Ntah tup2 pagi tadi semua badan2 sakit plak. Di tambah lagi dengan sakit kepala lagi. Haruslah aku merehatkan diri kat umah.

Tapi aku buat apa je kat umah kan? So tak kan lah nak bantai turun je sepanjang hari. So lepas aku sms aka office aku yang aku MC, aku terus sambung tidur kejap. So dalam kul 10am cam tu aku dah terpacak kat depan clinic. Orang tak ramai so cepatlah aku jumpa doktor. Nothing serious cuma aku kurang rehat je sebab tu semua badan sakit tuh.

So on the way balik, singgah kejap bank untuk settlekan segala mak neka hutang2 yang melambak2 nie. Siap beli makan sekali coz malas nak masak.

Straight sampai umah je, trus kemas umah. Buat itu, buat ini. Yang best tu siap online lagi. So sempatlah kacau sumijelly,anakperak,elismie, ruby kat twitter. Dah siap kemas semua, sambung bertweet2 lagi.


Dengan dok leka tuh, tup tup aku baru perasan yang bantal yang aku jemur tadi kat balcony tadi dah jatuh bawah. Dengan sepantas kilat, aku sambar kunci umah trus je turun tangga ke bawah. Korang bayangkanlah tak sampai 2 minit aku dah ada kat bawah dari tingkat 9. Gila kan? Memang betul2 gila aku rasa. Lepas je aku amik bantal tu, aku tergelak sendiri, sebab aku berlari turun bawah tu dengan berkaki ayam.  Punyalah bengong je kan rasanya.

Itulah akibatnya bila duk leka sangat berinternet sambil bertweet2..

Korang jangan plak ikut perangai aku nie ek!

Tuesday, November 30, 2010

Premiere Screening The Social Network

Hi Korang,


Semalam aku dapat tiket untuk tengok citer The Social Network. Actually MSN bagi aku tiket nie coz menang online contest diorg. Aku perasan Nuffnang pun ada bagi tiket jugak but still kepada G+ member je. Ermm tak perlah maybe dah tak de rezeki kot.


So ktorg pi ke Tropicana City Mall, PJ. Senang je tempat dia. Dah pernah pi sekali dulu. Sampai2 trus pi makan dulu. Kemudian baru pi amik tiket. Tak ramai lagi orang amik tiket, so dapatlah seat cantik sket kan.



The Social Network nie mengisahkan suka duka pengasas/ foounder Facebook.Com iaitu Mark Zuckerberg. Ini based on true story tau. Mark nie merupakan student kat Harvard Uni. Di sebabkan dia nie frust coz baru je putus dengan awek dia nie, so dia pun dapat idea untuk menghasilkan online frens kat Harvard nie so that dia dapatlah tengok ex-awek dia punya profile.


Nie pelakon citer nie. Yang kanan atas tu lah Mark Zuckerberg. Justin Timberlake jadi jahat tau. Menyampah. Yang kiri bawah tu, hensem tau good fren Mark tu lah.

So semakin lama idea dia semakin berkembang dengan bantuan good fren dia. Diorg pun memperluaskan lagi facebook.com nie ke all over the country. So ramai jugaklah jeles, bangga, dengki dengan pencapaian mereka nie yang membuatkan mereka berdua nie berpecah belah. Eh dahlah penat aku citer. Nanti dah keluar 2nd Disember, korang pi lah tengok tau.




Rasa pelik juga, bila pi semalam langsung tak de yang kenal. Maklumlah ini bukan Nuffnang punya event kan. So lain sket lah.


Monday, November 29, 2010

Peter Pan The Musical @Sunway Lagoon - Gala Premiere!

Hi Korang,


Sorry lambar sket update, terlampau buzy weekend ari tu sampai nak amik cookies dengan K Ina pun x sempat. Sorry ek.. nanti kite amik tau.


So jumaat lepas, aku dapat invitation from AMBP ke Peter Pan The Musical kat Sunway Lagoon. Actually aku hantar je email bila AMBP put some notice pasal nie kat blog dia. Tup tup dapat plak invitation kan. Aku perasan gak yang Nuffnang ada bagi invitation nie but kat G+ member. So confirm2 lah aku tak dapat kan. Sapelah aku di matamu kan. huhuhuhu...


Yang best tu, dapat gala premiere show. Wah kembang2 hidung kan coz dapat tengok dengan free je. Tapi yang tak best, MrBig tak boleh teman sebab malam tu dia ada hal plak. So korang bayangkan lah aku cameraman aku jugak lah yang kene cover show tu kan. Jawabnya gambo yang ada muke aku satu je. Itu pun mintak tolong one of blogger yang kau kenal, tak silap aku nama dia Kevin kot. Dia pun dapat tiket thru AMBP jugak. Actually Peter Pan The Musical nie merupakan production dari London but design stage and some of the dancers are Malaysian tau. Kagum jugak aku tau.


La korang tak kan tak tau pasal kisah Peter Pan nie ek? Ala citer dongeng bebudak dulu-dulu kan. Ia mengisahkan Wendy yang selalu berangan untuk berjumpa dengan Peter Pan yang selalu diceritakan oleh ibunya. Satu malam Peter Pan yang realitinya muncul dihadapan Wendy dan terus mengajaknya ke Neverland. So dari situ pengembaraannya bermula. Wendy berkenalan dengan Tinkerbell, Lost Boyz dan juga musuh ketat Peter Pan iaitu Captain Hook. So dalam masa satu jam tu, memacam2 aksi dan gaya dipertontonkan. Sangat best. Sungguh real.

So, some of shoot yang sempat aku amik guna camera kecik aku nie.

Cantik kan, siap ada snow lagi tau..

Nampak tak? Peter Pan terbang dengan Wendy.

Captain Hook dan kuncu2nya

All the cast, Malaysian dancers pun ada okeh. Tabik lah

Tengok satu je gambo yang ada muke aku... ermmm.....

Best kan, baik korang pi tengok lah. Tak silap aku show nie sampai end of December 2010. Mombloggers sesuai bawak anak2 tengok citer nie. Maklumlah bebudak mesti suke sebab all the cast tu interact tau dengan bebudak. Lagipun bebudak boleh amik gambo dengan diorg nie. Orang tua susah sket lah. 

So, TQ AMBP. Lain kali boleh jemput lagi ek.