Hi Korang,
Nie nak cerita sket pasal kejayaan pengeluar kereta no. 1 di Malaysia iaitu PROTON di mata dunia dalam kejohaan APRC 2010 di China.
Setelah 5 tahun berehat dari perlumbaan antarabangsa, PROTON kembali beraksi di Asia Pacific Rally Championship (APRC)2010 dan telah memenangi satu dua di kejohanan tersebut, baru-baru ini di China.
Alister McRae dan Chris Atkinson selaku pemandu jentera Sateria Neo S2000 telah mengalahkan Mitsubishi Lancer dan Subaru Impreza yang selama ini sentiasa mengungguli kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti ini.
Tambahan lagi, kejayaan McRae menduduki tempat ketiga dalam kategori pemandu, menambahkan lagi kegembiraan pasukan PROTON dan menjadikan kejayaan terbesar musim ini.
"Kami gembira dengan kemenangan ini dan ini dapat membuktikan daya saing Satria Neo S2000 dan PROTON sebagai pengeluar di arena rally antarabangsa. Memandangkan kami telah menyatakan sejak awal musim bahawa tahun ini akan menjadi salah satu tahun yang dikhaskan untuk ujian dan pembangunan, dan pada tahun yang mendatang adalah untuk mengutip kejayaan untuk kejohanan APRC".– Kata Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad.
PROTON telah pun melengkapkan 5 daripada 6 pusingan APRC untuk tahun ini yang bermula dengan Rally Malaysia, Rally of Japan, Rally of New Zealand and Rally of Australia. Pasukan PROTON ini telah menaruh harapan yang tinggi untuk menambahkan lagi mata di Rally of Indonesia tetapi kejohanan tersebut di batalkan oleh FIA disebabkan keadaan cuaca yang begitu sesuai untuk kejohanan tersebut. Selain di China, PROTON mendapat tempat kedua di kejohanan Rally of New Zealand.
Satria Neo S2000 juga telah melengkapkan Intercontinental Rally Challenge (IRC) pada tahun ini bersaing dengan pasukan pengeluar terkemuka seperti Peugeot, Skoda, Ford, Abarth Fiat, Honda dan tidak ketinggalan juga Mitsubishi dan Subaru.
Bagi tujuan promosi, kedua kejohanan APRC dan IRC diberikan publisiti televisyen di seluruh dunia bagi menaikkan lagi jenama PROTON. APRC boleh ditonton lebih daripada 129 negara pada 2009 dan mencecah 390 juta penonton. Untuk IRC pula, ia di tayangkan melalui Eurosports TV di 59 negara seluruh Eropah, Asia, Afrika dan Amerika dan lebih 240 juta penonton. PROTON juga senantiasa memberikan info terkini melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Pics :
Google