Friday, November 12, 2010

Semalam Ada Joget Lambak Di Zouk,KL

Hi Korang,


Semalam aku ke Zouk KL. Dapat invitation from Nuffnang, Digi Pimp My Music.

Banyak oo celebriti yang datang. Di antaranya Lady Gaga, AC Mizal, P Ramlee, Adam Lambret,Elvis Presley, Jason Mraz, Michael Bublay, Kurt Cobain, Azwan Ali, Pak Tejo, Jaafar Onn, Siti Nurhaliza dan ramai lagi lah.



Dan tetiba, aku boleh ada pentas buat joget lambak plak.

Dah, dah.. Korang jangan bagitau mrBig plak. Mampus aku kene gelak tak ingat dengan dia. Ini gara-gara nak menang hadiah lah. Yang akhirnya aku dapat GLEE mug je. TQ Robb.

Oklah, korang tunggulah next entry. Gambo tak cukup lagi. Tengah tunggu daydeck post kat blog dia.

P/s: Korang yang ada gambo aku joget tu, tolonglah bagi kat aku ek.. Jangan nak buat scandal2 murah okeh.. huahuahuahua.. Terutama sekali P.Ramlee. Ingat tuh!

TQ, Yobsumo (cilok gambo joget nie)

Thursday, November 11, 2010

Nuffnang Premiere Screening of Skyline

Hi Korang,

Entry dah buat malam tadi, tapi lupa nak post.


Ktorg ( aku + mrBig lah, sapa lagi kan) dapat tiket wayang free from Nuffnang. So malam tadi, ktorg dapatlah tengok citer Skyline nie di TGV Wangsa Walk.


Cepat jugak, ktorg sampai. Maklumlah dekat betul dengan umah mama kan. Pukul 8pm dah amik tiket. Kemudian terus pi makan kat Heritage House.

Amik tiket dulu.

Pujuk2 Robb, dapat gak notepad nie.

Memula nampak Hamzah,kemudian SharingInfoz plak, Daydeck pun lepak jugak. Anakperak dan Redlinda datang kemudian. Last sekali Chearm dengan kawan pinknya yang cun tu. La korang tak caya, tengok gambo kat blog daydeck nanti tau.

Tengah gossip2 nie

Tengah beratur amik popcorn free nie. Pop corn kat sini sedaplah, terasa manis2 nya.

Sinopsis citer dia, ermm cam nie:-

"After a late night party, a group of friends are awoken in the dead of the night by an eerie light beaming through the window. Like moths to a flame, the light source is drawing people outside before they suddenly vanish into the air. They soon discover an otherwordly force is swallowing the entire human population off the face of the earth. Now our band of survivors must fight for their lives as the world unravels around them"

Secara ringkasnya (sinopsis) cerita ini mengenai alien (makhluk asing) yang datang ke bumi untuk menculik or menangkap manusia dengan mengeluarkan cahaya berwarna biru. Selepas menangkap manusia, makhluk asing tersebut akan menyedut otak dan memindahkan otak tersebut bagi menghasilkan "new alien". Yang ni diakhir cerita baru tahu.(Baca dan cilok dari SharingInfoz, TQ bro)

Tapi korang kena concentrate betul2 tengok citer nie sebab adegan dalam film nie tunggang terbalik sket. Nak menduga kepala otak korang yang bijak pandai tu. Ala apa2 pun, korang pi tengok sendirilah, baru paham apa yang aku cakap nie.

Aku tak reti bagi rating. So jangan tanya.Tapi mrBig cakap 2.5/10 je.Nampak cam teruk je kan. But terpulang pada korang yang pi tengok. Maybe sebab climax kuar dulu sebelum citer tu abis kot.

Dah, pi tengok sendirilah

p/s : Sambil update nie, sambil makan popcorn 2 mangkuk besau yang dapat free tadi. Sedap gak, makan popcorn memalam ek.

Wednesday, November 10, 2010

Pesta Muruku

Hi Korang,

Update nie kat opis. Time lunch nie.

Hari nie aku kat opis nie berpesta muruku. Maklumlah, geng2 yang baru balik bercuti dari Deepavali dah naik kan. So memacam bendalah yang diorg bawak. Yang best tu, semua letak kat bilik aku. Dah macam port plak kan.

So inilah dia,

3 jenis muruku besar,kecik dan bergerigi. Satu tu macam kuih ros atau kuih goyang yang mak2 kite selalu buat time raya tapi yang nie rasanya manis.


Tengok betapa sukernya dapat makan kan.


Sedap yang nie

Lagi sorang pencinta kuih2 raya

Hah, yang nie bergerigi tuh.

Tuan punya bilik yang organize pesta muruku nie.


So, terima kasih kepada mr Selvam yang sudi bawak muruku ke opis sebab dia tau ktorg kat opis nie kaki melantak kan.

Pegi kedai beli buku
Buku plak warna- warni
TQ Selvam sebab bawak muruku
Lain kali bagi ktorg makan lagi


Apa lagi, sambung bedal lagi walaupun baru je lepas pekena nasi goreng kampung.