Friday, October 22, 2010

Episod Akhir Siti Kelembai

Hi Korang,

Semalam merupakan episod akhir cerita Siti Kelembai nie. aku pernah buat review pasal cerita nie 2 ke 3 minggu yang lepas. Best kan.

Aku tak tau pun, malam tadi tu merupakan episod skhir. But bila aku perasan iklan ada cerita baru untuk gantikan cerita nie, trus je aku grab camera aku nie.


Endingnya, ermm haruslah happy ending lah. Lepas nek dara pulihkan suara mayangsari dan jalak, dia trus jumpa plak Siti Ratna untuk explain kan cam ne nak ubatkan ibunya dengan bagi ibunya minum darah si Siti Ratna nie. So budak berdua nie (Siti & Moin) pi lah hospital untuk process amik darah untuk nak bagi ibunya minum. So malam sebelum diorg nak pi bagi ibunya darah tu, si jalak dah pun bukak cerita yang si Tarang gemuk hip hop tu sebenarnya ada niat jahat terhadap family diorg nie.


So pepaginya dirog bertiga termasuk si Tarang dan Jehan yang ikut belakang diorg pergi ke pondok Mayangsari untuk transfer darah tu lah. But tak kesampaian sebab si Tarang dan bomoh Damak pun sampai gak time tuh. Damak terus rampas darah tu then minum. Tak sampai sesecond Siti Ratna marah dan terus jerit sampai mereka semua jadi batu.


Setelah Siti Ratna pulihkan ayah dan Jalak, mereka terus pulang ke rumah untuk pulihkan Mayangsari. Rupa2nya mak si Moin tu, adalah maknya Mayangsari. So Mayasari, Moin, dan kakak moin adik beradik dan mak Moin adalah nenek Siti Ratna. Hah kau, tonggeng terbalik kan.

Yang kelakarnya, si Moin tu tak dapatlah kawin dengan Siti Ratna. Tarang dan Damak dah jadi mercu tanda roundabout kat kampung diorg nie...


Apa macam? Korang paham tak aku tulis nie. Kalau tak paham tanya okeh.

That's it...

Thursday, October 21, 2010

Jerebu? Mana-mana Ada

Hi Korang,

Masa aku dengar berita kat radio pagi tadi, diorg cakap kat Muar jerebu teruk gila sampai tutup sekolah. Cian plak dengan bebudak sekolah kat sana kan.

Aku pun call la member sengal aku yang duk kat sana. Saja tanya khabar. Bila aku cakap je, sian anak2 dia x dapat pegi sekolah kan. Dia jawab apa? Anak aku suker betul x payah gi sekolah, dapat main puas2. La cam tu plak. Lantak lah.

Tapi bukan muar je kena jerebu teruk. Kat site aku nie, Nilai pun tak kurang hebatnya jerebu. Kalau pepagi sampai kat site tu for sure tak nampak lah jalan tar tu kan. Kena plak lori2 keluar masuk site. Wah, hebat debu2 terbang. Memang tak boleh bukak tingkap kereta lah.

Tengok cermin kete nie, terukkan debu. Padahal hari2 lap tau kat stesyen minyak.

Yang best part tuh, sampai dalam office nie pun berjerebu. Habuk bukan main tebal lagi. Even dah lap pun ermm kejap je then debu dia makin tebal plak melekat. So sekarang nie, dah ramai start batuk2 yang dah pakai mask pun ada.

Aku? haruslah amik langkah berjaga2. Kalau boleh aku tak nak sakit2 nie, susah nak buat kerja. Apatah lagi nak pi bercuti hujung bulan nie kan?

Wednesday, October 20, 2010

Blogger Mesti Idealistik

Hi Korang,

Satu ketika pada minggu lepas...


Ada 3 orang budak tengah duk lepak tak tau nak buat apa.

Ali: Apa nak tulis hari ni punya entry?

Amad: Aku pun bengong2 gak nie

Minah: Ala aku hentam je, janji ada entry untuk upload. Hentam pun biarlah ada faedah punya.

Ali: Aku x paham betullah orang yang update citer kat suratkhabar tu. Amik bulat2 copy paste je

Amad : Ala diorg kejar SEO dan naik kan traffic itu je

Minah: Yelah, janganlah melampau sangat, at least buat la summary or bagi pandangan tentang topic tuh.

Ali: Setakat amik gambo dan tulis cerita ikut style sendiri dah lah.

Amad: Aku lebih suka tulis pasal diri aku sendiri tak pun apa yang kat sekeliling aku. Kalau amik je citer kat suratkhabar tu, baik aku baca berita online. Yang banyak yang boleh tau, ye tak?

Minah: Blogger mesti kaya dengan idea betuk tak? Kekadang tu pasal ikan goreng dengan nasi panas pun boleh jadi modal gak kan.

Ali: Aku suka ikan goreng, sedap oo ratah cam tu je tapi kalau ada nasi panas lagi superb

Minah : Ko tu memang, ada makan-makan je ingat nasi. Event pepagi pun ko ingat ada nasi gak kan

Amad : Hah, tengok dah kuar pun satu idea.




Hah, korang cam tu gak ke? Selalu ketandusan idea. Ala senang je, fikirkan apa yang jadi kat sekitar korang. Confirm boleh tulis lah dengan bernas sekali

Pics : Credit to Google