Thursday, October 21, 2010

Jerebu? Mana-mana Ada

Hi Korang,

Masa aku dengar berita kat radio pagi tadi, diorg cakap kat Muar jerebu teruk gila sampai tutup sekolah. Cian plak dengan bebudak sekolah kat sana kan.

Aku pun call la member sengal aku yang duk kat sana. Saja tanya khabar. Bila aku cakap je, sian anak2 dia x dapat pegi sekolah kan. Dia jawab apa? Anak aku suker betul x payah gi sekolah, dapat main puas2. La cam tu plak. Lantak lah.

Tapi bukan muar je kena jerebu teruk. Kat site aku nie, Nilai pun tak kurang hebatnya jerebu. Kalau pepagi sampai kat site tu for sure tak nampak lah jalan tar tu kan. Kena plak lori2 keluar masuk site. Wah, hebat debu2 terbang. Memang tak boleh bukak tingkap kereta lah.

Tengok cermin kete nie, terukkan debu. Padahal hari2 lap tau kat stesyen minyak.

Yang best part tuh, sampai dalam office nie pun berjerebu. Habuk bukan main tebal lagi. Even dah lap pun ermm kejap je then debu dia makin tebal plak melekat. So sekarang nie, dah ramai start batuk2 yang dah pakai mask pun ada.

Aku? haruslah amik langkah berjaga2. Kalau boleh aku tak nak sakit2 nie, susah nak buat kerja. Apatah lagi nak pi bercuti hujung bulan nie kan?

Wednesday, October 20, 2010

Blogger Mesti Idealistik

Hi Korang,

Satu ketika pada minggu lepas...


Ada 3 orang budak tengah duk lepak tak tau nak buat apa.

Ali: Apa nak tulis hari ni punya entry?

Amad: Aku pun bengong2 gak nie

Minah: Ala aku hentam je, janji ada entry untuk upload. Hentam pun biarlah ada faedah punya.

Ali: Aku x paham betullah orang yang update citer kat suratkhabar tu. Amik bulat2 copy paste je

Amad : Ala diorg kejar SEO dan naik kan traffic itu je

Minah: Yelah, janganlah melampau sangat, at least buat la summary or bagi pandangan tentang topic tuh.

Ali: Setakat amik gambo dan tulis cerita ikut style sendiri dah lah.

Amad: Aku lebih suka tulis pasal diri aku sendiri tak pun apa yang kat sekeliling aku. Kalau amik je citer kat suratkhabar tu, baik aku baca berita online. Yang banyak yang boleh tau, ye tak?

Minah: Blogger mesti kaya dengan idea betuk tak? Kekadang tu pasal ikan goreng dengan nasi panas pun boleh jadi modal gak kan.

Ali: Aku suka ikan goreng, sedap oo ratah cam tu je tapi kalau ada nasi panas lagi superb

Minah : Ko tu memang, ada makan-makan je ingat nasi. Event pepagi pun ko ingat ada nasi gak kan

Amad : Hah, tengok dah kuar pun satu idea.




Hah, korang cam tu gak ke? Selalu ketandusan idea. Ala senang je, fikirkan apa yang jadi kat sekitar korang. Confirm boleh tulis lah dengan bernas sekali

Pics : Credit to Google

Tuesday, October 19, 2010

Contest : Hadiah apa ya untuk mak?

Korang,

Tengah duk kemas2 blog nie sambil makan viennetta dgn lemonade sambil ditemani Mr Big yang kyushuk betul tengok concert kat tv nie, aku terperasan ada orang invite join contest kat blog dia.

Ala senang je, Contest : hadiah apa ya untuk mak? by Salmia. Syarat-syarat pun pun tak susah mana. Aku pun terus join lah.



Ini mak Salmia yang akan menyambut hari jadi yang ke 50 pada 15 November ini.

“Selamat Hari Jadi makcik, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki”

Aku rasalah suka untuk aku bagi cadangan pada Salmia hadiah yang boleh di berikan kepada maknya.


Bantal Sejuk

La bukan apa, Salmia ada mention kat entry dia yang maknya kurang tidur. So aku cadangkan guna bantal nie untuk tidur. Actually bantal sejuk nie banyak faedahnya jugak, nah baca nie:- 

"tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang membahayakan badan kita dan permukaan bantal adalah anti bakteria. Fungsi utama bantal sejuk kesihatan adalah untuk mengurangkan kepanasan badan yang disebabkan berlebihan makan makanan goreng atau pedas. Kesibukan harian menyebabkan badan rasa letih, tekanan kerja yang berlebihan menyebabkan sakit kepala (migrain), kekurangan tidur, sakit otot boleh dilegakan dengan bantal sejuk ini. Ia juga menolong mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit sengal"

Harganya plak berpatutanlah. Tak sampai RM100 pun. Depend size yang dia nak lah. Nakbeli kat ne? Secara online lah. Senang kan. Nie antara web yang jual produk nie Shimazmir, Masnorhayati, dan juga  MsJualjual2u.

Senang kan? Apalagi korang, jom join Contest : Hadiah apa ya untuk mak? by Salmia

Tarikh tutup peraduan : 10 November 2010

Pengumuman pemenang : 15 November 2010
La tunggu apa lagi, jom lah cepat. sempat lagi tau...