Satu ketika pada minggu lepas...
Ali: Apa nak tulis hari ni punya entry?
Amad: Aku pun bengong2 gak nie
Minah: Ala aku hentam je, janji ada entry untuk upload. Hentam pun biarlah ada faedah punya.
Ali: Aku x paham betullah orang yang update citer kat suratkhabar tu. Amik bulat2 copy paste je
Amad : Ala diorg kejar SEO dan naik kan traffic itu je
Minah: Yelah, janganlah melampau sangat, at least buat la summary or bagi pandangan tentang topic tuh.
Ali: Setakat amik gambo dan tulis cerita ikut style sendiri dah lah.
Amad: Aku lebih suka tulis pasal diri aku sendiri tak pun apa yang kat sekeliling aku. Kalau amik je citer kat suratkhabar tu, baik aku baca berita online. Yang banyak yang boleh tau, ye tak?
Minah: Blogger mesti kaya dengan idea betuk tak? Kekadang tu pasal ikan goreng dengan nasi panas pun boleh jadi modal gak kan.
Ali: Aku suka ikan goreng, sedap oo ratah cam tu je tapi kalau ada nasi panas lagi superb
Minah : Ko tu memang, ada makan-makan je ingat nasi. Event pepagi pun ko ingat ada nasi gak kan
Amad : Hah, tengok dah kuar pun satu idea.
Hah, korang cam tu gak ke? Selalu ketandusan idea. Ala senang je, fikirkan apa yang jadi kat sekitar korang. Confirm boleh tulis lah dengan bernas sekali
Pics : Credit to Google