Wednesday, October 13, 2010

Sedap Ooo Chocolate Chip Nie.

Korang,


Sabtu lepas, masa mrBig sibuk pi dinner company dia tuh, aku pun dengan senang hatinya melepak kat umah.Disebabkan x jadi nak kuar dengan Daydeck nak tengok teater, sambil tengah duk, terguling-guling atas katil, tetiba tekak terasa nak makan something yang sweet plak. Trus lepak depan PC, search resipi yang simple dan mudah nak masak dan juga bahan2 yang ada kat dalam dapur tuh.

Terperasan plak blog K Ina KL, ada resipi Hersheys chocolate Chip nie. Nampak cam menarik, tapi rasa betul tau lagi kan. So cepat2 gather2kan semua bahan-bahan yang kena ada. Tup-tup gula perang dan gula halus x de. Trus je aku gantikan dengan gula pasir yang biasa tu, K Ina jangan marah tau. Kan dah mintak izin hari tu kan.


So start, memula aku godak butter dengan gula pasir. Korang tau pakai apa? Ni hah pakai tangan okeh. Sebab apa? Mixer aku dah meletup masa raya tahun lepas dan mr Big belom ganti2 lagi kan. Aku rasa ada lebih 1 jam aku mengodak benda alah nie. Penat? Jangan tanya lah. Sakit tangan ooo, rasa cam kuar muscle lah kan. Pas tu, barulah campurkan dengan barang2 yang lain.


Sambil duk godak2 tu, panaskanlah. Sebab nak cepat, aku panaskan 2 oven sekali kan, so tak de lah nak tunggu lama. Tak sampai 5 minit, oven besau aku tu pop, meletup kau. Nasib baik tak de apa2, cuma electric trip je. Trus aku cabut plug then letak bawah. Takut di buatnya. So bakarlah pakai oven yang kecik tu. So pelan2 bakar. Dulang dah lah kecik.


So 1st dulang yang kuar tu, cepat2 aku rasa time panas-panas. Ya Allah, memang sedap tapi manis sket lah sebab aku tukarkan gula tu kan. Lain kali aku dah tau dah nak adjust cam ne.

Korang nak tau kul berapa last dulang bakar? Pukul 12.30mlm. Sambil bakar sambil tengok cerekarama kelakar tuh. Mr Big balik je, trus je dia terjah dapur, walaupun time dah pukul 3.30pagi dan ktorg baru lepas supper kat KFC but still dia makan jugak. Sedap plak dia cakap.

Anyway, thank you K Ina KL. Memang resipi k ina nie betul2 sedap lah, walaupun dah di modified sket. Hasilnya tetap sedap.

Korang patut cuba oi..

p/s : Dear, tolong gantikan oven electrolux yang besau sket ek... ala murah je.. RM1k je....

Tuesday, October 12, 2010

Semua Orang Boleh Masak

Hi Korang,
Cam ne lah aku boleh terlupa pasal Samsung cooking class nie ek? Maybe masa tu sibuk sangat dengan entry Vaseline Party tu kot.



Anyway, aku dan juga 2 MBP Amba Juan & Nia di jemput untuk join free cooking class from Samsung nie. Bangga siot dapat invitation. Maklumlah aku nie bukan pandai masak pun macam Ketua Geng Tali Barut K Ina KL tu. La rupa-rupanya diorang nie ajar masak guna microwave. Kira ok lah tu kan.

Class ktorg tak ramai, lebih kurang 13 orang je kot. Seronok jugak. Chef hari tu la ialah Joel Kaur. Dia nie kalau tak silap aku di antara chef2 yang ada nama juga dalam industri perhotelan nie. Yelah kalau dah boleh ajar Datuk Lee Chong Wei masak, itu dah kira superb kan.

 

Ktorg di ajar 3 dishes. Buat roti, Buat siew mai dimsum dengan seabass fillet. Ya allah, korang ingat senang ke? Susah oi. Tapi dengan bantuan machine2 yang canggih nie bread mixer, Samsung microwave,dan memacam lagi lah, ktorg dapat buat dengan mudah dan senang.


Yang paling penat sekali nak buat roti lah. Kalau tak sabar, rasanya aku nak baling doh tu ke dinding. Yelah kena uli biar sampai lembut. Tapi mixer tu baguslah. Sekejap je adunan tu dah sebati.

 

So banyak jugak tip-tip memasak yang aku belajar nie. Segala herbs2 yang pelik pun aku dah kenal dah. So bagus kan. Apa guna gula, garam dan memacam lagi lah secara details. Petua memasak pun dapat jugak tau.

Itulah dia, serba sket pasal cooking class nie. Sesuai untuk golongan yang tak pandai masak cam aku nie.


Anyway, TQ Samsung & Cilantro So pas nie, lebih rajinlah aku masak kan.

Monday, October 11, 2010

TQ PBB - Aku Suka Rezeki Lagi

Hi Korang,

Di hari isnin cam nie, entry kena sempoi2. Maklumlah monday blues kan. Semua orang mesti tension punye kan. So bagi nak mereleasekan tension korang, aku nak citer sket nie..

Sabtu lepas, Mr Big ada company dinner kat Mines. Dah 2 tahun company dia dinner kat situ. Maklumlah tempat je boleh menampung 4000 orang dalam satu2 masa. Ala dinner company, biasalah ada makan, minum, persembahan, goodies bag, lucky draw, staff award dan memacam lagi lah.


Tapi dinner kali nie, ada ke diorang bagi beg pi haji as  door gift. Terperanjat jugak aku bila dia hantar kat kereta nak tergelak pun ada. Bila pegang terasa berat plak. Mesti ada isi lagi nie.Hah, bukak punye bukak, bukan main memacam lagi ada lah. Korang tengoklah gambo kat bawah nie.


Pas tu, lucky draw plak. Aku rasa mrBig aku nie memang ada ong lah. Dah 2 tahun dia dapat hp free. Sebab tu aura dia tu dah jangkit kat aku. Ermm ramai orang suker suruh dia cabut no. Mesti dapat yang ong ong punya lah.


Ermm dapat Sony Hp. Jadi lah daripada tak de. Yang best tu, sape nak pakai hp nie. Aku baru je menang lucky draw hp masa kat LG Cookie Party hari tu dan mrBig plak baru je beli IPAD 2 minggu lepas. Maybe hp nie nak kasi mak mertua den kot, sebab bila ktorg call dia selalu tak dengar. Tapi x sure lagi..

Untung kan?

So pas nie, agak2 korang nak dekat tak dengan mrBig aku? Huahuahuahua....All the best. Kalau korang kaki kereta RC, dah confirm memang boleh satu geng dengan dia..