Thursday, October 7, 2010

Semakin Suka Dengan Siti Kelembai

Hi Korang,


Lately nie aku selalu sangat drama yang bersambung2 nie. Tak kiralah tv berape pun, semuanya aku bantai tengok. Latest sekali citer yang tengah hangat nie Siti Kelembai yang main kat TV3 dan TV9. Tapi aku tengok yg sebelah malam punya TV9.

So far citernya best. Ala-ala citer zaman dulu2 but yang dimodenkan. Best jugak.Yana memang comel dan selamba je bawak watak tu lah.

Citernya lebih kurang cam nie:

Slot Lagenda Siti Kelembai membariskan pelakon hebat seperti Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan ramai lagi. Bermula 20 September, drama 20 episod arahan Bob Hashim Ismail akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30ptg TV3, ulangan 8.30malam di TV9.



Diadaptasi daripada cerita rakyat, Sang Kelembai, Siti Kelembai versi moden pula berkisar Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi dalam kelas. Pada zahirnya Siti Ratna memiliki rupa paras cantik warisan ibundanya, namun kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang selekeh dan tidak pandai menjaga penampilan diri.


Ketika dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala gurunya sedang mengajar, fikiran Siti Ratna sering melayang entah kemana dan seolah dirinya berada di alam lain. Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering dibuli rakan sekuliah.


Menjelang ulang tahun yang ke-18, Siti Ratna tiba-tiba ada satu kuasa yang agak luar biasa. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahguna atau tidak dikawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.
Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memahari sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahi menjadi gatal. Dapatkah Siti Ratna mengawal kuasa saktinya. Apakah kaitan kelebihan dirinya yang dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?

Hah camtu lah lebih kurang citernya. Setakat episod yang aku tengok tadi, Siti Ratna dah jumpa dengan mak dia but dia still tak tau perempuan hodoh itu mak dia. Bapak Si Siti pun balik kampung untuk hantarkan penawar untuk penyakit misteri isterinya.
 
Mintak2 dapatlah lagi aku tengok episod seterusnya. Bukan apa, aku nie pelupa sketlah. Tadi pun tengok lagi 1/2jam nak abis.
 
So, Selamat Menonton...
 
Info Cilok Dari : CikMin & Yana

Wednesday, October 6, 2010

Blogger Mesti Creative Kan.

Hi Korang,


Seseorang blogger mestilah mempunyai kreativiti dalam menghasilkan entry2 yang superb, betul tak? Mesti lah betul kecuali aku je yang suke update entries yang ala-ala bengong2 sket.


Inilah hasilnya bila seorang blogger tegar duduk dalam meeting yang lama sambil mendengar isu2 yang x berape nak hangit tu kan.

Meja meeting. Cuba kira ada berapa orang yang attend meeting nie

Bila diorg cakap pasal drawing terus tetiba ingat nak hang drawing plak

Alamak bilik nie sejuklah, mana remote air-con ek

Aku tengah fikir camne nak kuarkan angin air-con yang super sejuk dari bilik nie

Betulkan blogger mesti creative?


Okeh, that's it. No more merapu pasal nie.

Tuesday, October 5, 2010

Aku & Vaseline Party @Luna Bar KL

Hi Korang,


Selamat kembali ke blog aku yang agak2 poyo nie.Actually banyak benda nak tulis kat blog nie but masa yang tak mengizinkanlah.


Anyway, ini adalah write up for Celebration Of Amazing Skin By Vaseline & Nuffnang.

Aku dapat invitation untuk ke event nie, setelah berhempas pulas menyiapkan entry Are You Moist Enough? pada September lepas. Ktorg (aku & mrBig) boleh dikatakan antara yang awal sampailah.


By the time ktorg sampai, terserempak sekali dengan Viruspadu dan Tifa sekali, K Ina KL dah sampai dulu dah. Pas register, teruslah ktorg usha2 tempat nie. Ya allah, memang cantik dah lah building nie atas bukit sebelah KL Tower plak tuh. Nampak view KL memang superb sangat. Yang best tu, KLCC Tower tu nampak cam dekat betullah.

Host for event nie, Jojo lah. Dia memang macam resident emcee for Nuffnang. Dah selalu sangat jumpa dia but still nak amik gambo gak.


Lepas Jojo welcome everybody, ktorg dikehendaki mingled around with others bloggers dengan mencari partner according name card yang dah diberikan masa registration tadi. Aku senang je cari coz partner aku Mawi adalah geng2 ktorg sendiri iaitu Blogger Sexy Ayie. So senanglah. But aku mingle2 jugak dengan orang lain tau. Jangan nak kata aku sombong okeh.


Ada small speech sket dari Bos Besau Vaseline dan juga Bos Besau Nuffnang. Time tu semua orang dengar dengan tekun sekali coz 2-2 tu memang ensem tau. Kemudian, ktorg di persembahkan dengan one local comedian Jenhan yang betul2 sempoi.Kelakar selamba je dia perform. Semua jokes dia best2 lah, its regarding perangai rakyat Malaysia of course lah terbahak2 ktorg gelak.

Sambil2 tu makanlah kan,tapi gambo food langsung aku tak amik coz dah lapo sangat kan.


So sambil makan2, sambil borak2, sambil tengok Yuna perform. Alamak dia nie memang sempoilah. Cool & Relax je.Aku sangat suka kat dia. Ayie sampai pandang Yuna tak berkelip tau.

 
Yuna perform memang terbaiklah.

Credit to : Shahrul

So acara kemuncak, iaitu Bloggers Vibrant Skin dan nuffies dapat pilih 4 finalist. Yang pastinya bukan aku lah kan.But Tifa dapat jadi one of the finalist tu, so terus berkobar2 ktorg nie mengvote dialah. Tapi sayangnya jatuh ke tangan bloggers lain. Ala tak perlah. Tak rezeki Tifa kot malam tuh.

Sementara nak tunggu, result for Bloggers Vibrant Skin, ada simple gameslah yang diorg buat. Aku pun tak ketinggalan jugak, terus join dengan K Ina KL. Hasilnya dapatlah tiket GSC Gold Class nie.


Actually banyak lagi nak citer but simpan untuk diri sendirilah. Di antara entry aku lain pasal event Vaseline nie, korang boleh click je kat bawah nie




That's it For Now! TQ Nuffnang & Vaseline. U All Rocks!