Friday, October 8, 2010

Terasa Begitu Manja Sekali

Hi Korang,


Mesti bestkan dapat lepak kat spa lelama.

So 2 hari lepas aku berpeluang untuk merasai cam ne agaknya duk lelama kat spa buat body treatment especially buat facialkan. Spa Cres di Jusco Balakong jadi pilihan lagipun dekat dengan umah aku.


So dah buat appointment bagai, aku pun sampai. Sementara tunggu diorang siapkan bilik, sempat jugak diorg hidangkan aku chinese tea dan some sweet. Lepak kat hall sambil tengok2 majalah kejap. Tup-tup diorg panggil suruh masuk bilik tukar baju. Bilik memang just nice untuk 2 orang je, but ada jugak bilik2 lain yang besarlah.


So lepas dah tukar baju bagai, so process facial pun bermula selama 1 jam lebih. Tugas aku baring je. Memang seronok lah, terasa dilayan seperti tuan puteri yang turun dari kayangan lah. Ms Connie iaitu tukan tepek segala mak neka cream kat muka aku nie memanglah lembut je buat keje. Sket pun tak rasa pedih ke cream masuk mata ke, urut kuat sangat ke. Memang superb lah dia nie. Mesti dah lama training kan.

Dari satu proses ke proses yang berikutnya, memang indahlah. Aku siap tetido tuh.Maklumlah dengan bau haruman yang cukup wangi sambil dibuai instrumental melodi. Korang bayangkanlah. Bila aku celik mata je, dia cakap dah siap dah.


Ternyata memang bestlah kalau dapat lepak kat spa selalu.

TQ CRES dan TQ Ms Viruspadu sebab bagi aku peluang hang out kat sini.

Thursday, October 7, 2010

Semakin Suka Dengan Siti Kelembai

Hi Korang,


Lately nie aku selalu sangat drama yang bersambung2 nie. Tak kiralah tv berape pun, semuanya aku bantai tengok. Latest sekali citer yang tengah hangat nie Siti Kelembai yang main kat TV3 dan TV9. Tapi aku tengok yg sebelah malam punya TV9.

So far citernya best. Ala-ala citer zaman dulu2 but yang dimodenkan. Best jugak.Yana memang comel dan selamba je bawak watak tu lah.

Citernya lebih kurang cam nie:

Slot Lagenda Siti Kelembai membariskan pelakon hebat seperti Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan ramai lagi. Bermula 20 September, drama 20 episod arahan Bob Hashim Ismail akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30ptg TV3, ulangan 8.30malam di TV9.



Diadaptasi daripada cerita rakyat, Sang Kelembai, Siti Kelembai versi moden pula berkisar Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi dalam kelas. Pada zahirnya Siti Ratna memiliki rupa paras cantik warisan ibundanya, namun kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang selekeh dan tidak pandai menjaga penampilan diri.


Ketika dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala gurunya sedang mengajar, fikiran Siti Ratna sering melayang entah kemana dan seolah dirinya berada di alam lain. Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering dibuli rakan sekuliah.


Menjelang ulang tahun yang ke-18, Siti Ratna tiba-tiba ada satu kuasa yang agak luar biasa. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahguna atau tidak dikawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.
Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memahari sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahi menjadi gatal. Dapatkah Siti Ratna mengawal kuasa saktinya. Apakah kaitan kelebihan dirinya yang dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?

Hah camtu lah lebih kurang citernya. Setakat episod yang aku tengok tadi, Siti Ratna dah jumpa dengan mak dia but dia still tak tau perempuan hodoh itu mak dia. Bapak Si Siti pun balik kampung untuk hantarkan penawar untuk penyakit misteri isterinya.
 
Mintak2 dapatlah lagi aku tengok episod seterusnya. Bukan apa, aku nie pelupa sketlah. Tadi pun tengok lagi 1/2jam nak abis.
 
So, Selamat Menonton...
 
Info Cilok Dari : CikMin & Yana

Wednesday, October 6, 2010

Blogger Mesti Creative Kan.

Hi Korang,


Seseorang blogger mestilah mempunyai kreativiti dalam menghasilkan entry2 yang superb, betul tak? Mesti lah betul kecuali aku je yang suke update entries yang ala-ala bengong2 sket.


Inilah hasilnya bila seorang blogger tegar duduk dalam meeting yang lama sambil mendengar isu2 yang x berape nak hangit tu kan.

Meja meeting. Cuba kira ada berapa orang yang attend meeting nie

Bila diorg cakap pasal drawing terus tetiba ingat nak hang drawing plak

Alamak bilik nie sejuklah, mana remote air-con ek

Aku tengah fikir camne nak kuarkan angin air-con yang super sejuk dari bilik nie

Betulkan blogger mesti creative?


Okeh, that's it. No more merapu pasal nie.