Friday, September 24, 2010

DiGi iPhone 4 Me

Hi Korang,

Aku rasa semua orang dah maklum pasal iPhone 4 yang baru launch hari nie kat Malaysia kan, betul tak? Eleh jangan buat tak tau. Kat radio, tv even kat Nuffnang blog pun ada kan. Nak tipu aku la tu kan.


DiGi iPhone 4 Me?




Aku memang nak sesangat lah Iphone nie. Nampak macam cool bila ada handphone yang canggih cam nie. Rasa bangga pun ada. Betul tak?

Bagi aku extra special featuresnya yang menarik. Cuba korang tengok nie.

Facetime

Bila korang buat video call, boleh nampak sekali muka korang kat skrin tu. So tak payah nak pusing2 belakang lagi.
Retina Display.

Biasalah sebesar mana skrin hp ni, kalau tengah baca online news mesti jumpa font kecil2 kan. Dah tak nampak. So iphone nie ada special function yang ala2 kanta pembesar. So korang bolehlah view sebesar mana korang nak.


Multitasking

Dalam satu2 masa, korang boleh guna iphone nie untuk pelbagai benda. Sambil surfing boleh dengar mp3, boleh ambik gambo sekejap. Cam tu lah.


HD Video Recording

Aku tau sekarang nie ramai bloggers tengah gila VLog, kan? So dengan adanya function nie, boleh korang record pelbagai video kan.
Hah, mesti sekarang korang dah rasa teruja untuk guna iphone 4 nie kan. Aku nie bukan apa, sebenarnya sebab aku nak sangat iphone 4 nie, ermm sebab nie lah.


Aku nak challengge dengan minah sebab dia selalu cakap iphone dia canggih. Iphone dia baguslah, boleh itu inilah. Ishk.. geramm mak nyah!


Actually bukan apa punlah, Nuffnang ada anjurkan contest untuk dapat iphone. So cepat2lah korang join tau. Untuk first day, korang kena buat nie...
DAY 1

1. Write a blog post with the title, “DiGi iPhone 4 Me”.
2. In your post, tell us why you want an iPhone 4 from DiGi.
3. Choose one of the five nifty badges below, and copy and paste the code provided to include it in your blog post.

Untuk first task nie aku dah siap, so kena tunggu untuk task yang seterusnya.

So wish me luck tau!

Thursday, September 23, 2010

Episod Akhir Epilog Syurga Cinta - Memang Di jangka!

Hi Korang,


Aku baru je abis masak lepas tengok episod akhir citer Epilog Syurga Cinta nie. Memang dah di jangkakan kata mr Big. Mesti happy ending. Eventho 1/2 jam yang pertama tu menampakkan Siti Syuhadah masih lagi dengan egonya yang tinggi.


Lepas je Irham berterus terang dengan Mia yang dia adalah ayahnya, Mia menangis tak henti2 sebab takmau percaya tentang hakikat itu. Tapi akhirnya beralah dan terus mengajak Irham mencari Cikgu Siti.


Sebelum Cikgu Siti pulang ke teratak untuk berkahwin dengan Ustaz Ryan, sempatlah jugak dia ke rumah Irham untuk berjumpa kali terakhir sebelum dia menjadi isteri. Tapi sampai disana, dia dengan tidak sengaja terpandang gambar Irham sewaktu kecil dan dia teringat bahawa Irham inilah yang dicari2 selama ini. Apakan daya, janjinya kepada Ustaz Ryan harus di kotakan. Dia terpaksa jugak berkahwin dengannya.


So di terataklah segalanya terbongkar, kisah cinta Irham dan Xeera yang lalu, pertemuan Cikgu Siti dan Irham di jeti dan segala2nya lah. Setelah atuk memberi kata2 nasihat kepada mereka berempat, so dapatlah kata sepakat.



Seperti yang mr Big cakap, mesti happy ending. So memang happy ending pun, Irham disatukan dengan Cikgu Siti dan Suhaila dengan Ustaz Ryan dan yang paling bahagia sekali Mia lah.

That's all geng!

Tisu Pun Nak Berkira Ke?

Korang,

Aku nak citer sket nie.


Malam tadi aku dengan mr Big pi makan kat area Bangi nie. Dengan tiba- tiba teragak nak makan sate. So ada satu tempat yang dekat dengan umah ktorg lah. Even ktorg duk sempadan Kajang-Bangi but still ktorg prefer hang out di Bangi dari Kajang. Maklumlah Kajang tu dah start congested sket.

So sampailah ktorg ke satu kedai nie. Amik order 10 ayam 10 daging + nasi yang tak berapa nak himpit. Service pun cepatlah jugak. Daging satenya besar. Memang sesuai masuk ke mulut mr Big cuma aku yang terkial-kial sket nak gigit sebab mulut aku kecik. Memang mantop lah. Nasi himpit tu plak diorg balut dgn daun pisang. Aku tengok dah macam lepat pisang pun ada. So bedal jugaklah.

Yang sedih tu, kuih kacang tu diorg bagi dalam masuk kecik nau. Bagi aku sangat kecik lah. Lepas tu tak penuh plak. Setengah je diorg letak. Cubalah korang bayangkan. Lepas 2 cucuk aku bantai, kuah pun kering so aku mintak tambahlah. Muka budak pelayan tu senyum lah sket. Tapi sampai 5 minit mr Big plak mintak tambah kuah. Mamat tu still ok lagi. Kali ketiga aku panggil, member dah muke herot dah. Tunjuk muka masam. Lepas mamat tu blah, mr Big cakap dahlah makan apa je yang tinggal. So aku pun telanlah semampu yang boleh macam ular sawa telan kambing. Slow dan still tapi tersekat2lah sebab kuah dah licin.


Korang pun faham kan, bila makan sate confirm2 kuah menitik2 kan bila cicah tu kan. So aku pun dengan selambanye jerit,

Aku : Dik, mintak tisu sket.
Mamat herot : Tisu abislah kak.
Aku : (Dalam hati cakap, eh sebelah nie bukan kedai runcit ke? kan boleh je ko beli)
Aku : Dah tak de lagi ye. Ermm..
Mamat herot : Bos tak de lah kak nak mintak duit beli tisu. 
Mr Big : Aik, tisu yang tak sampai 5 hengget tu, kena mintak duit dari bos ko ke? Meh sini amik 5 hengget nie pi beli.
Mamat herot : Ermm tak perlah bang. Jap saya cari tisu.

Tup tup aku tengok lenggang lenggok dia keluar dari belakang bawah tisu. Ala rupanya malas nak pi amik kat stor. Ishk aku dah kecik besar tengok muka mamat herot nie. 

Masa nak bayar tu,

Aku : Nie kira dengan tisu tadi tu ek
Cashier : Eh takperlah kak, dia tu tengah berangin tadi. Mintak maaf ye.
Aku : Kalau berangin, jangan keje. Berhenti je senang. Bos ko pun tak rugi lah hilang pekerja cam tu. Kang akak hebohkan kedai ko nie tak bagus service kang baru tau. (Padahal tengah menghebohkan kat blog nie kan)
Cashier : Jangan cam tu kak. Saya mintak maaf ye..

Nasib baiklah budak cashier tu ada budi bahasa sket. Geram betul rasanya tapi nasib baik kenyang gaklah makan sate.

Kalau korang kan, apa perasaan korang masa tu? Rasa cam nak hentak tak periuk kuah kacang tu kat muka dia. Ishkk.. Macamana melayu nak maju kalau perangai cam nie kan.