Wednesday, September 22, 2010

"GUA TAHU ITU SIAPA" CONTEST

Hi Korang,

tag2


Aku di ajak personally kat FB dengan HamzahIan untuk join contest yang dia buat nie. Al maklumlah lah dia baru je menang contest kat blog SumiJelly hari tu.

Ala contest dia senang je. Korang pun boleh join. Cam nie caranya, baca kat bawah nie:-


"Aku rasa adik Hamzah tengah isi kuih raya dalam balang"

So aku tag :-

1)Chearmster
2) SumiJelly
3) JeJai

Syarat-syarat:

Disebelah kanan gua ada orang misteri dan beliau melakukan sesuatu. Anda perlu meneka siapa orang misteri itu dan apa yang beliau buat dalam gambar tersebut.


Buat satu entry dalam blog anda sendiri bertajuk "GUA TAHU ITU SIAPA" dan bagi jawapan anda. Jawapan hendaklah ringkas.


Entri anda perlu ada link http://www.terbangtinggitinggi.com/ dan juga gambar ini.


Terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia tidak kira follower atau bukan follower


Bila dah siap semuanya tinggalkan permalink entry anda dibahagian komen.


Kalau ramai yang dapat teka dengan tepat peserta paling awal dan teka dengan tepat dapat hadiah.


Tag 3 kawan blogger dan pastikan diaorang tahu anda tag.


Tarikh tutup 22 Oktober 2010. Keputusan pemenang diumumkan 23 Oktober 2010 di blog ini.. Hadiah akan diberi sebelum 26 Oktober 2010.


Kalau boleh copy coding banner ni dan letak di sidebar blog anda. Taknak letak pun takpe gua tak marah.

1 blog 1 jawapan sahaja. Contoh jawapan " gua rasa tu mak hamzah tengah makan kuih".. Dan jawapan yang tak diterima adalah seperti " gua rasa tu mak atau abang atau adik hamzah.. dan diaorang makan nasik, makan kuih , korek hidung" .. maknanya tekaan anda hendaklah 1 sahaja dan 1 perbuatan sahaja
 
Hah, Hamzah aku dah join dah nie. Ko mesti kasi aku menang tau!!!
 

My Raya Moments Contest

Hi Korang,

Di sebabkan sekarang nie ada mood nak menulis tapi tak de bahan yang meletups, aku teringatkan contest bro GTO Eyriqazz yang sedang hangat diperkatakan sekarang nie.

Ala contestnya senang je, korang kena post entry pasal My Raya Moments.

Sebelah my FIL

Sebelah My MIL

So raya kali aku dengan mr Big celebrate kat Rembau tau. My FIL punya weekend house. Actually my FIL orang rembau but now sudah bermastautin kat Kuantan. So tetiba dalam bulan puasa hari tu, dia ajak ktorg beraya kali nie di Rembau nie lah.


First time beraya kat daerah beradat. So lain sket rasanya. Walaupun masih mengekalkan adat perpatih yang sedia ada but ktorg meraikan secara sederhana dan simple. Selepas balik dari solat hari raya, ktorg bermaaf-maafan dan disusuli dengan acara bagi duit raya dan juga memotretkan gambar keluarga.

tengok mr Big bagi duit raya cam tu je, tak yah sampul2 pun

Lepas tu, ktorg pergi menziarahi sanak saudara dan keluarga dan tidak ketinggalan juga ke pusara arwah atuk dan wan untuk menyedekahkan al-fatihah.


Itulah serba sedikit mengenai raya ktorg tahun ini. Bersederhanaan tapi meriah.

So korang lepas buat entry contest nie, jangan lupa

Vote Eyriqazz for MySelangor Story Contest [ klik here ] . Blog Voting : 28th September to – 31st October 2010 ( akan diupdatekan linknya later)

Dan juga, My Raya Moments Contest ini adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)


So ini di antara syarat2 yang kena buat :-
2) Sharekan Permalink Contest ini di Wall Facebook Anda - DONE
3) Di entry anda , jangan lupa linkkan permalink Contest ini - DONE

4) Vote Eyriqazz for MySelangor Story Contest [ klik here ] . Blog Voting : 28th September to – 31st October 2010 ( akan diupdatekan linknya later)
5) Sertakan sekali ayat ini, My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)

6) Last but not least, komen di entry ini beserta Permalink Of Your Entry

7) Tarikh Tutup Contest Ini adalah Pada 31 Oktober 2010
 
By the way, korang nanti jangan lupa 'LIKE' dan 'KOMEN' tau kat facebook aku tau.

Tuesday, September 21, 2010

Cara Buat Passport Semudah A B C !

Hi Korang,

Hari tuh aku dah janji dengan korang pasal cara nak siapkan passport cepat mudah dan senang kan?


Hah korang baca nie..

Sebelum Pi Jabatan Immigresen

1. Siap isi borang.
Sekarang borang free je dulu kene ambil kat Jab Immigresen sendiri. La tak caya korang boleh download kat website Jabatan Immigresen nie

2. Siapkan dokumen tambahan
Pi amik gambo 2 keping kat kedai gambo. Kalau korang nak buat kat tepi Jab Immigresen pun boleh tapi gambo kurang cun lah kan. Jangan lupa photostate I/C. Penting tu tau


3. Mesti sampai awal.
Ini memerlukan displin sket. Korang kena bangun awal lah. Kalau boleh sampai 1 or 1 1/2jam sebelum pintu Jab Immigresen tu bukak. Yang penting korang mesti dapatkan no giliran tuh. Once dah dapat senang hati ooo

Semasa Di Jab Immigresen


1. Ambik no giliran
Pastikan borang dan supporting dokumen korang lengkap. Kalau tak jangan mimpi nak dapat no okeh. Pak guard kat situ akan pastikan yang korang nie betul2 dah cukup item2 yang mesti ada. Bila dah dapat no, pi duduk dulu then tunggu sampai no di panggil


2. Kaunter Pemprosesan
Yang nie penting nie, sebab kat sini diorg tanye according apa yang korang tulis kat borang tuh. Pas tu plak ada process mintak cap jari dan juga scan ibu jari. Masa aku buat hari tuh, ada satu mamat nie, ibu jari dia mengembang plak. Berpeluh2 dia betulkan jari dia. Sampai pegawai tu dah give-up dengan dia. Lebih kurang 15 minit camtu baru boleh scan jari dia. Pas tu, diorg suruh ko duduk balik kat kerusi tu.


3. Kaunter Bayaran
Nie best kejap je diorang panggil, then tanya nak buat untuk berapa tahun. Kemudian bayar. Sekarang nie  boleh bayar pakai credit card lagi tau. Pas tu, diorg mesti cakap lepas 1 jam datang balik untuk collection passport. Masa tunggu nie, sempat plak aku pi bedal nasi lemak kerang lagi tau.


4. Kaunter Collection.
Actually tak sampai 1 jam sebenarnya. Lebih kurang 45minit cam tu aku tunggu, minus makan nasi lemak so lebih kurang dalam 15minit je aku tunggu kat kaunter tuh. Kejap je.


So itulah lebih kurang processnya. Senangkan? Kejap je aku rasa. Yang orang selalu duk bising2 no abislah, ramai oranglah sebab diorg tuh datang lambat. Itu je kuncinya. Yang aku perhatikan majoriti ramai Chinese yang penuhkan Jab Immigresen nie. Dari sekecik2 budak sampai ke tua2 lagi pun diorg duk sibuk buat passport. Maklumlah duit banyak agaknya kot.

Aku harap entry nie boleh dijadikan panduan untuk korang2 yang first timenak buat passport international cam aku nie. Yang penting sampai awal!

p/s : Tengah plan nak pi bercuti dah nie. Sesape penah ke Hatyai? Boleh citer sket tak?