Friday, September 10, 2010

Live-Jom_Main_Mercun.jpg

Live-Jom_Main_Mercun.jpg
Originally uploaded by CikLilyPutih


Malam ni nak main bunga api, mercun. Meriam buluh pun ada. Hehehe jangan jeles! Bersungguh main bunga api dan mercun nie mengalah kan anak2 sedara aku yang kecik nie.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hi Korang,

Ktorg, aku + mr Big lah sapa lagi kan nak ucapkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Berhati2 di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat dan jaga2 saman ekor. Kalau makan tu, ingat2lah kat aku sket tau. Sedey nie, dapat makan laksa je nanti 1st day raya.

Insyallah, kalau ktorg buat rumah terbuka for surenya korang semua akan di jemput tau!

Episod Akhir Syurgamu Ramadhan- Aku Terkesima

Hi Korang,

Bagi peminat setia drama Syurgamu Ramadhan nie, episod akhirnya baru kejap je tadi habis. Nasib baik aku duk tekan2 remote tadi. Kalau tak confirm malam nie aku tak boleh tidur sebab tak tau penyudahnya.

Dah beberapa hari aku miss nak tengok citer nie. Aku rasa episod terakhir nie, memang buat aku sedihlah.

Nah aku summarizedkan episod nie tadi.

Datuk Halimahton dah sedar akan kesalahannya dan mula berubah kembali sayang kepada cucu2nya. Sejak Aishah di tampar pada episod semalam, dia juga kembali sedar akan segala perangai buruk yang telah dia lakukan terhadap Yassin. Bekas kekasih lama Yassin Adura, bekerja dengan Datuk Halimahton dan di sini segala yang tersirat menjadi tersurat. Yassin dengan egonya menyangkalkan apa jua tindakan Datuk Halimahton untuk menyatukan kembali dia dengan Aishah. Aishah datang minta maaf kepada Yassin dan tanpa usul periksa Yassin bertindak melulu terhadap Aishah. Selepas kejadian Datuk Halimahton menghalau semua orang keluar dari rumahnya, Yassin mula berfikir yang sebenarnya dia memang sayangkan Aishah dan pergi minta maaf. Datuk Halimahton kembali ke rumah yang anaknya Marlia tinggal dan berhari raya dengan cucu2nya.

Yang aku jadi terkesima tu bila, Datuk Halimahton cakap pada Yassin cam nie :
"Kamu boleh berkata kepada aku dan Aishah yang kami menjadi batu penghalang di atas cinta kamu, tapi bolehkan kamu berkata begitu kepada Allah?"

Woi, terus aku terdiam sekejap. Lepas je Elly Suriati cakap cam tu secara automatically air mata aku pun turun dengan renyai2 tanpa henti. Sedih siot!

Memang happy ending tapi untuk sampai ke hujung episod nie, aku rasa kalau tadah air mata aku nie boleh dapat secawan lah.