Tuesday, September 7, 2010

My 2010 Birthday Gift

Hi Korang,

Ini bukan entry menunjuk-nunjuk tau!

Tajuk entry cam gampang bagus2 je kan? La bukan apa. Ramai sangat sibuk tanya apa aku dapat untuk birthday tahun nie. Sampai letih aku nak menjawabnya.

So inilah dia, aku reveal kan.

Dari mr Big

Aku selalu complain kat dia yang aku asyik pakai jam Dunlop je. Padahal jam tu untuk bersukan dan swimming je. Tapi aku harung jugak sebab jam besi aku tu aku malas nak hantar service. So dia pun carikan yang sesuai untuk jiwa aku kan.


Sama umur dengan aku ok!


Nine West Casual Bag

Ini memang dari aku sendiri. Aku memang purposely hadiahkan untuk diri aku sendiri sebagai motivation untuk berkerja lebih kuat lagi. Actually bulan lepas aku ada dapat duit lebih sket, opis bayar outstanding duit travelling. Itu yang simpan tuh sampai jumpa yang berkenan. Harganya ermm tak mau cakaplah. Aku segan.

Hehehehehehhe apa macam? Dah puas dah hati korang. Betul2 aku menunjuk kan? Ala tak perlah setahun sekali.

Hehehehe jangan jeles nyah!

TQ Korang, I Love U All

Hi Korang,

Sempena hari jadi aku yang ke 32 tahun nie, aku nak ucapkan bebanyak terima kasih di atas segala ucapan, lagu2 burfday, MMS burfday dan apa-apa sajalah yang korang hantar kat aku melalui FB, Twitter, email, hp, blog, wish personal dan lain lain lagi.

Ini di antara mereka2 yang sudi mengwish aku hari nie...



Actually, banyak lagi tau tapi aku tak sempat nak buat editing lah. Apa-apa pun semoga korang juga dilimpahi rahmat serta murah rezeki.

So,


Aku Love Koranglah...

p/s: Nanti 1st giveaway aku nie. Tengah dalam rangka menyediakan pop quiz. so stay tune....

Monday, September 6, 2010

Yeah..Its My Birthday!

Hi Korang,


Hehehheheh quick update.. maklumlah jadi burfday girl hari nie kan. Tapi nothing special pun. Sama je macam hari2 biasa.

Anyway, aku nak citer sket karektor sesapa yang lahir dalam bulan September nie.


SEPTEMBER


sangat besopan santun dan betolak ansur

sangat cermat, teliti, dan teratur

suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik

pendiam tetapi pandai bercakap

sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati

sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur

sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui

banyak berfikir

daya penakakulan yang baik

otak bijak dan mudah belajar

suka mencari maklumat

mengawal diri dari selalu mengkritik

pandai mendorong diri sendiri

mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia

sukakan sukan, hiburan, dan melancong

kurang menunjukkan perasaan

lama menyimpan jika terluka hati

terlalu memilih pasangan

sukakan benda yang luas

bersistematik

Apamacam? Korang rasa ada tak sama cam perangai aku? Aku rasa ada yang kena sket dengan aku.
 
Dapat makan cakes cam nie, best jugakkan.

Celebration untuk birthday aku? Ermm ntahlah. Tak de apa yang best kot but maybe dapat hang out dengan geng2 tali barut K Ina KL dan geng bloggers yang lain petang nie kat The Apartments KLCC would be great kan!.
 
Tak lupa jugak aku nak ucapkan happy birthday kat 2 orang lagi kengkawan bloggers yang share birthday dengan aku iaitu Elissmie dan Ummi Salsabila. Semoga mereka jugak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.