Friday, September 3, 2010

Blogger Mini Gathering At Haji Samuri Kajang

Hi Korang,

Aku just nak bagi tau nie. Kalau korang ada free time esok petang dan tak de teman tapi mesra untuk buka puasa, korang bolehlah join mini gathering untuk blogger nie. Idea nie ilham oleh  Bean Moreno kita dan di realisasikan oleh MelzRomeo.

Bagus jugak korang join gather2 cam nie. Boleh tambah kenalan dalam dunia blog kan. Aku terlebih kenal diorg nie sebab pantang je diorg nie buat gather2, aku mesti ada sama. Ala sesaje je nak memeriahkan lagi kan.

Details korang leh check it out banner nie


Hah apa macam? Berani tak nak join? Ala diorg nie bukan makan orang pun. Semuanya bebaik belaka. Dengar2 bro Eyriqazz pun ada sekali, siap nak full address tempat nie sebab nak save dalam GPS. Ala senang je kedai nie. Betul2 sebelah stadium Kajang. Tengah2 pekan Kajang. Belakang dia Balai Polis Kajang. Tapi korang pegi yang 2 tingkat tau. Ada dua kedai sate hj samuri dekat2 situ.

Yang penting, datang awal sket sebab parking agak susah kat situ tau. Cam ne aku boleh tau? eh aku kan taiko Kajang Bangi nie... Lupa ke?

Aku? Alamak, mintak2 maaf bebanyak je Bean dengan Melz. Ada buka puasa kat Melaka lah time tuh. Lain kali kalau ada lain aku join lagi tau.

Thursday, September 2, 2010

Dengar-dengar..

Korang,

Nie nak citer sket nie.

Kali nie raya aku akan beraya with mrBig family sebelah Rembau. Itu aku tak kisah. Raya kat mana2 pun sama je. Yang tak best tuh, ada ke pagi raya aku kene makan menu.. cuba korang tengok kat bawah nie...

Laksa Penang

Hah! apa cer kan? Apa barang makan laksa di pagi raya. Itu bukan menu aku. Lagipun laksa nie bukannya favourite aku pun. Bukan tak boleh makan but cam peliklah. Sebab dah bertahun2 kalau pagi raya aku bedal ketupat,lemang, rendang, kuah kacang, masak lodeh kan. Tup tup tukar jadi laksa plak. Haruslah aku mogok kan. Tak pun aku puasa dari makan atau pun cepat2 aku pi beraya kat umah sedara mara lain kan. But solution yang paling best mrBig kasi ialah dia suruh aku masak je menu favourite aku. Bukan aku tak reti sangat nak masak but confidence level untuk masak 10 orang makan tu.. Ermmm Aduh! terkesima jap aku bila dengar dia cakap...

Aku rindu nak bedal ketupat nie..

So korang, kalau korang kena cam aku nie korang nak buat apa ek? Tolong jap..

p/s: Nie kalau aku bukak citer dengan mak aku, confirm2 dia tiau aku sebab malas belajar masak dulu kan.. Nie akibatnya..

Wednesday, September 1, 2010

Are You Moist Enough?

Hi Korang,

Korang rasa kulit korang nie elok ke ek? Bagi aku tak delah sangat pun. Aku nie memang ada masalah kulit kering, evntho kulit muka aku oily. Anggota badan yang lain ermm hancus. Kering sesangat, especially kat siku dan kaki. Masyallah memang teribble lah teruknya kan.

La tak caya, tengok nie


Kan keringkan. Eh buruk betul aku tengok kaki aku nie lah..Nampak cam kulit orang tua je kan.

Camne boleh dapat kulit kering nie ek?
Aku nie selalu sangat terdedah dek matahari. So kulit aku nie cepat mengelupas.Dah panas2 terus kena air-con lagilah terukkan. Tambah lagi, pakai kasut yang tak bertutup sangat. Haruslah lagi cepat kering kan.

Tapi kalau korang nak tahu lebih sket mengenai kulit kering nie. Korang boleh check it out kat bawah nie. Sempat jugak aku browse2 kat google tadi cari info pasal kulit kering nie.

Punca & Penyelesaian Masalah Kulit Kering

Ermm betul la kan segala info tadi tu kan. Untuk itu aku perlu dapatkan ini.


Vaseline menghasilkan rangkaian penjagaan kulit bagi memenuhi setiap wanita Vaseline Amazing Skin. Rangkaian terbaru ini mengandungi empat produk penjagaan kulit pilihan iaitu Total Moisture, Intensive Rescue, Aloe Cool and Fresh dan Healthy White yang memberikan 10 kali lebih kelembapan dan perlindungan untuk kulit kering.

• Losen lembap Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.



• Bagi Intensive Rescue pula mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.

• Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.

• Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit.

Tengok, kat opis je ada 2 jenis. Belom kat umah lagi kan.

Bagi aku produk Vaseline nie amat bagus kualitinya. Harganya plak berpatutan. Taklah mahal sangat macam produk2 kulit yang lain kan. So korang tunggu apa lagi? Sekarang nie Vaseline boleh menjadi Doktor kulit aku, siap ada sebotol kecil dalam handbag aku. Tunggu apa lagi?

Aku bukan Duta Vaseline tau!. Cam nie ceritanya.
Actually, sebab aku membebel pasal kulit kering nie ialah Nuffnang sedang mempromosikan Celebration of Amazing Skin by Vaseline poolside party di Luna Bar.  So rugi kalau tak join..

Details korang boleh check it out kat bawah nie


Ermm bukan sahaja dapat jemputan istimewa untuk 2 orang tapi banyak jugak hadiah2 menarik yang akan diberikan tau.

Best Written Blog Posts



1st Prize – RM3,000 cash + Vaseline products
2nd Prize – RM2,000 cash + Vaseline products
3rd Prize – RM1,000 cash + Vaseline products
5x Consolation Prizes – RM200 cash + Vaseline products

Ada lagi, baca nie:-
During the party itself, there’ll be prizes for games and lucky draws too! And make sure you get some help from Vaseline body lotion to look absolutely glowing at the party, because the female blogger with “The Most Vibrant Skin” will win a Coach Handbag worth RM2,000!

Wah terasa tak sabar2lah nak join event nie. Mintak2 dapatlah aku invitation kan.!