Tuesday, August 24, 2010

Bapa Sembelih Anak! Ishk..

Korang,

Aku baru je tengok berita tv3 pasal kes bapa sembelih anak nie. Ya Allah keciannya. Dalam bulan ramdhan nie sanggup buat cam nie, dengan anak sendiri plak tu. La korang tak tau lagi? Meh baca sini..

KOTA BHARU: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi

Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.
 
Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu
 
Sumber : BeritaHarian & TV3
 
Orang sembelih lembu pun aku takut nak tengok, inikan sembelih orang plak kan!

Aku tak boleh bayangkan lah kejadian nie. Yang lagi sedih tu, isteri lelaki nie tengok sendiri kejadian penyembelihan anaknya sendiri. Mesti mak budak nie trauma gila lah. Masa aku tengok berita tadi, kedua2 beradik nie sedih meraung2.  
 
Ishk.... renungkanlah.. ini tanda2 akhir zaman nie..

Cuba Bayangkan Jika...


Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?


What if we flipped through it several time a day?


What if we turned back to go get it if we forgot it?


What if we used it to receive messages from the text?


What if we treated it like we couldn't live without it?


What if we gave it to Kids as gifts?


What if we used it when we travelled?


What if we used it in case of emergency?


This is something to make you go....hmm...where is my Quran?


Oh, and one more thing.


Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being disconnected because Allah already paid the bill.


Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!

Hah, apa macam? Rasa cam insaf tak bila baca ayat-ayat cinta tadi tu kan? Bila aku fikir2 balik betul jugak kan ayat2 tuh. Kita sekarang nie lebih mementingkan duniawi dari akhirat. Contoh terbaik ialah aku. Kalau hp tu tertinggal boleh mengagau dibuatnya. Tapi kalau al-quran, seminggu sekali nak baca pun payah kan.

Fikir-fikirkanlah..

p/s: Tengah melayan sesuatu yang menginsafkan aku sekarang nie huhuhuu... sedey ooo.. tak nak lah citer kat korang...

Monday, August 23, 2010

Riang Ria di Chez Saloon

Hi Korang,

Aku adalah salah sorang manusia yang agak malas ke saloon rambut. Sebab apa? Sebab aku rasa walaupun aku potong sana potong sini, ubah style cam tu cam nie but hasilnya tetap sama. Cam tu jugak. Aku rasa lebih 8 bulan aku tak pi saloon. Last aku pegi masa tu buat hair treatment. Bila pas tu, terus aku tak de masa nak pi memperbetulkan apa yang harus diperbetulkan.

My BIL and his frens

So semalam, ktorg sekeluarga plan untuk berbuka di luar. So tempat yang dituju adalah dia Flaming Steamboat di Danau Kota.So sementara menunggu nak buka dan jugak hasutan in laws aku so aku pun terjebak samalah. Ala bukan buat apa pun, just Wash and Blow je.

Sempat lagi tu kan.

Inilah mamat yang tak de rambut but sibuk nak highlight rambut!

Dah lama rasanya tak pi memanjakan diri, asyik duk sibuk memanjakan mr Big yang sibuk nak highlight rambut dia yang tak berapa nak ada tu kan. So haruslah cuci dulu kan. So stylist yang sibuk mensampoo rambut aku tu pun  sambil urut2 kepala sambil picit2 bahu, tangan, urut2 sket. Pendek kata macam kat spa plak walaupun sekejap je. Boleh rasa nak tertidur plak lah.


See? My MIL dan sebelah tu my SIL.

Not bad gak chez Saloon nie. Kepunyaan gradute student from Uitm Jengka Pahang. Dah penah masuk suratkhabar okeh. Yang rupa-rupanya kawan kepada my BIL. Sebab tulah dia selalu kesini. Dekorasi saloonnya simple but exclusive. Wallpapernya nampak cam timbul. Kearah Glamourous gitu kan. Chandeliar dia cantik tau. Stylist semuanya baik2 dan ramah. Mestilah kan baru lah customer nak datang lagi kan. Harga pun boleh tahan, taklah mahal sangat pun. Berpatutan lah.

Kelakarkan..


Nah, lepas setengah jam inilah hasilnya. Kelakar kan. Betul tak apa aku cakap? Sama je patternnya. Lurus lurus dan lurus. Sebab rambut aku nie natural curl. So pattern nie je yang senang.

Kata mrBig sekali sekala apa salahnya. Ala bukannya mahal pun kan!