Monday, August 23, 2010

Riang Ria di Chez Saloon

Hi Korang,

Aku adalah salah sorang manusia yang agak malas ke saloon rambut. Sebab apa? Sebab aku rasa walaupun aku potong sana potong sini, ubah style cam tu cam nie but hasilnya tetap sama. Cam tu jugak. Aku rasa lebih 8 bulan aku tak pi saloon. Last aku pegi masa tu buat hair treatment. Bila pas tu, terus aku tak de masa nak pi memperbetulkan apa yang harus diperbetulkan.

My BIL and his frens

So semalam, ktorg sekeluarga plan untuk berbuka di luar. So tempat yang dituju adalah dia Flaming Steamboat di Danau Kota.So sementara menunggu nak buka dan jugak hasutan in laws aku so aku pun terjebak samalah. Ala bukan buat apa pun, just Wash and Blow je.

Sempat lagi tu kan.

Inilah mamat yang tak de rambut but sibuk nak highlight rambut!

Dah lama rasanya tak pi memanjakan diri, asyik duk sibuk memanjakan mr Big yang sibuk nak highlight rambut dia yang tak berapa nak ada tu kan. So haruslah cuci dulu kan. So stylist yang sibuk mensampoo rambut aku tu pun  sambil urut2 kepala sambil picit2 bahu, tangan, urut2 sket. Pendek kata macam kat spa plak walaupun sekejap je. Boleh rasa nak tertidur plak lah.


See? My MIL dan sebelah tu my SIL.

Not bad gak chez Saloon nie. Kepunyaan gradute student from Uitm Jengka Pahang. Dah penah masuk suratkhabar okeh. Yang rupa-rupanya kawan kepada my BIL. Sebab tulah dia selalu kesini. Dekorasi saloonnya simple but exclusive. Wallpapernya nampak cam timbul. Kearah Glamourous gitu kan. Chandeliar dia cantik tau. Stylist semuanya baik2 dan ramah. Mestilah kan baru lah customer nak datang lagi kan. Harga pun boleh tahan, taklah mahal sangat pun. Berpatutan lah.

Kelakarkan..


Nah, lepas setengah jam inilah hasilnya. Kelakar kan. Betul tak apa aku cakap? Sama je patternnya. Lurus lurus dan lurus. Sebab rambut aku nie natural curl. So pattern nie je yang senang.

Kata mrBig sekali sekala apa salahnya. Ala bukannya mahal pun kan!

Sunday, August 22, 2010

Nuffnang, Kenapa Buat Aku Confuse Nie?

Hi Korang,

Aku dalam keconfusesan nie, sebab tulah satu hari nie tak menulis. Nie semua gara-gara 2 email  Nuffnang lah nie yang bermain di benak otakku ini. Pandai betul geng2 Nuffies nie menggoda imanku dalam bulan puasa nie lah.

Ceritanya cam nie. Tapi sebelum tu aku nak tanya korang satu soalan tu dulu lah kan. Kalau korang diberi dua pilihan oleh Nuffnang, korang pilih yang mana? Check it out kat bawah nie.



Ermm dah dah tu, jangan nak fikir panjang lagi. Ini bukan soal hidup atau mati pun. Ini soal pasal pilihan nak tengok movie je. Hah! apa macam? Yang mana satu agak2nya yang korang pilih. Dua-dua nampak best kan? Pelakon pun mantop2 kan?

La bukan apa pun, dan bukan salah Nuffnang pun. Tapi rezeki datang bergolek di bulan puasa nie. Aku pun tak sangka jugak boleh dapat kedua-dua invitation nie. Padahal masa buat entry hari tu, aku buat memain je. La korang still tak percaya lagi ke? Please check it out okeh.





Hah, tak caya lagi? Ermm ikut suka korang lah. Janji aku dah tunjuk bukti. Cuma sekarang nie mrBig cakap boleh pi tengok satu movie je sebab tarikh movies nie dekat2 lah. Tak kanlah nak pi tengok dua-dua kan. Bagi chance kat bloggers lain plak kan. Betul tak?

So korang boleh tolong pilihkan untuk ktorang tak? Aku pun confuse2 je nie bila reply email kat Fresh dan Rob. Nak pi ke tak nak?


p/s: Korang tolong tau! Aku ada date sampai hari isnin je nie.

Friday, August 20, 2010

Jom Main Soal2, Nak Tak?

Hi Korang,

Malas nak tulis pepanjang sekarang nie sebab aku pun kurang sihat sket. Semalam teruk kene flu sebab kena bila hujan turun. Itu yang badan letih je tu. Nak makan ubat tak boleh sebab puasa. So tahan jelah.

Pagi  nie aku masuk lambat sket, akibat terbangun lambat sebab pekena ubat flu sesekali 2 biji. Masuk2 opis je, cam biasa aku kena melawat kawasan dulu. Bukan apa kena tunjuk muka kat diorang nie kang tak nampak cakap aku ponteng plak kan.

Tengah borak2 jap dengan Ms CAD, tetiba mamat planner (MP) aku nie menyampuk..


MP : Aku nak tanya satu soalan kat korang nie.

CLP : Hah, tanyalah. Jangan pasal keje dah lah, kepala aku nie tengah start nak sakit.

MsCAD : Hah, ko nak tanye apa nie?

MP : Ini pasal puasa. Citernya cam nie. Orang tu dalam berhadas besar dan dia terlelap nak bangun sahur. Tapi dia sempat mandi wajib dalam pukul 7pagi cam tu, so dia still boleh puasa lagi kan

CLP : Ishk, hebat soalan ko nie.. Jap aku fikir

MsCAD : Boleh puasa selagi matahari belum terik lagi lah kan. Apsal ko tanya?

MP : Ermm sesaje je.. (muka dah tersengih2 cam kerang busuk)

CLP : Eh, ko buat apa malam tadi ek? Mentang2 bini ko jauh kan. Ntah2.... jeng jeng jeng...

MsCAD : Yelah tu, ishk ko nie lah... Cubalah berbawak bersabar.. Bini ko tu kan dalam pantang lagi..

MP : Ala... aku... aku... aku...

CLP L Ah sudahlah... 


Ishk korang jangan jadi cam mamat nie tau. Dan sesape yang wifenya dalam pantang bebawaklah bersabar ye. Tak kan lari gunung di kejar.

p/s: Korang yang bujang2 penah tak berlaku cam nie? Ala aku saje je nak taulah...hehehehehhe