Friday, August 20, 2010

Jom Main Soal2, Nak Tak?

Hi Korang,

Malas nak tulis pepanjang sekarang nie sebab aku pun kurang sihat sket. Semalam teruk kene flu sebab kena bila hujan turun. Itu yang badan letih je tu. Nak makan ubat tak boleh sebab puasa. So tahan jelah.

Pagi  nie aku masuk lambat sket, akibat terbangun lambat sebab pekena ubat flu sesekali 2 biji. Masuk2 opis je, cam biasa aku kena melawat kawasan dulu. Bukan apa kena tunjuk muka kat diorang nie kang tak nampak cakap aku ponteng plak kan.

Tengah borak2 jap dengan Ms CAD, tetiba mamat planner (MP) aku nie menyampuk..


MP : Aku nak tanya satu soalan kat korang nie.

CLP : Hah, tanyalah. Jangan pasal keje dah lah, kepala aku nie tengah start nak sakit.

MsCAD : Hah, ko nak tanye apa nie?

MP : Ini pasal puasa. Citernya cam nie. Orang tu dalam berhadas besar dan dia terlelap nak bangun sahur. Tapi dia sempat mandi wajib dalam pukul 7pagi cam tu, so dia still boleh puasa lagi kan

CLP : Ishk, hebat soalan ko nie.. Jap aku fikir

MsCAD : Boleh puasa selagi matahari belum terik lagi lah kan. Apsal ko tanya?

MP : Ermm sesaje je.. (muka dah tersengih2 cam kerang busuk)

CLP : Eh, ko buat apa malam tadi ek? Mentang2 bini ko jauh kan. Ntah2.... jeng jeng jeng...

MsCAD : Yelah tu, ishk ko nie lah... Cubalah berbawak bersabar.. Bini ko tu kan dalam pantang lagi..

MP : Ala... aku... aku... aku...

CLP L Ah sudahlah... 


Ishk korang jangan jadi cam mamat nie tau. Dan sesape yang wifenya dalam pantang bebawaklah bersabar ye. Tak kan lari gunung di kejar.

p/s: Korang yang bujang2 penah tak berlaku cam nie? Ala aku saje je nak taulah...hehehehehhe

Thursday, August 19, 2010

Bila Hujan Turun


Bila hujan turun
Semua engineer risau

Bila hujan turun
Jalan akan lecak lagi

Bila hujan turun
Setengah building hampir banjir

Bila hujan turun
Staff dah start ngantuk sebab sejuk

Bila hujan turun
Office penuh dengan lumpur

Bila hujan turun
PM gelisah sebab kerja tak jalan

Bila hujan turun
Auntie kantin senyum lebar sebab duit mari

Bila hujan turun
Workers paling happy sekali sebab tak yah keje

Tapi bila lepas hujan
Aku yang sengsara hidung beringus akibat kena hujan..


Sengsaranya......

Nukilan masa dalam meeting tadi sebab kat Nilai nie, awan dah tak tertanggung lagi air yang ditakung. Yang sekarang nie dah menitik dah pun.

p/s: Nampak sangat aku tak kyushuk dalam meeting nie kan? hehehehhe...Tapi korang perasan tak yang aku boleh karang puisi gilorr  nie secara spontan kan? Banggalah kejap..

Wednesday, August 18, 2010

Jangan Salahkan Jam Kalau Terlambat Sahur!

Morning Korang,

Dah lama x menulis time pepagi nie kan. Terperanjat gak rasanya nie. Nak tau sebab apa?


Hah lambat bangun sahur lah. Aku rasa inilah first time terbangun sahur dah hujung2 nyawa dah nie. Sebelum nie memang tak pernah pun.

Walaupun aku bukan penggemar bangun sahur yang tegar, aku tetap bangun untuk temankan mrBig makan. Normally dia akan makan cornflakes dengan susu je. Jarang makan nasi kecuali aku masak untuk buka jika ada lebih. Tapi makan benda cam nie lagi bagus kan. Nah korang leh baca kat sini.


"Utamakan makanan yang lambat hadam untuk sahur anda kerana ia boleh bertahan selama 8 jam berbanding makanan cepat hadam yang bertahan cuma 3 ke 4 jam sahaja. Antara makanan lambat hadam ialah beras perang, barli, gandum penuh, oat, semolina, kekacang (seperti dal, kacang hijau), roti gandum penuh, capati, roti nan. Makanan ini juga dipanggil karbohidrat kompleks.
Manakala makanan yang cepat hadam antaranya makanan yang mengandungi gula atau tepung gandum biasa (warna putih)"

So malam tadi, selalunya dia akan tidur dulu dari aku sebab aku nie heboh nar melayan bertweet2 dengan geng talibarut K Ina KL. Agaknya aku selalu conquer PC nie so dia plak duk melepak depan PC sampai tengahmalam kot ( aku tidur dulu) di samping itu hujan turun renyai2 plak kan. So agak nyenyak lah tidur memasing.


Tup tup, dia kejut aku dengan keadaan mengelabah. La rupanya lagi 10 minit dah nak waktu imsak. So kelam kabutlah dia kat dapur tadi. Capai apa yang dapat then trus makan. Aku teguk air suam je. By the time dia habis makan je, terus azan dah. Lepas abis makan tuh, terus dia membebel jam loceng tak bunyilah, dah kunci tapi sebenarnya terlupa nak kunci. Aku cakap, jangan salahkan jam okeh salahkan diri sendiri. Terus dia buat bodoh je.


Moral of the entry : Jangan salahkan jam loceng bila lambat bangun dan jangan jeles bila wife korang melepak dekat PC sampai larut malam (ala bukan buat apa pun kan!). hehehehhe

p/s: Korang jangan bagitau mrBig plak tau. Habis aku kene baham malam nanti! hehehehehe

Pics : Thank you Google