Wednesday, August 18, 2010

Jangan Salahkan Jam Kalau Terlambat Sahur!

Morning Korang,

Dah lama x menulis time pepagi nie kan. Terperanjat gak rasanya nie. Nak tau sebab apa?


Hah lambat bangun sahur lah. Aku rasa inilah first time terbangun sahur dah hujung2 nyawa dah nie. Sebelum nie memang tak pernah pun.

Walaupun aku bukan penggemar bangun sahur yang tegar, aku tetap bangun untuk temankan mrBig makan. Normally dia akan makan cornflakes dengan susu je. Jarang makan nasi kecuali aku masak untuk buka jika ada lebih. Tapi makan benda cam nie lagi bagus kan. Nah korang leh baca kat sini.


"Utamakan makanan yang lambat hadam untuk sahur anda kerana ia boleh bertahan selama 8 jam berbanding makanan cepat hadam yang bertahan cuma 3 ke 4 jam sahaja. Antara makanan lambat hadam ialah beras perang, barli, gandum penuh, oat, semolina, kekacang (seperti dal, kacang hijau), roti gandum penuh, capati, roti nan. Makanan ini juga dipanggil karbohidrat kompleks.
Manakala makanan yang cepat hadam antaranya makanan yang mengandungi gula atau tepung gandum biasa (warna putih)"

So malam tadi, selalunya dia akan tidur dulu dari aku sebab aku nie heboh nar melayan bertweet2 dengan geng talibarut K Ina KL. Agaknya aku selalu conquer PC nie so dia plak duk melepak depan PC sampai tengahmalam kot ( aku tidur dulu) di samping itu hujan turun renyai2 plak kan. So agak nyenyak lah tidur memasing.


Tup tup, dia kejut aku dengan keadaan mengelabah. La rupanya lagi 10 minit dah nak waktu imsak. So kelam kabutlah dia kat dapur tadi. Capai apa yang dapat then trus makan. Aku teguk air suam je. By the time dia habis makan je, terus azan dah. Lepas abis makan tuh, terus dia membebel jam loceng tak bunyilah, dah kunci tapi sebenarnya terlupa nak kunci. Aku cakap, jangan salahkan jam okeh salahkan diri sendiri. Terus dia buat bodoh je.


Moral of the entry : Jangan salahkan jam loceng bila lambat bangun dan jangan jeles bila wife korang melepak dekat PC sampai larut malam (ala bukan buat apa pun kan!). hehehehhe

p/s: Korang jangan bagitau mrBig plak tau. Habis aku kene baham malam nanti! hehehehehe

Pics : Thank you Google

Tuesday, August 17, 2010

Baru Balik Dari Bazaar Gesel Bang..

Hi Korang,

Ewah2 bila entry pasal nuffnang je, terus meletops kan. Semua nak tau apsal aku I Love U sangat kan. Dah2 tak de entry pasal buffered earning lagi nie.

Nie aku nak tanya pandangan korang tak berapa nak terang tu kan, sebab sibuk melayan mata yang kuyu kan akibat banyak makan masa buka tadi tu kan.

Betul ke bazaar ramadhan nie bazaar gesel? Hah korang tengok gambo2 yang aku cilok dari pakcik google nie



Hah, betul tak apa yang aku tulis tu kan. Memang mana2 bazaar ramadhan sekarang nie memang sesak dengan orang. Tak kiralah melayu, cina, india, orang indon, mamat bangla dan nepal pun ada. Maklumlah memasing mencari juadah untuk berbuka puasa kan. Tapi bila dah ramai2 dah bergesel2 tuh, macam2 bau yang lalu kat hidung aku selain daripada bau2 ayam2 golek dan ayam percik yang harum tu kan. Lagi dekat bergesel lagi menusuk terus ke hidung. Kekadang tu aku rasa sampai tak boleh nak bernafas. Betul tak nyah?


Tapi tak boleh nak salahkan pengunjung yang datang jugak kan. Para peniaga pun penyumbang pada bazaar gesel nie. Mana tak nya, kalau pacak meja makin hari makin kedepan so ruang pengunjung nak berjalan tu dah makin sempit. Itu tak kira lagi pengunjung yang stop by nak beli makanan kan. Lagi ramai orang kat gerai tu, makin jem tempat lah so makin menjadi2 lah bergesel2 kan.


So untuk elakkan diri dari terus jadi mangsa geselan, korang pegilah awal sket. Kurang sket orang. Tapi kalau dah tak dapat nak elak, korang terus jelah bergesel tu ek. Tapi jauh2 sket lah janganlah dekat sangat. Mana lah tau jadi benda lain plak kan. La aku tak cakap pun pasal kena raba lah tapi pasal penyeluk saku. Jaga-jaga korang ingat bulan puasa nie diorang tak buat keje ke?

Hah, bazaar ramadhan tempat korang bergesel tak? Kalau tak bergesel tu, bazaar tempat korang tu tak popular la kan. hehehhehehe..

Monday, August 16, 2010

Thank You Nuffnang, I Love U Lah

Hi Korang,

Quick entry je. Simple but bangga gak lah.

Semalam kat hari ahad. Cuti. So godek2 website Nuffnang nie. Check sana check sini, update survey, baca2 entry bloggers lain kat innit. Then tetiba je, aku terperasan ini...



Jeng jeng jeng...

Macam tak percaya pun ada, sekali dapat sampai 7 buffered earning. Alhamdulillah. Berkat bulan puasa nie kot.

Anyway aku akan jadikan ini sebagai motivasi untuk berblogging lagi. Sepatah kata..

I Love U Nuffnang

p/s: Ada gak duit untuk beli langsir raya nanti kan.