Thursday, August 5, 2010

What Distance I’d Go for My Other Half

Hey Ladies,

Sesungguhnya malam ini aku ingin berjiwang2 menulis ayat2 cinta untuk my very own mrBig.

Korang nak tau tak? Hah layannnnnn....


Oh Darlingku mrBig

Luahan Rasahatiku PadaMu

Sepanjang mana tembok besar di china tu
Panjang lagi tanganku untuk masakkan menu yang ko suka tu hari2 tanpa jemu

Sepanas mana gurun sahara yang ada banyak unta kehausan tu
Panas lagi dan lekitnya ketiakku bila lipat baju kejemu yang besau2 tu

Sesejuk mana benua antartika yang ada banyak penguin tu
Sejuk lagi hatiku bila kau kata aku gosok baju keje ko tak de line

Setempayan mana yang Puteri Gunung Ledang nak untuk hantaran nya
Tempayan jugaklah aku sanggup buat milo ais favourite ko tiap2 hari

Itu sahaja yang dapat aku coretkan eventho banyak lagi nak tuliskan..

Anyway, Aku cuma ingin kau tahu bahawa walau apa pun yang terjadi di antara kita, akan ku jadikan kenangan cinta kita ini yang paling terindah untuk diabadi kan sehingga akhir hayat kita selamanya.

Aku dengan tetiba aku jadi sejiwang begini. Macam macam weird kan? Ala bukan apa pun. Nie gara2 nak dapat tiket free lagi dari Nuffnang. By the way, sebab yang aku merepek2 nie adalah kerana ini, Nuffnang dengan baik hatinya menawarkan tiket2 free untuk tayangan cerita ini.



Courtesy of Warner Bros Pictures, 60 Female Nuffnangers dengan teman tapi mesranya akan dapat tengok citer nie sehari sebelum secara rasmi kuar kat panggung dalam Malaysia nie. Teruja kan?
 
p/s: Mesti mr Big tergelak baca entry nie. Ishk korang jangan nak pandai2 bagitau kat dia plak tau!!

Wednesday, August 4, 2010

Aku Terkena Siot!

Korang,

Semalam aku perasan masa pegi keje memang tak de sebijik lori pun atas jalan raya nie. Majoriti semuanya duk lepak2 kat R n R. Uisk lega sket, dapat aku merempit drive laju sket kan pi keje. Heran jugak lah kan kenapa diorg nie duk lepak2 je. Bila baca entry Little Mama pasal lori lepak2 nie baru aku tau yang larangan bagi kenderaan berat menggunakan lebuhraya time puncak. Ermm bagus kan..

Tup! tup! pagi nie, korang tengok nie


Dengan tak semena-mena banyak plak lori lalu lalang kat highway nie. Ishk aku pun fikir tak kan lah satu hari je effective larangan lori nie ek. Aku pun siap duk belakang lori2 nie siap ambik no plate dengan no telefon hotline yang ada kat belakang lori tu. Konon2 nak call nak buat complaint.

Bila pegang hp tadi, tetiba aku terperasan. Sekarang nie dah pukul 10pagi. La baru aku ingat rupa-rupanya larangan lori2 nie kan time waktu puncak iaitu time orang pi keje. La patutlah kan... Rupa2nya aku yang lambat kuar umah tadi sebab bangun lambat.

Dengan erti kata lain,
Bongok betul lah aku hari nie!


p/s: Pesanan penaja for today : Think Before U Act!

Tuesday, August 3, 2010

Kisah Lama 1



 
Dulu bila bapak aku melalak-lalak berkaraoke tiap-tiap petang kat umah, jam2 tu gaklah mak aku start membebel2 cakap bisinglah, jiran marah lah itulah inilah.



Sekarang nie plak, bila petang je siap remind bapak aku bila nak pi pasang karaoke.



Nak tau sebab apa? Sebab sekarang nie mak aku dah jadi PA untuk bapak aku. Maklumlah bapak aku sekarang nie bergelar celebriti kampung la konon. Senantiasa ada show on weekends. Weekdays plak pasang karaoke kat kedai makan kat area kampung aku nie.



Macam mana plak tu ek?ermmm…



p/s:Menyesal aku tak belajar vokal masa kecik2 dulu, kalau tak mesti sekarang aku dah sama level dengan Dato Siti Nurhaliza kan. Maklumlah sesama bekas anak polis la katakan. Mesti aura dia ada melekat kat aku sket kan..

Apa yang aku merepek nie setan!!!.. Sah-sah aku menguap tadi tak tutup mulut tu yang setan masuk tu kan.