Tuesday, August 3, 2010

Kisah Lama 1



 
Dulu bila bapak aku melalak-lalak berkaraoke tiap-tiap petang kat umah, jam2 tu gaklah mak aku start membebel2 cakap bisinglah, jiran marah lah itulah inilah.



Sekarang nie plak, bila petang je siap remind bapak aku bila nak pi pasang karaoke.



Nak tau sebab apa? Sebab sekarang nie mak aku dah jadi PA untuk bapak aku. Maklumlah bapak aku sekarang nie bergelar celebriti kampung la konon. Senantiasa ada show on weekends. Weekdays plak pasang karaoke kat kedai makan kat area kampung aku nie.



Macam mana plak tu ek?ermmm…



p/s:Menyesal aku tak belajar vokal masa kecik2 dulu, kalau tak mesti sekarang aku dah sama level dengan Dato Siti Nurhaliza kan. Maklumlah sesama bekas anak polis la katakan. Mesti aura dia ada melekat kat aku sket kan..

Apa yang aku merepek nie setan!!!.. Sah-sah aku menguap tadi tak tutup mulut tu yang setan masuk tu kan.

Menguap Punca Ngantuk? Salah tu.

Korang,


Betul ke menguap punca ngantuk? Memula aku percaya gak lah. Sebab kalau dah 10-20 kali tu sangap yang sampai tak leh tutup mulut maknanya mengantuk lah tu. Tapi kekadang tengah buat presentation pun boleh menguap itu bukan ngantuk dah tu kan. Apa-apa pun sempatlah aku menggoogle kat internet pasal menguap nie.

Salah satunya ialah faktor kepenatan. Apabila penat pernafasan akan menjadi semakin dalam daripada biasa. Berdasarkan teori ini , tubuh akan kekurangan oksigen kerana pernafasan menjadi perlahan. Oleh itu , menguap akan membantu membekalkan lebih oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan lebih banyak karbon diaoksida daripada darah. Menguap juga mungkin berlaku akibat reflek luar kawalan yang membantu mengawal paras oksigen dan karbon dioksida.



Satu lagi teori menyatakan menguap adalah senaman untuk peparu dan tisu disekelilingnya. Mengeliat dan menguap adalah salah satu cara untuk menyegarkan kembali otot dan sendi , meningkatkan denyutan jantung dan membuatkan diri kembali segar. Ada juga yang percaya menguap adalah tindak balas perlindungan yang mana sejenis bendalir seperti minyak yang dipanggil surfactant akan dirembeskan semasa menguap bagi membantu melincirkan peparu dari dalam dan mengelakkan ia daripada ranap.

Hah, apa macam? Ok tak penerangan tu tadi. 2-3 kali lah aku baca untuk pahamkan ayat2 tu kan. Tapi yang penting aku nak pesan dan moral of the story, tutup la mulut ketika menguap kerana kalau dilihat dari sudut Islam, ucapkan astaghfirullah al azim, sebab menguap itu angkara syaitan.


Tapi kes aku nie lain plak, dari start aku duk depan PC nie sampai lah sekarang dah dekat 10 kali aku menguap lah. Idea nak update entry nie tak dapat2 lagi. Agaknya itu pasal aku menguap kot! ermmm....


Notes : Thanks to Google sebab bagi info pasal menguap nie. Actually banyaklah jugak yang aku paham pasal sangap nie.

p/s: Tengah bertweet2 dengan Daydeck dan Chearmster pasal nak tulis entry nie lah. ops! salah type entry nie okeh! sambil menjawab soalan pop quiz kat blog chearmster tadi.
 
 

Monday, August 2, 2010

Why Vampire Sucks?

Korang,

Kenapa Vampire Sucks?

Pada pandangan aku yang tak seberapa pandai pasal hal vampire nie, aku rasalah yang diorg nie:-

1. Ingat muka putih pucat to macho ke? ermm salah lah orang sekarang cari yang kulit tanned sket baru gerek.

2. Ingat korang boleh terbang tu dah superb ke? hampeh. Ktorg pun boleh terbang gaklah nak kapal terbang

3. Ingat boleh kenyang ke minum darah tu? Cuba tengok cam ktorg, apa benda pun boleh bedal lah.

4. Ingat real vampire tu hensem cam Edward Cullen or Jacob ke? Jangan mimpi la yo..

Ermm actually banyak lagi nak tulis tapi simpan2 lah dulu ye. Kang marah plak peminat vampire seantero dunia nie kan. By the way, sebab yang aku merepek2 nie adalah kerana ini, Nuffnang dengan baik hatinya menawarkan tiket2 free untuk tayangan cerita ini.


Courtesy of Twentieth Century Fox, 80 Gllitterati Nuffnangers ada chance untuk dapat menonton Vampires Suck sebelum ianya secara rasmi keluar di panggung. Apa macam Best kan?
p/s: Mintak2lah dapat tengok citer. Mesti lagi best dari Scary Movies hendaknya.