Thursday, July 22, 2010

Bila Lelaki Membebel


Bila lelaki start membebel
Dia pandang aku, aku pandang tingkap

Bila lelaki membebel
Aku start diamkan diri dulu sambil berfikir
Bila lelaki membebel
Memula aku pasang strategi untuk lawan balik

Bila lelaki membebel
Kemudian fikiran aku melayang ke lain

Bila lelaki membebel
Aku bayangkan radio yang bercakap tanpa henti

Bila lelaki membebel
Last-last aku tutup radio tu, memekaklah.

Bila lelaki membebel
Aku terus angkat kaki, blah dari situ.


Tapi lelaki tetap terus membebel....


Hahahaha apa yang aku merapu nie ek?

Bukan apa, ini hasil nukilan lepas kene bebel dengan Const Manager aku tadi. Aku rasa dia nie period pain kot hari nie. Since pagi tadi membebel dengan semua orang dalam opis nie.

p/s : nak pi pasar malam, nak beli bontot ayam. goreng pun sodap!

Wednesday, July 21, 2010

Siri TV: Dunia Baru Reunion-Kelakar!

Hi Korang,

Malam tadi lepas balik tengok wayang citer The Sorcerer's Apprentice dan jugak balik dari melepak kat Palm Garden Hotel jumpe member aku nie. Sampai umah aku trus berblogwalking, tetiba aku tersampai ke blog LizaRazak nie. Aku terpandang entry pasal Dunia Baru Reunion nie. La rupanya ada sambungan dari Dunia Baru The Movie tu. Ishk best nie. Aku pun terus layanlah kat web nie.


Karektornya still sama cuma ada certain pelakon dah berubah seperti watak Suzanna,Adib, dan Darius. Secara ringkasnya kali nie berkisarkan kepada :

Banyak yang telah berubah sejak tamat pengajian di universiti, namun sebuah undangan pertemuan semula di Bali dari Tajol terus menarik minat rakan-rakan kolej lama. Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk menyatukan kumpulan itu semula, lebih-lebih lagi dengan semua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing: Berat badan Opie telah naik dengan mendadak dan dia penat bekerja namun tidak dihargai, dia juga sedang cuba mendapatkan perhatian Azlan, bossnya yang kacak. Madihah pula sedang cuba mengawal Atina, anaknya yang terlalu aktif, manakala Suzanna kini sudah berkahwin dengan seorang Sheikh Arab dan Aniza mungkin akan mengalami strok gara-gara sikap panas baran serta masalah-masalah yang terpaksa dia hadapi di tempat kerja.
Tajol dan rakan karibnya, Komos, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan SEMUA ORANG menghadiri majlis pertemuan semula itu, sehingga sanggup menyanyi lagu-lagu pop ‘jiwang’, bertemu dengan suami-suami ‘ganas’ sampai diacu pistol, serta menggaji seorang teman lelaki untuk Opie. Bagi Tajol, tiada yang lebih penting daripada bertemu dengan rakan-rakan lama…dan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seorang untuk rancangan pelaburan peribadinya!

Tanpa menyedari motif sebenar Tajol, Opie dan geng terpaksa menyelesaikan masalah masing-masing demi menghadiri majlis pertemuan semula itu, dan mengambil langkah-langkah drastik untuk mendapatkan cuti daripada bossnya yang kacak tapi keterlaluan itu. Sementara itu, Madihah mendapat tahu yang Komos pandai menjaga anak kecil manakala Anizah jatuh sakit sebelum acara pertemuan itu.


Apakah hasil pertemuan semula ini? Mereka akan mempelajari pelbagai benda baru tentang kehidupan, cinta dan persahabatan dalam ‘Dunia Baru Reunion’.

Hah baca sinopsis je dah boleh mengambarkan betapa kelakarnya citer nie. Aku yang melayan dari satu episod ke satu episod nie, tergelak2 sampai rasa nak terguling2lah. Siap mrBig bangun dari tengok tv sebab terperanjat dengar aku ketawa tahap cipan nie.

Di antara episod yang aku suker:

Episod 1

Episod 12

Sekrang dah sampai episod 19 last episod 20. Confirm aku tunggu jumaat nie. Rugi kalau korang tak layan citer nie. Ala bukannya lama pun a few minutes je. Ala sambil berblogwalking pun boleh layan citer nie.

p/s: Bagi aku Tajol memang bussines minded betul lah. Opie pun lagi comel sejak dia gemuk nie

Tuesday, July 20, 2010

Bergembira Dengan Gajah2 Yang Comel Di Kuala Gandah

Hi Korang,


Tak sabar rasanya nak citer pasal trip ke Kuala Gandah  nie. Memang adhoc plan lah. 2-3 hari je plan, dengan call sana call sini, bincang2 nak bawak apa kan, nak itu nak ini maka dapat jugaklah ke sini.


Tepat pukul 8pagi ktorg sekeluarga adalah orang yang first sampai ke sini. Masa tu pintu gate pun baru je pak guard tu bukak. Bukan apa, sebab nak cop pass all access itu yang datang awal tu. Pas register dan gaduh2 sket dengan adik kat registration counter tu, ktorg pun bercamwhore sana sini dalam small museum tu. Dah penat apa lagi, trus bukak bekal then makan lah. Sorry gambo makan tak sempat nak ambik sebab dah terlalu lapo, maklumlah bangun pukul 5 pagi untuk siapkan segala makan2 kan.

Disebabkan activities start pukul 2ptg, so ktorg melepaklah sana sini. Tengah jalan2 tetiba terdengar bunyi gajah mengaum. (Eh, mengaum ke? ala tak kisahlah). Trus berlari kejar bunyi tuh, then ternampak bayang2 gajah. Apalagi aku melonjak2 suker. Rupa2nya diorg tengah nak mandi, so chief staff kat situ pun panggil ktorg. So dapatlah tengok live, diorg mandi. Sempat lagi bagi makan tau. Best2..

So pukul 10 lebih camtu, ada special activities untuk yang booking under Perhilitan, so ktorg dapat lagi priviliages untuk join activitity nie. Truslah bercamwhore2 dengan gajah2 yang comel nie, si Pandan, si Langsat, si siput dan si selendang dan ramai lagi lah. Diorg nie memang well behave lah, pandai amik hati pengunjung. Seronok tengok telatah diorg nie. Budak2 lagi la suka kan.

So tengahari, ktorg makan kat cafe yang disediakan. Murah, sedap dan cepat. Bermangkuk2 laksa aku bedal. Menunya simple tapi bestlah. Bile dah kenyang, mata plak dah ngantuk trus je ktorg masuk bilik tayangan video pasal gajah. Sambil tengok tu, aku perasan yang tidur ada, yang meleleh airmata pun ada, dan macam2 lagilah gelagat.


Pukul 2pm official activities pun mula. Para pengujung di perkenalkan dengan seekor demi seekor gajah2 yang comel2 tu. Kemudian ada, mini performance la gajah2 nie. Seronoklah. Disebabkan ktorg dapat all access pass, so merasalah naik gajah. Cubalah korang bayangkan, gajah naik gajah. Tergelak2 orang lain tengok ktorg sekeluarga. Memang kelakar.


Acara yang di tunggu2, ialah mandi dengan gajah. Memang syoklah. Majoriti pengujung all access kebanyakan foreigner, ktorg untung lagi. So sanggup beratur panjang2 nie semata nak mandi dengan gajah. Bile turn ktorg, ramai yang gelak2 ktorg sebab memang kelakar.


Rupa2nya ktorg adalah pengujung yang terakhir yang tinggalkan tempat nie. Mestilah bestlah. Dahlah yang 1st datang dan jugak yang last balik. Rasanya nak pi lagilah tak puas main2 dengan gajah2 yang comel nie. Orang kata worth it lah bersusah payah bangun awal semua tu kan, akhirnya terbalas dengan kegembiraan yang superb!(apa yang aku mengarut ni ek..ishk)

Anyway, pengalaman yang sungguh menerujakan lah. Aku suker. At least release tension sket lah kan.

p/s: Gambo terlalu banyak sampai tak tau nak mane satu nak pilih dan edit.Nanti aku citer cam ne nak dapat all access pass nie ek. Kalau sesape nak pegi, aku nak ikut boleh tak?