Tuesday, July 13, 2010

Invitation to Premiere Screening of The Sorcerer's Apprentice

Hi Korang,

Entry ringkas je nie. Saje nak bagi tau yang Nuffnang bagi aku tiket free untuk cerita nie

The Sorcerer's Apprentice

La korang tak caya ek, baca email nie:-


Hah caya kan. Anyway TQ Nuffnang coz bagi aku tiket nie. Dapat gak berdating deng mrBig ek. SAmbil2 tu boleh shopping sket2 kan, maklumlah mrBig tak suke pegi MidValley kecuali terpaksa je. Dia cakap susah nak cari parking.

p/s : Sesape yang dapat invitation nie, bagitau lah ye. So boleh gather2 kat sane kan.

Bila Tak Berapa Kuli Lebih Dari Bos

Morning Korang,

Topik agak berat sket pagi nie tau, bagi aku lah. Maklumlah selalunya aku menulis pasal makan, makan dan makan ye tak?

Bukan apa, bila bekerja as team kita kenalah bertolak ansur, ada respect sket to each other betul tak? Ktorg di office nie juga mengamalkan cara kerja yang sihat cam tu. Tapi bila ada orang lain hal campur tangan dalam hal kerja kita nie, semuanya akan jadi tunggang terbalik.


Kisahnya begini, company aku as a main contractor untuk site baru nie. So segala facilities ktrog kena provide untuk consultant dan client. Bagi Client team, as long as apa yang kita provide tu ikut spec dalam contract diorang satisfied. Yang jadi masalah nie si Consultant Team nie. Ktorg dah provide apa yang patut mengikut spec yang ditetapkan tup tup tup diorg nie jadi mengada2 plak. Kata mak aku yang suka sangat dengan Shahir AF8 tu ‘Dah bagi betis nak peha plak’. Yelah cuba korang bayangkan, nie contoh tau. Dalam spec ktorg kene provide pen. So apa jenis pen tak kiralah murah ke mahal ke ktorg kene bagi. So haruslah bagi yang murah tapi berkualiti, betul tak? Bila sampai kat Consultant, diorg nie punya membebel kalah mulut makcik jual kuih depan umah aku nie. Yang best tu siap boleh reject dan bagi NCR (ala org keje construction line tau lah apa tu kan) lagi kat ktorg. Memang kelakar betul lah.


Tapi bila time, diorg punya salah cepat2 nak cover. Konon, typo lah, error lah, silly mistake lah. Nak ajak aku bagi NCR plak kat diorg hehehehhehe... Yang paling aku tak boleh tahan tu, si typist Consultant team nie, ya allah lorat dia bukan main lagi. Keje bukannya banyak tapi mengadu domba kat semua orang kononnya dia soranglah yang paling sibuk kat opis tu. Dia tu kalau aku tak bagi keje sampai petang lah baca novel dengan main game kat laptop. Nasib baiklah pompuan tua yang tak secantik macam kakak bulu mata Rozita Che Wan, kalau sebaya dengan aku, siap dia aku luku kepala dia lah.



Anyway, bila aku duk borak2 dengan bos German aku tu, dia pun boleh bantai gelak2 pasal pompuan tua yang kononnya pakai MyVi Spec Pompuan tu padahal edition biasa tu kan. Dia siap pesan, buat bodoh je, jangan di layan sangat perangai pompuan tua tu tapi dalam Englishlah bukan Melayu okeh.

Hah, kalau korang duk kat tempat aku nie agak2 korang nak pancitkan tak tayar kereta MyVi Edition Biasa dia tuh ? Kata mrBig, pi dajalkan document dia je biar dia mengelabah dan kene marah dengan boss dia. Huahuahuahuahuahua…

Kosakata Hari Ini :
Lorat – Perangai irritating yang melampau sangatlah
Luku – Sekel kepala, ala korang kecik2 tak penah kene luku ke?
NCR – report yang mengatakan konon2nya keje aku nie tak baguslah. Dalam erti kata lain, bongok lah ko

Monday, July 12, 2010

Karipap Oh Karipap

Morning Korang,

Di pagi yang berbahagia nie (sebab aku bangun awal dan kuar awal), aku dengan secara tetiba cravings for karipap. Breakfast dengan karipap memang sedap.

Aku memang sukakan karipap. Tak kiralah inti apa pun, sardine, kentang,ayam,daging, sayur,ikan semuanya aku bedal. Walaupun aku suka makan karipap tapi nak buatnya sepatah haram aku tak tau. Eventho mak aku memang pandai buat karipap tapi aku malas nak belajar dari dia.

Karipap nie ada pelbagai jenis. Di antaranya:

Karipap biasa

Karipap pusing

Tapi orang Johor panggil karipap tu epok-epok. Ntah mana dapat nama epok-epok pun aku tak tau.

Tapi kan korang, agak-agak korang nak makan tak karipap yang budak nie buat?


Ermm aku? Kene fikir 2-3 kali dulu sebelum nak makan karipap yang budak nie buat. Hehehehhe jangan marah tau.

p/s : Payah plak nak cari karipap area nilai nie ek. Nampaknya aku kene bukak gerai tepi jalan nie jual karipap. Agak-agak korang laku tak?