Monday, July 12, 2010

Karipap Oh Karipap

Morning Korang,

Di pagi yang berbahagia nie (sebab aku bangun awal dan kuar awal), aku dengan secara tetiba cravings for karipap. Breakfast dengan karipap memang sedap.

Aku memang sukakan karipap. Tak kiralah inti apa pun, sardine, kentang,ayam,daging, sayur,ikan semuanya aku bedal. Walaupun aku suka makan karipap tapi nak buatnya sepatah haram aku tak tau. Eventho mak aku memang pandai buat karipap tapi aku malas nak belajar dari dia.

Karipap nie ada pelbagai jenis. Di antaranya:

Karipap biasa

Karipap pusing

Tapi orang Johor panggil karipap tu epok-epok. Ntah mana dapat nama epok-epok pun aku tak tau.

Tapi kan korang, agak-agak korang nak makan tak karipap yang budak nie buat?


Ermm aku? Kene fikir 2-3 kali dulu sebelum nak makan karipap yang budak nie buat. Hehehehhe jangan marah tau.

p/s : Payah plak nak cari karipap area nilai nie ek. Nampaknya aku kene bukak gerai tepi jalan nie jual karipap. Agak-agak korang laku tak?

Sunday, July 11, 2010

I Love The New Me - Giveaway By TheHoneyBunch

Hi Korang,

Aku nak citer pasal kesukaran yang aku alami sejak dari 2004 sampailah 2009. Macam nie ceritanya, Kisah aku dengan masalah kerjaku.

Banyak kan toll kena lalu setiap hari.

Tengok dalam Google macam dekat, cuba try jalan. Jauh....

Sejak berpindah ke KL dari JB nie, aku berulangalik dari Setiawangsa (umah sewa aku) ke Subang (tempat kerja). Pengangkutan tak jadi masalah sebab aku ada kereta sendiri. Yang jadi problem, jarak perjalanan dan masa yang di ambil itu agak lama. Itu yang aku rasa sangat membebankan. Perbelanjaan sara diri semakin hari semakin meningkat. Ada ketikanya aku sanggup berpuasa dari sarapan dan makan tengahari mengikat perut (walaupun tak kurus mana pun) semata-mata untuk menampung perbelanjaan minyak kereta dan toll. Masa dibuang begitu sahaja. Keluar pagi selepas subuh dan sampai rumah selepas pukul 9 semata-mata untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur nie. Aku tetap bersabar dengan apa jua rintangan yang aku alami.

Ermm jauhkan dari Bangi ke Subang

Actually banyak lagi expenses untuk travelling nie tau!

Pada tahun 2007, aku berpindah pula ke Bangi kerana mrBig sudah beli rumah untuk kami berteduh selepas kami kawin. Nampaknya perbelanjaan travelling semakin meningkat maklumlah jarak semakin jauh dan semakin banyak toll yang aku kene lalui setiap hari. Bayangkan satu hari aku kene belanja lebih kurang RM10.50 (return) duit toll untuk ketempat kerja dan duit minyak RM30 selama 2hari.  Memang menangis rasanya time tu, eventho mr Big bagi duit belanja but still tak mencukupi pebelanjaan travelling. Hampir satu ketika aku rasa give up untuk kerja lagi tapi kesian kepada mrBig plak kan.


Berkat kesabaran aku menempuh segala dugaan yang aku alami selama ini, akhirnya aku mendapat panggilan untuk bekerja di area Cyberjaya. Ya Allah, rasa bersyukur sesangat. Gaji pun bertambah dan jarak perjalanan dan kos travelling semakin berkurangan. Itu yang aku dapat rasakan, The New Me. Aku lebih gembira menjalani hidup ini sekarang nie. Segalanya sekarang semakin mudah dan lancar dan aku amat bersyukur di atas apa yang terjadi.

Itu sahaja yang dapat aku ceritakan, secebis kisah hidup aku ini. Aku ceritakan kisah ini adalah kerana aku ingin menyertai giveway contest dari one of our MBP gang Ms Hanz, cik puan yang amat pentingkan green life dan kalau boleh dia nak recycle semua benda tau..


So ini adalah sponsor bagi giveaway nie, click jangan tak click okeh.

HoneyB
 
Yang penting, ini ada some syarat yang harus dipatuhi.
 
1. Only Malaysian Blogger Ladies, 18 years above & no age limit are eligible to enter regardless your race and marital status. Overseas Malaysian are allowed but Oversea Winners must bear the shipping cost.
2. Paste this giveaway banner in your blog post and sidebar of your blog and both must link-back to this giveaway posting.

3. The contest starts on the 21st of June & ends on 30th of July by 12 noon.


So di antara hadiah2 yang akan dimenangi adalah :-

•Blog Makeover by Jiji of TripleColourLife worth RM250
•RM120 worth of Makeup Voucher from Loving Minerals.com
•10 bottles of Perfume For All + 10 Vouchers by Nabila.com
•Green Pocket Laundry Ball worth RM 189 from The Green Pocket.biz
•3 Shopping Vouchers worth RM 45 each from Khazis Boutique
•5 Shawls from ZaraShoppe
•4 sets of Quilling Accessories & Jewelleries from HoneyB Quilling Creations
•Beauty items & Ladies Accessories by Hanz

 
p/s: so cepat2 join ye, still ada masa lagi. Aku berusaha lebih keras lagi untuk menang contest nie tau. Hanz, bagilah markah lebih sket ye untuk i.

Broga Hill-Tinggal Mimpi Jelah

Morning Korang,


Sepatutnya sekarang nie aku dah on the way turun dari mengambil gambar matahari terbit yang cantik2 di Broga Hill. Tapi apakan daya. Impian tinggal mimpi jelah.


Yang penting, bukan salah sesapa pun cuma takdir dah tentukan tak jadi program nie kan. Nak buat cam ne? sambung tidolah jawabnya. huhuhuhuhu..

Anyway, thanks to Zaffril yang sudi mengajak aku pegi memanjat ke Broga Hill nie. Jawabnya lain kali lah kite pi ye...