Monday, July 5, 2010

JCo Baby Donuts-Sedap Siot!

Hi Korang,

Nothing much to citer sangat. Last weekends masa kat Melaka, ktorg jejalan kat AEON Jusco Bandaraya Melaka tuh. Ala dekat je, sebelah Tesco Melaka dekat Melaka Sentral. Sure korang tak sesatlah bila dah sampai sini.

Dah syok2 cuci mata sambil mengabiskan duit gaji (nie kalau Matjoe baca nie, abis aku disekolahkannya), tetiba terasa lapo plak. Nampak plak lambang nie. Apalagi terus singgah.

Memula usha dulu apa nak makan, then terpandang nie. Hah apalagi terus je beratur. Dah lah salah lane beratur.Tapi dah tergoda sangat. Malu belakang kire okeh!

Tak sangka plak, JCo ada produce baby donuts. Sangat comel dan senang untuk dimakan. Itu yang penting bagi aku, almaklumlah mulut aku kan kecik.

Tersangat suke menambah kalori dibadan yang sudah penuh dengan babat

Korang2 patut cuba. Actually sama je rasa dengan yang saiz biasa, cuma cute dan comel je. Anyhow sangat sedap.

Apalagi... Jom Makan!!!

p/s: Pas nie nak cuba Donashi kat Big Apple plak, tapi yg nie diorg ada specific time untuk beli lah. Itu yang susah sket nak dapat tu kan

Selamat Hari Isnin Sayang!

Morning Korang,

Sesaje nak ucapkan Selamat hari isnin kat korang. Semoga pergi keje dalam keadaan happy dan tak de stress. Kalau dengan tetiba korang rasa stress, nah korang layan video kelakar nie ek.


Apa macam hilangkan tak stress? Hah betul kan. Kalau still rasa stress lagi, ini jawabnya



Ini dia penawar sekali stress ek. Cuba sekali pasti nak lagi. Mane nak dapatkan ek? La opis korang tak kan tak de kot. Opis aku ade tau, siap dengan mesin coffee lagi okeh!

Sunday, July 4, 2010

Aksi-Aksi Ketika Menonton Piala Dunia Semalam

Hi Korang,

Baru sekarang nie dapat update coz baru balik dari kampung. So tak banyak bende buat kat kampung selain dari makan, makan dan makan. Hehehehehhe memang bertambahlah babat kat perut nie kan.

Anyway, semalam ktorg tengok quarter final world cup di antara Argentina dengan German. Aku haruslah kene sokong German kan. Maklumlah keje dgn orang German, kalau tak sokong plak kang aku tak dapat gaji bulan depan kan. Hehehehe. Mr Big plak setia dengan Argentinanya, ala sebab ada Messi dan Tervezz (betul ke aku eja nie ek).

So baru nak bangun pi dapur je, German dah gol. Ishk memang kelakar lah. Aku rasa Argentina mesti tak expect boleh gol secepat itu kan. Lepas tu aku tengok Argentina dah berkobar2 membuat serangan. Yang bentis kaki ada, yang tolak menolak ada dan macam2 aksi lagilah. Maklumlah aku baru 1st time tengok bola untuk World Cup.

Sambil German dan Argentina beraksi, ktorg yang kat umah nie pun beraksi gak lah kan sebagai penyokong setia. La korang tak caya, nah tengok aksi2 terbaik dari ktorg nie.

Makan2 tu penting. Donut JCo Sekotak, air sarsi dan kuaci.

Penyokong di Stadium

Penyokong Di rumah plak. Tengok lah kan.

Apa macam, kelakar kan? Itulah mr Big aku yang punya aksi tersendiri. Anyway aku ucapkan congrats kepada team German sebab dapat masuk semi final. Mintak2 diorg dapat terus pegi final lah ye.

p/s: nak call Mr Marc tadi tapi no hp Singapore dia tak save plak... Ishk kan dah rugi. Kalau tak mesti dia bawak coklat sebeban dari German kan.

Don't Cry For Me Argentina... huhuhuhuhuhuhu..