Wednesday, June 30, 2010

A Team Movie - Kelakar Betul!

Hi Korang,


Last week, disebabkan ktorg tak tau nak buat apa so mr Big ajak aku jejalan kat area Putrajaya. Ala sesaje katanya amik angin petang. Ewah, bunyi macam masa berdating dulu2 la plak kan.

Dah puas jejalan satu Putrajaya, tup tup mr Big ajak pi Alamanda. Ya allah, parking punyalah penuh.Maklumlah dah hujung bulan kan, orang plak dah dapat gaji, mana tak ramainya orang. Ktorg park yang paling atas sekali.

So merayaplah ktorg dari satu kedai ke kedai yang lain, di antara kedai yang wajib singgah adalah kedai camera, kedai handphone, kedai sepit rambut dan Famous Amos Shop. Dah abis cuci mata bagai, tetiba mr Big cakap jom tengok wayang. Apa lagi cepat2 aku check bawak tak tiket free yang dapat masa Hari Susu hari tuh.

Konon perasanlah tu kan.

Nasib baik ada, so cepat2 beratur. Pilih punya pilih so ktorg decide nak tengok citer The A-Team. Ermm Setelah urusniaga menggunakan tiket free di jalankan so dapatlah ktorg tengok citer nie.

Tengoklah perut sapa yang kedepan tu ek!

Four American soldiers who are in Iraq are sent on a mission to recover plates for printing 100 dollar bills that were used to print a billion dollars. After doing the job and returning to the base their commanding officer is killed in an explosion and the plates are stolen by another operative. They would be court martialed and sent to different prisons. 6 months later, the leader, Hannibal Smith is visited by a CIA spook who tells him he knows where the man who took the plates is and wants him and his men to recover it. So he helps him escape and he breaks out the others and they go after the plates. But after doing it, they discover that the spook might not be ok. And a military intelligence officer who was involved with one of them is pursuing them.


Nak tahu lebih lanjut, la korang pegilah tengok sendiri kat panggung ek.

Aku suke tagline citer nie : There Is No Plan B

Overall citernya tak membosankan langsung, penuh dengan aksi2 terperanjat tau. Tapi aku rasa dalam panggung tu, mrBig yang paling ketawa kuat, sebab kebanyakannya dia rasa cam lawak lah.

p/s: pas nie nak tengok citer apa lagi ek?

Tuesday, June 29, 2010

Dear, Jom Kita Pi Urut!

Hi Korang,

Aku rasa lama betul tak update blog nie. Maklumlah busy sesangatlah kan. Cewah, mengalahkan PM plak ek.

Bukan apa, nak citer sket nie. Ada ke malam tadi, lepas makan bagai. Tetiba mr Big boleh ajak aku pi berurut plak. Ishk, pelik plak aku. Tak pernah dia ajak pegi tempat2 cam nie. Ishk musykil la plak kan.

So aku pun ikut jelah. Tup tup sampai Metro Point Kajang. Heran plak aku, memang aku tak pernah perasan tempat urut dalam kompleks nie ek. Penat gak aku berfikir kat mana plak dia nak bawak aku nie. Naik tingkat 2 trus je dia heret aku ke lobby nie.

La rupanya kat sini tempat yang sibuk sangat dia nak pi berurut nie. Aku ingatkan betul2 macam spa bagai kan. Ermm hampeh betul lah.

Korang nak pi berurut gak ke? Tak tau cam ne? Hah inilah cara-cara nak guna mesin urut yang murah dan bergaya nie. Memula:-

Baca instruction yang diberikan dan pahamkan

Masuk kan duit dalam slot yang telah disediakan

Check panel. Korang boleh ubah2 ikut kesesuaian yang korang nak la kan.

Lena betul kan

Siap tunjuk perut lagi

Hah itu dia, dah lena tidur.

Apa lagi pas tu, teruslah berurut kan. Korang bolehlah bayangkan korang kat spa lah kononnya. Korang tengoklah mrBig nie siap boleh tidur2 berdengkur lagi. Memula masuk RM1 je, pas tu terus kemaruk tambah RM10 so lamalah bende alah tu berjalan.

Kalau banyak shopping compleks ada mesin nie kan bagus. At least warga2 yang tak berapa muda, yang malas nak ikut bini pi shopping, yang kene jaga anak boleh lah lepak2 kat sini kan. Dahlah murah kan.

p/s : Nak beli kerusi Ogawa tak mampu kan, so pi jelah urut kan sini.

Monday, June 28, 2010

Kegel With Poise Fair - Knowledgeable For Women

Hi Korang,

Last Saturday aku ke The Saujana Hotel kerana dapat jemputan untuk Kegel with Poise Fair sempena Minggu Kontinen Sedunia 2010.

Dengan Hanz dan Nia

Registration Counter & Poise Counter

Event ini dianjurkan oleh Poise dengan kerjasama Pfizer Malaysia dan Pusat Perubatan Prince Court. Acara kesihatan awam ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengajar cara terbaik untuk menangani masalah kawalan kencing. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak open discussion di kalangan wanita Malaysia.


Diantara speaker yang turut serta dalam event ini adalah :-
En. Nathan Kandapper,Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia.
Dr Peter Ng, Presiden Yayasan Kontinens Malaysia dan juga Perunding Urologis
Ms Low Ngai Yuen, Celebriti Tanahair yang famous dengan rancangan 3R.
Dr Seri Suniza Sufian, Pakar Sakit Puan dari Prince Court Medical Centre

Mereka2 ini berkongsi dengan para hadirin berkenaan asas pundi kencing yang terlalu aktif dan kesannya terhadap kualiti hidup. Eventho ia bukan masalah yang boleh membawa maut tapi ianya boleh menjejaskan keadaan fizikal, psikologi dan sosial seseorang wanita.

Hah, apa macam takut tak korang? Bila diorg nie cakap je, terus aku jadi takut. Yelah benda2 yang kecik macam nie bahaya gak tau untuk masa depan kita. Masa sekarang nie memang tak nampak tapi tunggulah lagi 3-4 tahun kan. Bila tengok slaid2 yang dipertontonkan, Nia terus tutup muka sebab dia tak sanggup nak tengok.

Dek terlalu asyik mendengar cerita2 diorg nie, tetiba event direhatkan (agaknya speaker dah penat kot) selama 20 minit sebab ada hi tea. Apalagi, makan lah kan.
Di antara refreshment sebelum exercise. Sedap betul dimsum nie. Dahlah payah nak dapat. Bila dah dapat bedal bersungguh2 lah kan.

Bersungguh2 diorg nie makan kan.Maklumlah dalam hall tadi sejuk sangat. Itu yang terus jadi lapo tuh.


So acara yang ditunggu2 oleh semua peserta adalah bersenam Kegel beramai-ramai yang diketuai oleh ahli fisioterapi dari Prince Court MC, Cik Neng Shahidah Sabullah.

Tengoklah ramai kan yang join event nie.Aku sangat suka duduk di pilates mat nie. Sedap!

Sempat lagi bergambar dengan Atilia lepas exercise.

Di antara goodies bag yang dibawak balik.

Yang penting, dapat jugak bawak balik pilates mat nie. So senanglah nak exercise kat umah kan. Tapi boleh ke aku exercise nie ek? ermm...

Thanks Poise sebab telah menambahkan ilmu aku lagi dalam hal-ehwal kesihatan wanita nie. Untuk korang tak dapat join event nie, bolehlah kalau nak tau lebih lanjut tentang masalah lemah kawalan kencing di www.poise.com.my. Pegi check it out tau, banyak info okeh!.