Monday, June 28, 2010

Kegel With Poise Fair - Knowledgeable For Women

Hi Korang,

Last Saturday aku ke The Saujana Hotel kerana dapat jemputan untuk Kegel with Poise Fair sempena Minggu Kontinen Sedunia 2010.

Dengan Hanz dan Nia

Registration Counter & Poise Counter

Event ini dianjurkan oleh Poise dengan kerjasama Pfizer Malaysia dan Pusat Perubatan Prince Court. Acara kesihatan awam ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengajar cara terbaik untuk menangani masalah kawalan kencing. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak open discussion di kalangan wanita Malaysia.


Diantara speaker yang turut serta dalam event ini adalah :-
En. Nathan Kandapper,Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia.
Dr Peter Ng, Presiden Yayasan Kontinens Malaysia dan juga Perunding Urologis
Ms Low Ngai Yuen, Celebriti Tanahair yang famous dengan rancangan 3R.
Dr Seri Suniza Sufian, Pakar Sakit Puan dari Prince Court Medical Centre

Mereka2 ini berkongsi dengan para hadirin berkenaan asas pundi kencing yang terlalu aktif dan kesannya terhadap kualiti hidup. Eventho ia bukan masalah yang boleh membawa maut tapi ianya boleh menjejaskan keadaan fizikal, psikologi dan sosial seseorang wanita.

Hah, apa macam takut tak korang? Bila diorg nie cakap je, terus aku jadi takut. Yelah benda2 yang kecik macam nie bahaya gak tau untuk masa depan kita. Masa sekarang nie memang tak nampak tapi tunggulah lagi 3-4 tahun kan. Bila tengok slaid2 yang dipertontonkan, Nia terus tutup muka sebab dia tak sanggup nak tengok.

Dek terlalu asyik mendengar cerita2 diorg nie, tetiba event direhatkan (agaknya speaker dah penat kot) selama 20 minit sebab ada hi tea. Apalagi, makan lah kan.
Di antara refreshment sebelum exercise. Sedap betul dimsum nie. Dahlah payah nak dapat. Bila dah dapat bedal bersungguh2 lah kan.

Bersungguh2 diorg nie makan kan.Maklumlah dalam hall tadi sejuk sangat. Itu yang terus jadi lapo tuh.


So acara yang ditunggu2 oleh semua peserta adalah bersenam Kegel beramai-ramai yang diketuai oleh ahli fisioterapi dari Prince Court MC, Cik Neng Shahidah Sabullah.

Tengoklah ramai kan yang join event nie.Aku sangat suka duduk di pilates mat nie. Sedap!

Sempat lagi bergambar dengan Atilia lepas exercise.

Di antara goodies bag yang dibawak balik.

Yang penting, dapat jugak bawak balik pilates mat nie. So senanglah nak exercise kat umah kan. Tapi boleh ke aku exercise nie ek? ermm...

Thanks Poise sebab telah menambahkan ilmu aku lagi dalam hal-ehwal kesihatan wanita nie. Untuk korang tak dapat join event nie, bolehlah kalau nak tau lebih lanjut tentang masalah lemah kawalan kencing di www.poise.com.my. Pegi check it out tau, banyak info okeh!.

Saturday, June 26, 2010

Indahnya Hidup Ini

Korang,

Apa korang rasa bila hidup ini dikelilingi oleh orang2 yang korang sayang? Mesti happening kan.

Macam aku sekarang nie, eventho family first tapi kengkawan still no. 1. Walaupun diorg2 nie nun jauh yang majoritinya di JB tapi tetap dihati aku. Tapi kengkawan di sini jangan terasa hati plak, sama rata je, semua aku sayang okeh.

Kenapa entry kali nie ade emo2 sket ek? Ala bukan apa. Hari2 cuti nie melayan video clips Atilia yang terbaru nie bertajuk Indah nie, tetiba terus teringat kat kengkawan aku sekarang nie.

Videonya sempoi, pasal Atilia dan The Selepet Girls iaitu Yasmin Hani, Sazzy,Dapne,Dynaz,Aisha Sinclair dan ramai lagi lah. Nah, korang layan video nie :-


Bestkan kalau dapat selalu dapat hang out dengan good frens. Boleh berkongsi segala suka duka dalam menjalani kehidupan sehari2 nie.

p/s : Tetiba rindukan Geng 6 Jahanam. Jadi ke kite semua nak jumpe nie ek?

Sesuatu Yang Diidamkan Ketika Ini

Selamat Pagi Korang,

Ntah tetiba, tengah2 duk melayan internet memalam nie aku mengidam benda2 nie.

Meatballs

Chicken Wings

Spagetti

Air Soda Yang Tak de rasa & colour tuh

Agaknya sebab perut aku dah start berirama hip hop kot, maklumlah aku dinner tadi pukul 7. Tapi bila memikirkan apa mrBig cakap kat aku tadi terus terbatal niatku nak makan biskut.

Korang nak tau tak mrBig cakap apa kat aku tadi? Nah cam nie..

Lily : Dear lapar plak memalam buta nie.
mrBig : Hah lapar lagi, biar betul u nie. U tak penah cam nie.
Lily : Hah la dear, lapau sesangat nie.
mrBig : U jangan dear, i tengok babat u dah tebal seinci sejak pindah Nilai nie. Kang jangan cakap i tak kasi warning..
Lily : Alamak! ye ke? Ishk minum susu jelah.

Aduh! kena berdebuk aku sekali. Jawabnya aku kene start diet nie.


Tapi sebelum tu, bagi aku makan lembu seekor dulu kat Marche nie. Baru aku start diet. Huahuahuahauhauhauhau!