Thursday, June 17, 2010

Invitation to Premiere Screening of The Back Up Plan

Hi Korang,

Quick update. Check punye check email petang tadi nie, aku terbaca email dari Nuffnang nie.

Hehehe, cam tak percaya plak. Dah lama rasanya aku tak dapat tiket wayang free dari Nuffnang nie. So cepat2 aku mengconfirmkan attendance untuk 2 orang even aku belum cakap lagi dengan mrBig.

Aku pun baru je tengok trailer dia tadi, cam best nie. Nah untuk korang, layan trailer nie ek!


Apa macam kelakar tak?

Anyway TQ Nuffnang

p/s: Sesape yang dapat invitation, bagitau la ye. Boleh pegi sesame kan.

Wednesday, June 16, 2010

Coffee Mate - Nota Cinta, Simple But Sweet

Hi Korang,

Terlanjur cuti nie, sempat gak lah aku berblogwalking ke blog kengkawan yang lain. Tetiba terperasan iklan coffee mate-nota cinta nie. Terus aku click.

Actually nie pasal, satu peraduan menulis nota cinta untuk yang tersayang. Aku? Manalah reti nak mengarang ayat2 cinta nie kan. so sebaliknya aku layan slot mini drama yang ada dalam website nie. Memang best. Ala2 jiwang romantis gitu. Jalan cerita yang cukup simple tapi sememangnya sweet.

Kalau korang tak caya, nah layan 3 episod nie.

Episod 1


Episod 2


Episod 3


Apa macam, best tak? syahdu kan. Tapi itu tidak bermakna aku jiwang okeh. Cume kekadang je jadi romantis sket lah kan.

Anyway aku suka ayat di akhir setiap episod : Cinta itu sentiasa ada, cuma kita harus menyemarakannya.

Memang sweet lah!

Tuesday, June 15, 2010

Bila Dah Demam Panas, Sakit Siot!

Morning Korang,

Rasa lama betul tak update kan. Bukan sebab sibuk tapi aku dikuarantinkan sebab demam panas.

Actually dah 3-4 hari aku jadi cam nie, but still gagahkan diri untuk uruskan segala benda seperti biasa seperti tolong orang rewang kenduri, pi kenduri umah cousin aku dan macam2 lagi lah.Tapi malam Ahad lepas itulah kemuncaknya, tidur meracau2 sampai berselimut 2-3 lapis but still terasa sejuk lagi. Last2 disebabkan every few minutes nak pi bilik air dan nak minum, aku trus tido kat dapur je. Senang.

Kalau 41 celcius, aku nie apa ek?

So semalam, pepagi lagi mrBig dah bawak aku pi klinik. Tapi baik tak ramai orang lagi. Check pun check, doctor Tan mengconfirmkan aku kena demam panas. Mana taknya suhu badan dah meningkat 41 celcius. Boleh meletup rasanya badan aku nie. Jalan penyudahnya, aku diinject kat mane? Bontotlah coz nak turunkan suhu badan tu cepat.

Naik je kereta, trus tidur coz penangan dek kene inject tadi. Sampai umah minum sket then trus makan ubat. Nabis baik mak aku dah siapkan bubur untuk makan tengahari. Bila bangun tengahari, terasa suhu badan tu semakin kurang. Makan sket then makan ubat, kemudian terus tertidur sampai petang. Bangun petang, mandi then kemas2 beg untuk balik umah. Nasib baik dah segar sket. Minum petang sket, then trus balik. Mr Big dah risau2 coz selalunya bila dalam kereta aku yang suke membebel kalah radio buruk. Nie aku diam je, terasa sunyilah dia kata coz tak dengar aku mr Big. Hah baru tau. padan muka!.

So this morning, dah boleh bangun cam biasa walaupun penangan ubat tu masih ada lagi. Ingatkan kat pi kerja but mrBig kata x payahlah. Doctor kan kasi MC. Then cutilah duk umah. Trus aku sambung tengok tv sambil kemas umah.

Walau apa-apa pun, aku tak nak dah kene demam yang teruk cam nie lagi. Tapi orang kata bila kite demam nie terhapuslah dosa-dosa kecil kita. Betul ke?

Thank you to mak & mr Big, kalau mereka2 nie tak de. Apa kan jadi ek?


p/s : Sesape yang mengenali Tasha, ada sedikit info. Dia kini berada di hospital Klang kerana accident teruk.

Pics from Google