Thursday, June 3, 2010

Digi Break Free Party-Sangat Mengujakan!


Salam Korang,

Pada 29 May 2010 yang lalu, kami (MrBig & myself) telah menghadiri event yang dianjurkan bersama oleh Nuffnang dan Digi dengan tema "Digi Break Free'' yang telah diadakan di Ecoba PJ Trade Centre.Inilah yang berlaku di malam yang mengujakan tersebut.

Walaupun tempat nie baru, tapi kami langsung tak sesat. Sampai di perkarangan bangunan tu dalam pukul 5.30ptg. Punyalah hujan bukan main lebat tapi kami gagahkan diri juga untuk merentasi kawasan lobby yang tak berbumbung. Sure korang boleh bayangkan berlari dalam hujan dengan make-up dan outfit yang sememangnya gorgeous (puji diri sendiri, nampak).Sampai dekat lobby Ecoba tuh, rata-rata semua orang sedang sibuk memperkemaskini lagi kawasan dididalam club tersebut. Even registration pun belum set up properly lagi. Kemudian kami di tegur oleh seseorang yang mengatakan registration akan bermula 6.30ptg. So kami mengambil keputusan untuk mencari parking yang sesuai iaitu di basement car parking. So si sanalah kami bersiap untuk ke event digi ni.

Dalam 1/2 jam kemudian, kami naik ke atas dan dapati sudah ada 2-3 bloggers yang sudah sampai. Di antaranya Dakbatman,Joker & Anak Perak.

Setelah register everything bagai, saya pun masuk ke Ecoba Club nie. Majoriti preparation sudah pun siap. Kami mengambil tempat disebelah stage seperti yang dinyatakan masa registration tadi. Sambil menunggu rakan2 lain tiba, sempat jugak bercamwhore sana sini dengan rakan2 bloggers yang lain. Eventho baru je kenal but rata-ratanya mereka cepat mesra.

Di Penjara-Nak Break Free Cepat tolong!!!

Dengan Julie Woon. Kurus betul lah dia nie!

So lebih pukul 7++ acara dimulakan dengan:

So acara yang pertama, MC pada malam itu. Ms Julie Woon yang glamer dalam siri BloggerBoy & Quickie 8tv telah di rantai seluruh anggota badannya. Kami dikehendaki mencari kombinasi nombor yang terdapat diperkarangan lobby Ecoba Club nie. Korang tengoklah ramai betul bloggers ini membebaskan dia daripada rantaian yang besau dan berat tuh.



Malam itu juga, ada challenge yang menanti seperti team yang ada di dalam event nie. Kami diberikan Blackberry untuk menyelesaikan beberapa challenge yang diberikan melalui aplikasi Twitter. Malangnya team kami menarik diri kerana tak cukup team member dan tak reti guna Blackberry. Ramai jugak team2 lain buat performance kat stage. Serius, rasa sangat jeles okeh!

Sambil kami dihiburkan dengan pelbagai acara kami di hidangkan makanan2 sedap yang dihidangkan di dalam sudu. Comel sehhh!

Ada lagi hiburan yang menarik iaitu, The Police and Thief. Diorang buat gimik bagaimana banduan yang terlepas di tangkap dan si polis melayan kerenah sibanduan semasa di dalam lokap yang comel tuh. Riuh rendahlah dengan bunyi siren polis yang kuat tuh. Tapi memang kelakar


Kami juga dihiburkan dengan Shane The beat box Dude. Memang fantastic lah performance dia. Bukan senang nak jumpa orang yang berkebolehan seperti dia nie. Tabik spring lah dengan dia ni.
Sempat gak Firdaus anak K Ina nie berrapping, dapat hadiah gak tau!

So ini dia acara yang dinanti-nantikan oleh kami-kami yang berpakaian mengikut tema pada malam itu. So ini dia top 12 para bloggers kita.

Top 6 Ladies Bloggers

Top 6 Guys Bloggers

So setelah judges membuat pilihan, sampailah ke final top 2


Dan best dress malam tu jatuh kepada

Congrats to her, tapi sedey gak coz mr Big dapat no. 2 je.

Semasa event sedang berlangsung, sempat jugaklah kami bergambar sakan dengan blogger-blogger yang lain antaranya :



Keluarga Dracula
Tasha & E1 dan Dracula Jambu Darkbatman


Si baju merah - Kalau baca kasi link ek.


Bonzer2 Malaya K Ina

Twin Prisoner-Diorg memang adorable lah

Geng Makan - Eyriqazz,Jai, Mr Big & AnakPerak

Dengan bloggers yang baru kenal.
Event ni memang mengujakan.Walaupun tak menang,kami tidak pulang dengan tangan kosong.Kami membawa pulang goodies bag dari Digi berisi notepad dan backpack.Selain daripada itu,yang paling best kerana dapat berjumpa dengan blogger-blogger yang lain yang semuanya mesra dan peramah belaka.

Keseluruhannya event ni memang best tapi kalau ada banyak prizes dan goodies bag mesti lagi gempak lah. At least kami boleh mempromosikan digi & nuffnang secara tak langsung.

Saya akhiri entry ini dengan 2 rangkap pantun (macam pandai sgt nak berpantun konon):


Sibanduan & Si Penjenayah menjadi tema sakan
Ecoba Club semestinya menjadi saksi
Pada Nuffnang dan Digi terima kasih diucapkan
Kalau tak serik, jemputlah kami lagi


Blackberry Bold 9700 tinggal kenangan
HTC Legend pun dah ada orang dapatlah
Tinggal Satu lagi Blackberry Bold 9700 jadi impian
Tapi dapat Blackberry Curve 8250 pun jadilah


Kalau tak puas baca lagi, korang boleh lepak2 kat blogs diorg nie plak:-
 

Guys harap korang tak marah, coz ade cilok gambo dari entry korang tau! Thks

Nah lagi sekali theme song dan gambar2 untuk party ni.

I Want To Break Free



Anyway, thanks to DIGI & NUFFNANG. You all rocks man!!

p/s : Kalau aku dapat Blackberry nie, confirm aku terus break free ke Digi SmartPlan 68

Tuesday, June 1, 2010

Korang Ada Masalah Dengan Pundi Kencing? Baca nie!!

Salam Korang,

Quick update.

Aku terbaca kat blog Hanz tadi pasal nie. Kepada korang2 especially ladies yang ada masalah seperti di atas. Baik baca entry nie.

Check it out this adv.



Aku baru je lepas register, memanglah tak de masalah dengan pundi kencing. Tapi ambil langkah berjaga-jaga. Manalah tau something happen. Betul tak?. Yang penting FREE okeh!

Hah apa lagi cepat2 register, boleh kita pergi sesama nanti kan.

Kepada K Ina KL, Tasha, Nia, Juan, K Liza, MommyYus, Makdara, Hidayah, K Ros, Aidie, Isabelle, SumiJelly dan sesape lagi yang aku terlupa nak tulis nama nie. Jom kite pi reramai tau!!

Monday, May 31, 2010

Aksi Ganas Di Digi Break Event Party

 Salam Korang,

Tak nak citer banyak. Korang layan je gambo2 nie dulu.


Us. Comel tak?

Para Banduan



We Are Prisoner!

With Julie Woon

The Villians


Si Joker



Macam FBI lah.



Di antara aksi2 yang dipertontonkan.

Banduan Terlepas.


Bonzer Malaya

Para pengganas yang tip top


Geng Makan


Bergaduh plak.


Si Alien Kene Cucuk Hidung


Si Joker Mantop!

Actually, ada banyak gambo lagi, still dalam process editing. Kalau korang come across lepak kat sini dan kenal2 sesape di atas, mintak tolong komen dan tuliskan url blog korang tau.

Ini baru gambo je, citer lom sempat nak fikir lagi nak tulis cam ne. Nak tau cerita lanjut, kenalah tunggu kan. Barulah cerita terkini hiburan sensasi betul tak?