Saturday, May 15, 2010

Sunshine Award Diterima

Salam Hujung Minggu kat Korang,

Tak de banyak benda sangat nak update cuma kena menjawab beberapa tag yang peminat(cam celebriti plak kan) telah amanahkan.

The Sunshine Award

Terima kasih kepada Puan Isah dan juga Cik Juan kite (alamak cam ne aku boleh lupa nie tadi ek)kerana bersungguh-sungguh mengetag saya. Dengan bangganya saya mendapat the Sunshine Award. Lega rasanya tag dah siap nie.

So caranya cam nie :

Rules:


1. Put the logo on your blog.
    DONE

2. Pass the award on to 12 bloggers.
    TRY TO DO UNTIL 12 BLOGGERS

3. Link to the nominees within your post.
   DONE

4. Let them know they received this award by commenting on their blog.
   DONE

5. Share the love and the link to the person from whom you received this award. 
   ORITE

Dan calon-calonnya adalah :













So kengkawan sila lah jawab ye. Cam biasa pengawas akan datang buat spotcheck tau!



You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are gray

You'll never know dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away


Sukenya matahari terik hari nie, cepat kering kain baju lah.

Friday, May 14, 2010

Apa Korang Buat Time Lunch?

Salam Jumaat kat korang,

Ermm saja je nak tulis pasal nie plak. Lagipun aku kekeringan idea dan gusi akibat banyak berfikir dan banyak gelak dari pagi tadi.

Normally lunch hour yang seberapa nie tak kiralah 1 jam ke 2 jam macam2 benda yang boleh kita buat.Selalunya yang dapat aku perhatikan bila time lunch orang selalu buat perkara-perkara nie :-

Makan secara berjemaah. Maklumlah boleh car pool kan.
Baca surat khabar. Tak kiralah online ke kertas kan, at least tau gak pasal dunia

Tidur, penting oo at least nanti buat keje tak delah ngantuk kan
 
Borak2 Kosong a.k.a mengumpat. Ala biasalah gossip2 office kan

Hah nilah plak, time ari jumaat sebab time rehat lama kan. Untung sapa yang officenya dekat dengan Sogo ek!

Tapi aku plak lain kejenya. Korang tengok nie aku buat apa.

Update blog!. Hehehehhe

Aku rasa semua orang akan buat benda yang sama gak kan.Rasa-rasanya, korang yang mana satu di atas ek?

Semalam I call you, you tak answer

You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true

Ermm, kene pi site ke esok ek?

Thursday, May 13, 2010

Awas! 2 Beradik Dikehendaki Untuk Rawatan

Salam Korang,

Aku boleh terlupa nak cerita pasal kisah nie. Masa cuti hari tuh, atas dasar sayang dan cintakan haiwan berbulu nie aku & mrBig bawak si Abang + Kakak Ning ke Klinik Haiwan dekat-dekat umah mak aku nie.

Ala bawak pi klinik kerajaan je, senang kurang orang.

Service yang ditawarkan, murah plak tu

Bukan apa, si Abang tu dah start batuk2 plak. Tapi yang kelakarnya bunyi batuk dia sebijik macam orang, terperanjat plak masa memula aku dengar tuh. Yang Si Kak Ning plak, nak bawak pi bagi injection jangan beranak je. Maklumlah betina kan, pembersih dan lincah plak. Kang asyik kena attack je dengan kucing2 yang lain.

Korang tengoklah aksi-aksi semasa kejadian ini berlaku :

Kemana lah kita nak di bawak nie ek dik? Kata Abg Ning

Si pencinta kucing yang setia, mr Big bukan main sayang dengan 2 beradik nie

Tengok bila kena cucuk, diam je

Ah, kene urut-urut sket untuk legakan rasa sakit tuh.

Hah cianlah dah lembik2 + longlai bila balik. Dalam kereta senyap je 2 beradik nie. Sampai umah, lepaskan diorg nie trus tido bawah katil. Aku perasan dah petang baru nampak muka 2 beradik nie,menjerit nak makan.

Kau ku cinta

Engkaulah yg ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Dgn mu ku di lamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita..

Seronok plak nyanyi2 lagu nie lah ari nie