Wednesday, May 12, 2010

Mana Budi Bahasa Orang Kita?

Salam Korang,

Malam tadi lepas makan sambil tengok Leverage, mr Big cerita kisah yang berlaku kat bank dia tadi.

Ceritanya cam nie:-
Dalam pukul 2pm semalam, dia kene entertain satu customer nie. Lelaki melayu dalam lingkungan umur 37 tahun cam tuh.(based on NRIC mamat tuh).

MrBig : Ye Encik, boleh saya bantu?
Lelaki : Saya di suruh officer tingkat atas untuk jumpa dengan you pasal opening account nie.
MrBig : Current ke Saving Encik?
Lelaki : Current Account
MrBig : Ok, sila isi form.
Lelaki : Oh, saya dah isi tadi kat atas. Ini dia.
MrBig : Ok, saya perlukan nama introducer dan RM3000.00 untuk bukak account nie.
Lelaki : La ye ke? tapi Ms A cakap, tak payah. Turun bawah untuk sign2 form je. Lagipun loan saya dah approve pun. Tinggal bukak account.
MrBig : Tak boleh la cam tu Encik, procedure tetap procedure. Encik kene ikut gak.Kalau tak pun Encik bukak saving account je. RM250 je.
Lelaki : (mula berkasar sambil bersuara kuat). Tapi Ms A tu yang cakap sign2 je. Ini bukan salah saya. Lagipun saya dah banyak saving account, buat apa nak bukak bebanyak nie.
MrBig (masih bersabar) Memang saya tak boleh tolong Encik nie. Still kene ikut procedure gak.
Lelaki : (bercakap sambil menjerit,yg semua orang pandang) Saya tak peduli, saya nak bukak jugak Current Account nie. Apa punya bank lah nie. Itu tak boleh, ini tak boleh.
MrBig : Ok, saya akan panggil Ms A tu turun, dah explain dengan Encik pasal hal nie.

Mr Big dah panas hati, terus dia call si Ms A.

MrBig : Ms A, ini ada customer jerit2 sama saya untuk bukak itu Current Account tapi tak mau kasi fees. Dia kata you cakap tak payah kasi fees plak
Ms A : Aiya, saya cakap bukak Saving saje sebab mau trransfer dia punya loan.
MrBig : Berapa dia pinjam? RM100K ke?
Ms A : Tak delah. RM10K.
MrBig : Alamak, itu pun dah kecoh ke? You turun sekarang, settle nie hal. Kalau saya settle hah, dia terus pergi hospital punya lah.
Ms A : Ok ok, saya turun.

So sementara tunggu Ms A turun,

MrBig : Hah, Encik awak tunggu Ms A turun untuk settle, tolong tunggu kat sofa sane ye.
Lelaki : Uisk berlagaknya. Macam bagus sangat.
MrBig : (Dah mula nada kuat) Encik ambik name tag saya nie, pergi report kat Manager saya sekarang. Cepat saya nak tengok. Pergi2.
Lelaki : Ermm tak perlah. (Muka dah bersalah)
MrBig : La kenape? Takut. Berani kerana benar Encik. Takut kerana salah. Kalau tak nak report tak per, cuma saya nak pesan, kita orang melayu nie kaya dengan budi bahasa tapi encik nie dah hilang budi bahasa ke?
Lelaki : (Terus diam membisu)

Seketika Kemudian, mrBig nampak Lelaki tu tengah beratur bukak Saving Account.Hahahaha tergelak2 mrBig tengok Lelaki tu. Itulah jangan nak berlagak sangat katanya.

Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai2
Bahasalah menyatukan kita semua.....

Tuesday, May 11, 2010

KakiKu Ada Air-Con

Salam Korang,

Pagi nie aku pergi kerja dengan lajunya. Berlumba-lumba dengan bajak2 yang besau kat Kajang Silk tadi.

Maklumlah setiap hari Selasa, bos aku ade meeting dgn Consultant. So segala mak nenek surat2 cinta, surat2 saman aku kena siapkan sebelum dia pergi. So far semalam aku dah siapkan segala-galanya tapi ada plak yang tertinggal lagi.

Dalam kereta nie, tetiba terasa macam sejuk je. Padahal belum bukak air-con lagi. Ermm sambil bercakap oh agaknya baru lepas service kan, mestilah sejuk. So dah jauh sket, bukaklah air-con. Oit apsal kaki sejuk tetiba plak nie. Tengok air con meter ok je. Ala tak perlah, lagi sejuk lagi best.

So sampai office, ambik segala barang yang patut, terus keluar. Perasan lagi, kenapa kaki nie sejuk lagi. Bila tengok bawah :

Korang jangan gelak plak kan. Baru perasan sebelah kaki pakai selipar sebelah lagi pakai crocs. Ah sudah, nasib baik mamat2 technician yang lalu lalang kat parking nie tak perasan, kalau tak mampus aku malu siot.


Cepat-cepat bukak bonet kereta, cari kasut yang sesuai. Ermm lega sket, ada kasut nie. Terus tukar. Hah baru cantik sket. Kalau tak, mampus aku kene gelak dengan bebudak kat opis nie.

Tengah cari-cari kasut terpandang plak kasut mr Big nie. Kelakar kan. Macam kasut nak pi diving kan. Tapi itu kasut jejalan.

Nielah akibatnya asyik nak berangan je kan,

Kamu yang bawa ku terbang
Kamulah jua yang membawa cinta

Ke jalannya..

Padan muke aku!

Monday, May 10, 2010

1SuperKids Family Day

Salam Korang,

Sorry lambat update. Mesti korang tertunggu2 kan. Eh wah, cam ramai je pembaca setia aku nie.
Banner beso, tapi MBP tak de pun ek! Musykil gak nie.Ala tak perlah benda dah lepas. Nak buat camne kan.

Cantik kan badge, Thks Sharina

Ahli Exco yang bertugas, Nia, Aidie, Sue, Sharina,K Fid,K Anna,Tifa

Ala bukan apa, aku tahu korang nak cilok gambar2 untuk event nie semalam kan. Jawapannya nan ado gambar yang banyak cume sket je, disebabkan aku tetiba2 jadi orang suruhan yang kena ke sana ke mari. Hehehehhe tak lah, sebenarnya tak sempat pun nak snap bebanyak sebab mrBig balik dulu coz penat main futsal malam sabtu ari tu tak baik lagi.

Dah nama pun event, so mestilah ramai orang. Tak kira dari segi pelbagai lapisan umur baik tua, muda, kids hingga ke baby semuanya datang untuk memeriahkan event nie.

Anway korang layanlah gambar2 nie dulu:-

Cian diorg kan, makan sampai cam tu sekali

Thks Juan coz sudi datang

Tengoklah cara ktorg kerja

Dengan Hanz,Nia,K Anna, Dnna,K Fid,Sharina

Dengan Fida

Dengan Azizah Ariffin, Sempat lagi tuh.

Hah apa macam? Nampak seronok kan. Memang seronok tapi penat sebab nak menghandle event besar cam nie.

Sedap ke nie, belum rasa lagi lah.

Name card yang sempat diterima.

Tak pelah lain ktorg as orang x berape kuat dalam MBP nie akan buat event kecik sket dari event nie, so dapatlah ktorg beramas mesra dengan MBP members yang lain.

So korang, apa lagi cepat cilok gambar2 nie ek.

Mood ari nie:-
Sahabat…mengapa kau pergi

Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Kenape plak aku bermood lagu aizat plak nie???