Wednesday, May 5, 2010

Hadiah Birthday Untuk Alisya

Salam Korang,

Hah idea aku dah datang balik nie, baik cepat-cepat tulis.

Disebabkan geng2 baik aku nie Tash & Bean dah tag aku untuk contest nie. Aku dengan sedaya upaya buat untuk cari hadiah yang sesuai untuk tuan puteri Alisya anakanda kepada Bro Eyriqazz kite nie.


Apakah Hadiah Birthday yang Paling Ideal Daripada Saya dan Isteri untuk Alisya dan kenapa?

Saya persembahkan, ini dia :

Mini Learning Cube

Bagi saya permainan ini sangat sesuai untuk Alisya kerana ia adalah satu permainan yang bercorak pendidikan (educational toys). Ia dapat membantu untuk mempercepatkan pertumbuhan otak seiring dengan usianya di samping memberi keceriaan kepada Eyriqazz sekeluarga. Saya rasa mainan sesuai di bawa kemana sahaja.

Actually banyak website yang saya survey bagi memcari hadiah untuk Alisya nie, dan saya tertarik dengan mainan nie di Malaysia Children's Educational Toys. Kat web nie macam-macam mainan ada mengikut peringkat umur dan harganya berpatutan.
Saya juga ingin mengetag geng2 dot com saya ini, iaitu:-

Daydeck - Daydeck86.com
Kak Ina KL - KakinaKL.com
Sendra - Kuehtart.com

Entry yang saya paling gemari di Eyriqazz.com ialah entry LilyPutih vs Si Gila TV. Sebab entry tu pasal blog saya. So secara automaticnya saya mestilah suka kan.



Sekarang mari kita check syarat2nya samada saya lepas atau tidak.

Syarat-syarat penyertaan :
1)Buat satu entry yang bertajuk " Hadiah Birthday Untuk Alisya"
Dah Siap Pun

 
2) Sila sertakan gambar "hadiah" tersebut di dalam entry anda. Tidak kisah la kalau dari google pun. Mengikut kreativiti masing-masing.
Dah letak dah gamba hadiah pun. Colour2 lagi.


3) Sertakan gambar di atas dan backlink ke entry ini di entry anda.
Dah jugak


4) TAG 3 orang atau lebih untuk menyertai Contest ini. Namun, sekiranya orang yang anda tag itu tidak menyertai Contest ini, penyertaan anda masih diterima. Kalau anda tiada orang untuk di tagkan, juga diterima. Syarat sampingan sahaja.
Dah


5) Sertakan sekali juga satu entry beserta permalink yang paling anda gemari di Eyriqazz.Com (Contohnya entry yang paling saya gemari di Eyriqazz.com adalah entry Ada Apa Di IKEA ) . Tak perlu kasi sebab, tapi kalau nak kasi sebab pun boleh, namun ini bukan faktor utama untuk menentukan pemenang. ( Bonus point sahaja, yang penting hadiah untuk puteri + sebabnya + daya kreativiti anda)
Dah


6) Tarikh tutup adalah pada 13 June 2010 jadi kami ada masa untuk membeli hadiah kalau berkenan seperti direkomenkan.
Okeh dah siap


7)Dah join, sila tinggalkan pesan dan URL entry di kotak komen beserta informasi selebihnya sekiranya ada (Refer Surprise/Kejutan Menanti, bolehla update dari masa ke semasa sekiranya menepati kriteria sampingan diberi)
Dah

8) Pemenang akan di umumkan selewat-lewatnya akhir June 2010.
Okeh


HADIAH
Tempat Pertama : RM100 + Blog Anda Akan Diterjah
Tempat kedua : RM60
Tempat ketiga : RM40
Hadiah Saguhati : RM10 Cash ( Maybank Akaun) atau Top Up RM10 X 7 pemenang

Okeh, dah siap dah.

Bila Otak Crash, Gara-Gara Alisya

Korang,

Pagi nie plak otak aku cam jem/crash plak. Langsung satu idea pun tak keluar. Walaupun busy dengan kerja-kerja harian yang makin berlambak.

Jadi aku rasa baik aku buat:-

a) Baca suratkhabar seperti Harian Metro, Berita Harian, dan sewaktu dengannya.

b) Pergi makan dulu sebab tadi breakfast air kosong je

c) Main game kejap. Boleh?

d) Buat filling sambil nyanyi2 lagu sekolah dengan suara aku yang tengah sumbang nie.

Sebab apa otak aku boleh jem dengan tiba-tiba nie. Ini kerana aku di tag oleh Cik Tasha kite. Dia suruh aku fikirkan hadiah burfday yang sesuai untuk Alisya anak kesayangan GTO Eyriqazz nie.(btw bila plak Eyriqazz tukar geng dot com nie ek)

So korang, nanti petang-petang sket aku update ye.

lalalalalalalalallalala sekolahku dibukit tinggi, cita-cita sama mendaki.......

Tuesday, May 4, 2010

Aku Host untuk America Next Top Model!

Salam Korang,

Aku nak tanya nie, boleh tak korang2 yang terrer pasal public speaking nie tolong aku. Aku ada masalah gugup la plak bila berdepan dengan orang ramai.

Bukan apa, aku diminta tolong untuk jadi host dalam America Next Top Model. Boleh gitu? Hahahhahaha ishk korang boleh percaya  plak apa aku tulis tadi. Bukan rancangan tulah, tapi adalah satu event nie. Semalam tuan punya event, hantar sms untuk mintak tolong. So aku terus je okeh. Padahal aku gabra sebenarnya nie.

Eventho aku pernah terjadi MC dalam satu event anjuran MBP, but still takut gak nie.

Penat dah google dalam blog Nia untuk cari tips pasal public speaking nie tapi tak jumpa plak.

So kengkawan, mintak tolonglah sesangat ye. Event nie plak end of this week je. Dah dekat dah nie.Walaupun part aku kecik je, tapi aku kene bersedia gak kan. Takut dah nie. Tapi korang rasa, boleh ke aku nie bercakap depan orang ramai ek?

Btw, yang jadi musykil sekarang nie cam ne tuan punye leh tau aku penah jadi top host nie ek?

Korang tolong tau!