Friday, April 30, 2010

Kalau Dah Johorean Tu Mengaku Aje!

Korang,

Weekend nie aku akan ke sini. Bukan pi bercuti pun. Tapi dah janji dengan mak aku nak bawak dia tengok cucu kesayangan dia. Mentang-mentang aku lom ada anak lagi kan huhuhu sedey tau mak..

Ooo JB. Apa ada kat bandar Johor Bahru tu ek? Dah tempat aku membesar kat sini. Mestilah macam-macam ada kan.

Antara yang aku suka buat bila balik, korang tengoklah ye:-

Danga Bay - Tempat lepak2 yang dulu di panggil Pantai Lido. Sekarang dah happening tempat nak nak bila malam. Ada amusement park okeh untuk kids.

Anjung Warisan - Tempat makan atas pokok yang paling cool sekali. Makanan sedap2 nak nak sirap bandungnya. Perghh!

Kacang Pool - Makanan favourite aku yang tak de kat KL. Kalau balik mesti aku cari nie. Yang makan lain yang tapau lain. Aku memang gilakan bende nie.

So Cik Lily Putih, welcome back to tempat asal ko. Jangan nak perasan ko tu orang KL. JB nie tempat asal ko tau tak!

p/s: Kepada geng comittee 1SuperKids, minggu nie tak dapat join meeting sebab menjalankan tugas untuk negara. Kang kalau tak buat aku di chop anak derhaka plak kang. Apa-apa pun saya bersetuju segala usul dalam meeting itu nanti dan saya juga rela untuk jadi apa2 committee yang di arahkan. Sekian terima kasih.

Dengan Bangganya Saya Digelar Dot Com

Selamat Pagi Jumaat,

Di pagi yang mulia ini, saya dengan rasa bangganya mempersembahkan nama baru di blog saya ini CikLilyPutih.Com. Setelah puas di komen oleh Eyriqazz dan setelah penat saya berfikir cam macam nak memperbetulkan komen2 yang telah diberikan, maka datang seseorang yang di panggil Tasha untuk membantu saya. Dia cam tau tau je saya memerlukan bantuan. Dengan segeranya dia membuat kerja2 magic ini tak sampai satu hari dia telah menyetelkan semuanya sekali.

Cuba korang amati kronologi ini:-

a) Sebelum

b)Dalam proses

c)Setelah


Ermm cantik kan. Saya sendiri hampir tak percaya dengan apa yang terjadi. Sampai sekarang saya masih belum ada masa untuk godek2 layout dalam blog saya ini. Semuanya masih dalam tukar sana, tambah sini, cilok situ sket..

Apa-apa pun buat hari ini saya akan mendabik dada cam ayam serama lah dengan kejayaan saya ini.

Terima kasih kepada angel yang telah menolong saya.


Sebagai tanda terima kasih saya telah pun membelanja dia makan kat kedai perabut keluaran Sweeden semalam sambil bawak dia jejalan ke TV3.

Korang kalau nak ber dot com yang simple cam aku, sila2lah contact dia nie. Sure dia boleh tolong, kalau tak de apa hal lah.

p/s : Semalam aku betul2 demam okeh! Tak caya nanti aku scan MC aku tau! Btw apsal aku bahasakan diri aku saya nie, ishkk weird la plak!

Thursday, April 29, 2010

Aku-Demam Dot Com

Korang,

ari nie tak dapat update bebanyak coz aku diserang demam dot com.

tak caya tanya Tasha

Masa aku jumpe dia tadi, tup tup terus hingus meleleh2 cam cendol siap bersin2 lagi tau.

Cian kan?

So esoklah citer ye... nak makan ubat dan nak tgk The Good Wife...