Wednesday, April 28, 2010

Panas ! Aku Di Terjah Eyriqazz

Salam korang,

Bila baca tajuk entry kat atas tuh, korang mesti pelik kan. Siapa plak Eyriqazz nie? Meh aku ceritakan dia salah seorang blogger cukup power dalam penulisan di blognya.Kami memang kenal each other sebab dah banyak kali jumpa dalam event2 anjuran Nuffnang.

Hah dia yang kat belakang Bean yang buat peace sign tuh!

Disebabkan aku pernah menang dalam salah satu contest yang dia pernah adakan dulu. Si dia dah berjanji konon2nya nak terjah blog aku sambil beri pandangan lah.

Di antara komen2 yang dia berikan adalah:-

1)Honestly,saya lebih gemarkan Ciklilyputih.blogspot.com dari sigilatv.blogspot.com .Agak negatif bunyinya especially part gila tu. This is the first impression when people visit your blog jadi gunakan ia sebaik-baiknya. Apapun, lain padang lain belalang kan?
Bro, masa register blog nie tak pernah terfikirkan pun ramai readers akan lepak2 kat sini. Masa tu tujuan utama buat blog untuk suka-suka aje.Lagipun memang aku memang gilakan rancangan2 yang dalam tv tuh, tak kira rancangan apa pun tau. Tapi tak per, memang ade plan nak ke dot com. Maybe masa nie nanti boleh pakai URL CikLilyPutih.com plak. Gempak tak?

2)Font agak kecil dan sukar untuk dibaca especially bila template CikLilyPutih 3 column. Jadi,nampak agak berserabut dan memeningkan kepada terutama bagi saya yang menggunakan skrin laptop yang kecil. Pandangan saya tukar template seperti dilakukan oleh Kak Tash ataupun ubah font.
Actually, aku tak reti langsung nak tukar2 benda2 dalam layout/template yang ada sekarang nie. Semuanya dah di setupkan. Sekarang nie pun dalam process pembelajaran untuk tukar2 apa yang patut sambil godek2 segala coding yang ada kat dalam nie.


3) Gambar menarik dan cantik cuma agak kecil. Mungkin kerana tiga column. Jadi kelebihan gambar yang menarik gagal untuk diserlahkan.
Gambar tu sengaja dikecilkan sebab takut nanti masa loading blog jadi lambat plak. Tapi bila tengok bloggers lain letak gambar besau plak, terus terfikir betapa bodohnya aku letak gambo kecik kan.


4)Penulisan dan gaya bahasa sudah menarik. Cuma mungkin boleh variasikan lagi entry dan serlahkan kelebihan blog anda. Di situlah lebih mudah untuk orang singgah lagi.
Wah, tulisan aku menarik. Hehehhe tak sia-sia aku pi bertapa dengan otai2 bloggers(ayat tak boleh blah kan). Cuma nak variasikan itu yang tak pandai tuh. Masih tercari niche2 yang best untuk blog aku nie. So far aku tak berapa reti cerita pasal hal semasa. Setakat entry pasal daily routine dah segala2 sekitar aku bolehlah.
 
Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kepada Bro Eyriqazz kerana sudi menjadi pengomen untuk aku memperbaiki lagi mutu blog aku nie. So lepas nie aku mesti kuat lagi belajar mendalami ilmu2 blogging nie.
 
Akhir kata, serangkap pantun untuk Bro Eyriqazz kita nie.
 
Pergi pasar beli ikan
Pergi dengan budak tak de gigi
Banyak terima kasih aku ucapkan
Kalau boleh komenlah lagi

Wah, cam tak caya aku boleh karang pantun dalam masa 1 minit okeh!

Tuesday, April 27, 2010

Bila Rindu

Salam korang,

Tengah sibuk berblogwalking nie, aku ternampak gambar nie:-


Aku rindu dengan diorg nie semualah. Masa nie aku kat 2nd Sem TRP Course ITM Sri Iskandar.Ktorg ade site visit ke Melaka untuk subject Architectural History.

By the way, cuba korang teka aku yang mane satu ek?

1SuperKids-MBP Family Day

Salam Korang,

Aku nak korang-korang yang suka lepak2 kat blog aku nie, terutamanya sekali para young generation parents, parents to-be, yang nak belajar2 jadi parents pun dijemput, sudi2kanlah hadir ke event nie:-

1SuperKids-MBP Family Day

Date : 9th May 2010 (Hari Ibu tuh)
Time : 2.00pm - 6.00pm
Venue : Wisma Bling Lustre, TanMing Boulevard, Tmn Meranti Jaya, Puchong


Di antara aktiviti2 yang akan diadakan adalah seperti:-

INDOOR : 
* Aktiviti multi-skill untuk anak-anak – face painting, interactive story telling, origami, felt craft dan mewarna.
* Talk dan demo daripada Malaysian Baby Wearers (MBW).
* Bengkel ikatan tudung bersama Majalah NUR.
* Sesi hati ke hati bersama Ms Maizawati (model, usahawanita, duta Avon).

OUTDOOR :
* Bling-Bling Race yang semestinya heboh!
* Demonstrasi dari Bling AutoSpa. Kilat kereta?


ADA LAGI YANG BEST:
* PHDC. Yeah it’s the PLAYHOUSE DISNEY!
* Clowns and balloons. Did I mention clownS? Yea ada 2 clown :)
* Press. Oh yeah, event ini akan mendapat liputan pihak Harian Metro, Mingguan Wanita,NUR dan Pa&Ma.
* Bintang AF akan turut serta!
* Peluang bertemu blogger yang tersenarai dalam 50 Blog Terbaik Malaysia Pilihan InTrend.
* Berpeluang shopping di gerai2 yang mengambil bahagian.

Dan banyak lagi acara2 menarik untuk anda sekeluarga.

Yang penting, its FREE dan siap ade MAKAN lagi tau! Ingat tuh!

Hah, teruja nak join kan? Korang boleh ikut details kat bawah nie:-
Cepat hantar details ke http://mysuperkids.net/contact
Berikan details seperti dengan Tajuk : Family Day Registration :


1) Nama penuh
2) Bilangan orang dewasa dan kanak-kanak



(Note: In case tak dapat nak isi contact form tu, boleh email ke mommy@fahry.net)
Hah, tunggu apa lagi, cepat2 lah register ikut details kat atas. Kalau korang lambat, nampaknya tak dapatlah korang dapat benda2 nie:
100 keluarga pertama yang mendaftar akan mendapat doorgift istimewa tajaan Maybelinne, Bling2, etc. dan 50 keluarga pertama akan mendapat tag istimewa dari kami!

Kalau korang rajin, korang  juga boleh mempromosikan event ini ke blog anda, dan letakkan link ke http://1superkids.com dalam entry. Kami ada hadiah misteri untuk top referral!

Pas tu, kalau korang nak kenal rapat dengan geng2 MySuperKids dan juga geng2 MBP, kitaorang semua ada di sana nanti. So bolehlah bertegur sapa, berborak2, bercamwhore2, berautograf2 ( bukan akulah tapi ade artis yang datang,ishk korang nie) dan macam2 lagi.

p/s: hah kali nie aku ajak semua kengkawan bloggers aku datang sini tau! jangan nak kata aku tak ajak plak.